ESOK KITA TAHU MINUM AIR OREN ATAU MILO. KIOK.

 

Pahangku Media. 


Esok kita akan mendapat khabar berita siapakah Exco Terengganu yang dikaitkan dengan siasatan serta pertuduhan oleh SPRM  di mahkamah . Prinsip undang-undang yang menyatakan “tiada siapa bersalah sehingga dibuktikan bersalah”.



Bukan satu kesalahan makan nasi dengan air oren  tapi ianya satu penghinaan terhadap rezeki merupakan kesalahan moral.


Ala Kasiiimmmm..!


Pedas Berapi

Anak Cili




KEMETOT BETUL


Zainudin Omar


 Kalau beginilah cara pemikiran pengerusi baru PN dan calun PM Malaysia, bersedialah untuk Malaysia memasuki era kegelapan..





 THE GREATER   TERENGGANU
 DEVELOPMENT.


INI JAWABNYA....

Kenapa posting YAB Dr Samsuri ni hilang? Padam ke? Tak apa la admin tetap nak jawab.


Ya betul GDP (keluaran dalam negara kasar) bukan penentu mutlak kesejahteraan. Tapi GDP adalah indikator bagi kapasiti sesebuah negeri menyediakan infrastruktur, peluang pekerjaan, dan jaminan sosial.


Perkembangan GDP Terengganu adalah terendah di Malaysia sejak 2017-2023. Hanya 9.9% berbanding Pahang yang mencatat kenaikan 33.8% dan Kelantan 29.3%


Tanpa pertumbuhan GDP yang mampan, keupayaan kerajaan untuk mengurangkan jurang kemiskinan menjadi sangat terhad. 


Mengenai kebahagiaan di daerah seperti Setiu, kena fahami dalam ekonomi pembangunan, kebahagiaan tanpa sekuriti kewangan yang stabil seperti jaminan makanan dan simpanan kecemasan dianggap sebagai kesejahteraan yang rapuh. 


Rakyat mungkin merasa tenang dalam komuniti, namun mereka tetap terdedah kepada risiko ekonomi apabila berlaku inflasi atau ketiadaan peluang kerja yang memaksa golongan muda berhijrah ke luar.


Rakyat Terengganu dari dulu lagi bahagia. Zaman Jepun memerintah makan ubi kayu pun kita bahagia.


Prinsip Ekonomi Islam tidak menolak kepentingan angka atau kekayaan, malah ia menuntut kemajuan yang nyata untuk mencapai  kejayaan di dunia dan akhirat. 


Dalam Maqasid Syariah, pemerintah perlu memastikan ekonomi berkembang demi melindungi harta rakyat agar mereka tidak terjerumus ke dalam kefakiran yang boleh membawa kepada kekufuran (Rujuk Riwayat Al Baihaqi)


Selain itu, jika GDP rendah, kitaran ekonomi dan dana bantuan sosial juga akan mengecil. Inilah yang berlaku hari ini apabila dana raya, dana bakti remaja, bantuan persekolahan macam dulu pun tiada. Tapi hairannya bayar gaji ribuan lantikan politik boleh pula 🤔


Islam menolak pembangunan material yang kosong daripada nilai moral, namun Islam juga tidak menganjurkan sikap berpuas hati dengan kekurangan atas nama zuhud jika ia berpunca daripada kelemahan tadbir urus ekonomi.


Menjadikan tahap kebahagiaan sebagai alasan untuk meminggirkan kepentingan pertumbuhan GDP adalah satu falasi


Kesejahteraan menurut perspektif Islam adalah apabila rakyat mempunyai kecukupan material yang diuruskan dengan baik untuk mencapai ketenangan jiwa dan sosial. 


Angka GDP sebenarnya adalah alat untuk mengukur sejauh mana amanah kepimpinan dilaksanakan dalam menguruskan sumber kurniaan Tuhan demi manfaat rakyat jelata. 


#MajuTerengganuKu



RAF TERUSKAN SAMAN TERHADAP RETIS KIOK.

 


Inilah akibat bila tlalu lama rasa diri paling betul, paling suci, paling berani.

Baru kena sikit, terus jadi bubur basi tak cukup rasa.




Selama ni sedap sangat jaja cerita orang, petik sana, cucuk sini, konon pejuang kebenaran.Bila turn sendiri, mula gelabah, mula cari alasan, mula main mangsa.


Sibuk sangat nak jadi spotlight, nak tunjuk konon berani lawan semua…


Sekali realiti datang ketuk pintu, terus senyap tak sebunyi dl.Kalau x tahan panas, jangan berlagak duduk dapur.Kalau x kuat mental, jangan sibuk cari musuh.



PERFORMACE ANWAR SEBAGAI PM





Kepimpinan nasional masih memerlukan PM yang perform seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim.


1. Pertumbuhan 6.3% pada Suku Ke-4 (S4) 2025 itu bukan calang-calang sebab ia jauh mengatasi jangkaan awal kebanyakan penganalisis. Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengesahkan angka ini didorong oleh beberapa "enjin" utama iaitu permintaan barangan elektrik dan elektronik, kemasukan FDI dan kebijaksanaan kerajaan dalam mengatur perbelanjaan domestik rakyat, rakyat berani berbelanja.


2. Inflasi Malaysia kekal rendah pada Januari 2026 meningkat 1.6 peratus, mengekalkan kadar yang sama seperti bulan sebelumnya. Bermaksud walaupun ekonomi makin kuat, gaji dinaikan harga barang kekal stabil.


3. Kenapa macam tu? Sebab kerajaan fokuskan kepada poket rakyat dengan untuk tingkat kuasa beli rakyat dengan naikan gaji penjawat awam 15% dan tetapkan gaji minimum RM1,700. 


4. Kerajaan sekarang tak fokus bangunan tinggi, projek meja tapi jadi perut @kebajikan rakyat dengan naikan SARA dan STR sampai RM15 Billion bagi tahun 2026, paling tinggi dalam sejarah kepada 9 juta penerima.


5. Malah kerajaan sekarang pump duit direct ke IC 5 juta rakyat boleh RM50-200/orang ikut status pendapatan mereka setiap bulan. 


6. Malaysia merekodkan lonjakan pelaburan diluluskan yang kukuh bagi 9 bulan pertama 2025 (9B 2025) dengan nilai RM285.2 bilion, meningkat 13.2% berbanding tempoh sama 2024


7. Malaysia menunjukkan peningkatan ketara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2025 dengan melonjak ke tangga ke-54 daripada 180 negara, setelah mengekalkan kedudukan ke-57 (skor 50/100) pada 2024 dan 2023.


8. Malaysia mencatatkan lonjakan ketara dalam daya saing global bagi tahun 2025, menurut laporan Ranking Daya Saing Dunia (WCR) oleh International Institute for Management Development (IMD). Daya Saing Negara (Global) Kedudukan Terkini (2025): Tangga ke-23 daripada 69 ekonomi dunia. Peningkatan: Melonjak 11 anak tangga berbanding kedudukan ke-34 pada tahun 2024.


9. Matawang RM paling stabil di Asia, harini RM3.88 berbanding 1USD. Kini kedua selepas Singapura di ASEAN, ketiga di Asia dan top 5 di dunia era PMX jadi Pengerusi ASEAN keyakinan dunia kepada Malaysia bertambah.


10. Nilai eksport terkini (Januari 2026): RM146.87 bilion. Pertumbuhan Tahunan (y-o-y): meningkat sebanyak 19.6% berbanding Januari 2025. Jumlah dagangan keseluruhan (Januari 2026): RM272.37 bilion (naik 12.6%)


11. Kemasukan FDI tinggi Jumlah Keseluruhan 2025: Bagi keseluruhan tahun 2025, aliran masuk FDI berjumlah RM53.5 bilion, meningkat daripada RM51.5 bilion pada tahun 2024.


12. Ia telah menyebabkan peluang kerja banyak dan pengangguran kurang. Pada tahun 2024, kadar pengangguran Malaysia mencatatkan 3.2 peratus, dan terus menurun kepada 2.9 peratus pada tahun 2025, menunjukkan pemulihan pasaran buruh yang semakin stabil dalam tempoh tersebut.


Data tidak menipu, untuk jadi Perdana Menteri kita perlukan tokoh yang betul betul PERFORM yang boleh REFORM untuk jadikan MALAYSIA LEBIH BAIK.


Jalan terus!


Syam Ghaz 


https://www.facebook.com/share/p/1ayrWKgdy5/?mibextid=wwXIfr




POOODAHHH...HANG MASUK MAHKAMAH KEPALANPUN TAK ANGKAT KIOK

 


KEH KEH KEH..." HANGPA BODOW" KATA SANUSI. NEGERI NI ORANG NAK AMBIK DSH. KIOK


 

SANUSI KATA " KEPALA BAPAK HANG ". KIOK...

 


ADA YANG CUBA MEMBINA PERSPEKTIF NAGATIF


Izlin Ideris.



Rafizi kata Anwar membiarkan fitnah overkill terhadap beliau..


Ni lah cubaan membina persepsi jahat terhadap PMX.


Aku ingat lagi..

Dalam tahun² sekitar sebelum PRU13, tahun tu adalah tahun permulaan RPK mula galak menyerang Anwar Ibrahim,  waktu tu ada perjumpaan blogger Pro Pakatan Rakyat bersama Anwar, ramai blogger terkenal hadir termasuklah dari PAS.


Ada satu soalan yang aku nyatakan sendiri waktu tu tentang betapa melampaunya RPK dan bercadang untuk kami para blogger counter balik.


Anwar kata jika ada fakta terpulang pada kami, tapi jangan sesekali memfitnah RPK, kita tak mahu ada sikap yang sama (fitnah).


Dalam pertemuan tertutup waktu yg hanya dihadiri para blogger yg pro Pakatan Rakyat , Anwar ingatkan kami jangan sesekali buat fitnah terhadap musuh yang kuat menyerang beliau.


Padahal kalau ikutkan boleh saja Anwar beritahu kami apa point² kelemahan dan aib RPK untuk kami jadikan bahan menyerang, sebab tu adalah pertemuan tertutup. 


Tapi ternyata tu bukan sikap Anwar Ibrahim..


Anwar hanya sebut RPK tidak lagi menyokong beliau dan mula menyerang beliau atas sebab ada permintaan RPK yang tidak mampu beliau penuhi.


Apa permintaan RPK tu pun Anwar tidak dedahkan pada kami, walaupun kami ada tanyakan apakah permintaan tersebut. 


Masa tahun  2019 pulak, dalam pertemuan tertutup seramai hanya 5 orang dengan Anwar Ibrahim , aku juga bertanya tentang apakah boleh kami serang Tun M? Sebab pada waktu tu dah dapat maklumat yang Tun M tidak akan serahkan jawatan PM kepada Anwar sepertimana yg Tun M janjikan. 


Masa tu Anwar kata jangan..


so pada geng BERSATU yang pada waktu tu tuduh Anwar arahkan serangan pada Tun M termasuklah yang menuduh sedemikian adalah syed saddiq,  aku berani sah kan tuduhan tu semua tidak benar..


Kami juga ada bertanya tentang Zuraida , di mana beberapa hari sebelum pertemuan tersebut telah mengeluarkan kenyataan keras terhadap Anwar walaupun ketika itu Zuraida masih lagi seorang MP KEADILAN.


Tau apa reaksi Anwar,? 


Anwar siap puji Zuraida, cakap dia seorang yang bagus.. dia hanya terpengaruh. Seolah-olah beliau tidak terkesan dengan kritikan MP nya sendiri terhadap beliau.


Pokok pangkalnya, jika ada yang tuduh Anwar arahkan serangan atau Anwar membenarkan fitnah terhadap musuhnya , itu satu tuduhan yang mengarut..


Tapi begitulah manusia, apabila dia nak menghalalkan serangan dia kepada PMX dia akan cipta persepsi buruk agar orang akan terima serangan dia tu..


Bagi aku, kerajaan Madani yang kini ternyata baik prestasi nya,wajar dipertahankan dari kita membiarkan mana² pihak cuba  meruntuhkan hanya kerana emosi seseorang dan berikan peluang PN kembali jadi kerajaan.





MUNG TAK PAHANG

 


Che Ibrahim


Mung kena fahang... Tak boleh kita namakan PM lebih awal, bercanggah dengan ajaran Islam.






INI KELAKUAN SETELAH JADI KERAJAAN.



Zanirun Baba.



 Kami merasakan nasib kami saperti yang sahabat ceritakan .Sejak 1997 kita mulakan perjuangan ada segelintir PEJUANG yang kini sudah merasakan KERUSI empok dan sumber kewangan yang hebat!! Ada yang dari mana asalusulnya terus jadi wakil RAKYAT!!



Itu pembuka cerita!;

ISU nya setelah kita berjaya jadi KERAJAAN pemimpin2 REFORMASI mula lupa diri!! 



Call tak jawab!

Wattsapp pun TAK BALAS dan PERMOHONAN untuk sedikit bantuan ikhlas untuk rawatan kesihatan pun TAK respond!TAPI  ada yang berjiwa murni bukan lahir zaman perjuangan tampil hulur bantuan..tapi yang kenal rapat sejak mula REFORMASI langsung tak respond ada yang menjadi MB dan ramai yang wakil rakyat dan KETUA Agensi!!!



Itu kandungan cerita tapi tak ambil hati mahupun kesal sabab itu lah kehidupan yang kita panggil RAKAN2 atau SAHABAT!!


Yang berhati mulia tu lah SAHABAT!mereka datang semasa kita susah! semoga Allah saja yang memberkati mereka..Ameen!!





Apakah Merit Dato Samsuri Mokhtar Nak Jadi Pengerusi PN merangkap calon Perdana Menteri, jika Terengganu pun gagal?


Syam Ghaz



 Apakah Merit Dato Samsuri Mokhtar Nak Jadi Pengerusi PN merangkap calon Perdana Menteri, jika Terengganu pun gagal?






Saya pecahkan tulisan saya ni kepada 2 faktor, dalaman dan luaran. Akhir tulisan saya share performance PMX Anwar Ibrahim sekarang.


DALAMAN


1. PAS berpecah kepada sekurang kurangnya dua kumpulan besar selepas Tan Sri Abdul Hadi Awang mengisytiharkan “perang dingin” dengan Tuan Guru Hashim Jasin dalam krisis perebutan kuasa MB dan PAS Perlis.


Tiga orang YB PAS Perlis yang berpihak kepada TG Hashim dipecat.


Majlis Syura yang dipengerusikan TG Hashim menerima semula tiga YB tersebut, namun Hadi menolak keputusan itu melalui tulisan Minda Presiden.






Ini menunjukkan badan tertinggi parti sendiri tidak lagi sepakat dan keputusan Majlis Syura boleh dicabar oleh Presiden. 


Majlis Syura Pas dinodai, tidak laku gadai seperti zaman arwah Tuan Guru Nik Aziz saat Hadi berkuasa penuh kini.


2. PAS Pusat kini terbahagi sekurang kurangnya kepada tiga klan kuasa. 


Perebutan kuasa turut berlaku di Kelantan, Kedah dan Terengganu. 


Mastermind utama Pas adalah Dato Takiyuddin Hassan.


Di Kelantan, bekas MB Dato Ahmad Yaakob berperanan sebagai tokoh utama belakang tabir bersama Dato Takiyuddin dan Dato Mohd Amar dalam blok berbeza dengan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan Dato Nasuruddin Daud dalam isu jawatan MB. 


Perebutan dalaman untuk kerusi MB ini belum selesai.


3. PAS Perlis berdepan krisis besar melibatkan jawatan MB sehingga berlaku perpecahan terbuka dalam kalangan ADUN. Ini semua dah tahu, tak perlu ulas.


4. PAS Kedah juga retak menanti belah.

YB Ahmad Yahya adalah Pesuruhjaya PAS Kedah, bukan Sanusi Md Nor.


Sanusi memegang jawatan Timbalan Pesuruhjaya tetapi lebih dominan dalam pentadbiran negeri Kedah.


Golongan ulama merasakan mereka dipinggirkan apabila ramai tokoh kanan negeri dipindahkan ke Parlimen. 


Ini mencetuskan rasa tidak puas hati dalaman Pas Kedah, ingin angkat calon dari kalangan Ustaz untuk kerusi Mb Kedah pada PRU16 nanti.


5. Tindakan Pas Pusat mencalonkan Samsuri sebagai Pengerusi PM aka calon PM dilihat oleh sebahagian pihak sebagai strategi “buang” beliau keluar daripada jawatan MB selepas PRU16, ketika isu agihan kuasa dan ghanimah negeri Terengganu masih berebut.


6. PN berkecai. PAS nak jadi Pengerusi PN dan angkat Hamzah Zainuddin sebagai proksi dalam Bersatu.


Berlaku percaturan antara Muhyiddin Yassin dan Hamzah Zainuddin. 


Hamzah kena buang dan Pas dapat kerusi PN kosong, kena checkmate dengan Muhyiddin.


Muhyiddin kekal Presiden Bersatu buat Ikatan Prihatin Rakyat.


Hamzah yang sebelum ini dilihat sebagai ayam tambatan PAS dalam Bersatu kini terpinggir dan dijangka dilucutkan jawatan Ketua Pembangkang atau terhegeh hegeh minta sertai Umno kembali dengan nak jawatan tinggi. Adakah Umno nak bagi? 


PAS akhirnya menerima jawatan Pengerusi PN ‘tin kosong’ takda isi, selepas Hamzah disingkirkan. 


Ini menunjukkan PN tidak stabil secara dalaman. 


IPR adalah move baru politik Malaysia.


FAKTOR LUARAN


Analisis Data Pentadbiran Terengganu di bawah Ahmad Samsuri Mokhtar


1z Prestasi KDNK Per Kapita banding Negeri lain.


2017 Terengganu RM29,848

2024 Terengganu RM32,442


Kenaikan 8.6 peratus


Perbandingan 2017 hingga 2024


Pulau Pinang naik 48.7 peratus

Sarawak naik 46.33 peratus

Selangor naik 34.37 peratus

Pahang naik 38.78 peratus

Perak naik 32.90 peratus


Kadar pertumbuhan pendapatan rakyat Terengganu antara paling rendah dalam tempoh sama.


Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia DOSM.


2. Prestasi Hasil Negeri sikit banding dengan negeri lain.


2018 Terengganu RM283.3 juta

2025 Terengganu RM263.4 juta


Perubahan negatif 7.0 peratus


Negeri lain dalam tempoh sama


Pahang naik 174.9 peratus

Sarawak naik 90.5 peratus

Melaka naik 46.8 peratus

Negeri Sembilan naik 45.6 peratus

Perak naik 39.2 peratus


Terengganu satu satunya negeri dalam jadual yang mencatat penurunan hasil.


3. Kebergantungan Kepada Persekutuan, Kerajaan Pusat Sangat Tinggi. Tidak mampu cari duit sendiri untuk survive.


Peratus hasil negeri yang datang daripada Persekutuan


Terengganu 87 peratus

Johor 13.5 peratus

Negeri Sembilan 10.6 peratus

Kedah 22.1 peratus


Struktur kewangan negeri menunjukkan tahap kebergantungan yang sangat tinggi kepada Kerajaan pusat.


4 Pemberian Persekutuan


2023 Terengganu RM1.6 bilion

2024 Terengganu RM2.0 bilion

Kenaikan 28 peratus


Dana Persekutuan meningkat, bukan disekat. Takda alasan Rakyat Terengganu nak marah Kerajaan Pusat.


Samsuri tidak padai dan tidak kreatif cari sumber ekonomi baru.


5 Nisbah Gaji MB sangat besar kepada KDNK Per Kapita


Gaji MB Terengganu RM30,000

KDNK Per Kapita RM31,111


Nisbah 96 peratus, tinggi sangat.


Pulau Pinang nisbah 20 peratus

Selangor 40 peratus

Johor 36 peratus


Nisbah relatif antara gaji ketua negeri dan pendapatan rakyat lebih tinggi berbanding beberapa negeri maju. 


Gaji nak mahal, kerja tak perform. Kini nak angkat jadi PM? 


KESIMPULAN 


Kepimpinan nasional masih memerlukan PM yang perform seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim.


1. Pertumbuhan ekonomi 6.3% suku ke 4 2025.


2. Hasil pelaburan masuk Negara yang berkembang dan meningkat


3. Kebergantungan fiskal rendah


4. Daya saing rentas negeri dan Negara.


5. Matawang RM paling stabil di Asia, harini RM3.88 berbanding 1USD.


Data menunjukkan Terengganu serba serbi lemah, pertumbuhan KDNK perlahan, hasil negeri menurun dan kebergantungan pusat sangat tinggi.


Fikir sendiri lah ya. 


Syam Ghaz 


Nota: nanti saya edit bagi ringkas.



KENAL LAGI DAK MUKA TAK MALU NI ?


 



15 Fakta Paling Luar Biasa Tentang ECRL Yang Ramai Tak Tahu.







1. Sepanjang 665 Kilometer


ECRL sepanjang kira-kira 665 km. Bayangkan jarak KL ke Singapura sekitar 350 km.


Maknanya ECRL hampir dua kali jarak itu.


Ia menghubungkan Kota Bharu ke Pelabuhan Klang.


Ini bukan projek negeri.

Ini projek merentas separuh Semenanjung Malaysia.


.


2. Kos Asal RM65.5 Bilion 


Ya, RM65.5 bilion.


Untuk bagi orang nampak besar angka ini:


Kos bina KLCC sekitar RM1.6 bilion pada 1990-an.


Secara kasar, dengan RM65.5 bilion,

boleh bina lebih 40 buah KLCC.


Atau bayangkan beri RM1 juta kepada 65,500 orang, baru duit tu habis.


Sebab itu masa diumumkan, satu negara terkejut.


.


3. Tahun 2018, Projek Dibekukan


Selepas pertukaran kerajaan, projek ini dihentikan.


Kontrak digantung.

Kerja tapak dihentikan.


Ramai ingat ini penamat.


.


4. Rundingan Semula. Kos Turun Ke Sekitar RM44 Bilion


Kerajaan berjaya runding semula dengan kontraktor China.


Penjimatan lebih RM20 bilion.


Jarang projek mega berjaya turunkan kos sebanyak ini.


Ini antara rundingan infrastruktur terbesar dalam sejarah negara.


.


5. Banjaran Titiwangsa, Musuh Sebenar Kos


Kenapa mahal?


Sebab untuk sambungkan Pantai Timur ke Lembah Klang, kena tembus Banjaran Titiwangsa.


Gunung batu keras.

Struktur geologi kompleks.

Kerja kejuruteraan berat.


Rel tak boleh belok ikut suka hati macam jalan raya.


.


6. Terowong Genting Sepanjang 16.39 Kilometer


Ini antara bahagian paling mencabar.


16.39 km menembusi gunung.


Antara terowong rel terpanjang di Asia Tenggara.


Kos pembinaan terowong sahaja mencecah berbilion ringgit.


.


7. Lebih 40 Terowong Sepanjang Laluan


Bukan satu terowong.


Lebih 40 terowong dibina di sepanjang jajaran.


Setiap satu perlukan mesin khas, kajian geologi, dan masa bertahun.


.


8. Banyak Laluan Dibina Atas Jambatan Tinggi


Di kawasan lembah dan sungai, ECRL dibina di atas viaduct.


Kenapa?


Untuk kurangkan kerja korek tanah dan jaga alam sekitar.


Struktur jambatan panjang ini menelan kos tinggi, tapi lebih selamat dan efisien.


.


9. Laluan Pernah Diubah, Kemudian Dikekalkan Semula


Jajaran asal ke Pelabuhan Klang pernah digugurkan.


Diganti laluan lain.


Kemudian selepas perubahan politik, laluan asal dikekalkan semula.


Ini antara projek paling banyak pusingan, mengalahkan Roda Impian saya putar Halim.


.


10. 20 Stesen Termasuk Terminal Kargo


ECRL bukan sekadar stesen penumpang.


Ia termasuk terminal kargo besar untuk industri.


Ini yang akan gerakkan ekonomi sebenar.


.


11. Kelajuan Maksimum 160 km/j


Kereta api penumpang boleh capai 160 km/j.


Perjalanan Kota Bharu ke Gombak dijangka sekitar 4 jam.


Bandingkan masa biasa diambil 6 jam memandu musim biasa. Kalau musim cuti dan raya? Fuh, berbelas jam. Bertabahlah.


.


12. Fokus Utama Sebenarnya Adalah Kargo


Ramai fikir ini projek balik kampung.


Sebenarnya fokus utama ialah pengangkutan barang.


Kontena dari Pantai Timur boleh terus ke Pelabuhan Klang tanpa bergantung sepenuhnya pada lori.


Kos logistik boleh turun.

Daya saing industri meningkat.


.


13. Projek Ini Melibatkan Puluhab Pekerja


Puluhan ribu pekerja terlibat sepanjang pembinaan.


Kontraktor tempatan turut dilibatkan dalam pakej kerja.


Impak ekonomi bukan sekadar selepas siap,

tapi juga semasa pembinaan.


.


14. Dijangka Siap Sekitar 2027


Jika ikut jadual, operasi penuh sekitar 2027.


Beberapa seksyen mungkin siap lebih awal.


Bermakna impaknya sudah hampir.


.


15. ECRL Bukan Sekadar Rel. Ia Ubah Peta Ekonomi


Selama ini Pantai Timur dianggap jauh.


Dengan ECRL, jarak fizikal mungkin sama.


Tapi jarak ekonomi jadi lebih dekat.


Bandar seperti Kuantan, Dungun, Kota Bharu boleh jadi hub baharu.


.


Saya punya pandangan?


ECRL ni macam bisnes besar.


Orang nampak harga.


Tapi tak nampak struktur di belakangnya.


Kos tinggi sebab geografi Malaysia bukan mudah.


Gunung. Lembah. Hutan.


Soalannya sekarang bukan lagi patut buat atau tidak.


Soalannya:


Bila 2027 nanti rel ini sudah bergerak, korang nak naik tak? Dan kalau dah sampai KT nanti, pergilah Mayang Mall dan singgahlah dekat outlet MommyHana di sana ya.


bossF,

MommyHana





KEH KEH KEH


 

PULAK


 

KEH KEH.. INGAT AIR OREN MAKAN DENGAN NASI... PATUT LA OTAK TAK BERFUNGSI DENGAN BAIK.



 Bila mereka buat walhalalan, siap bergaji lagi anak2 pemimpin lebai tu.


Kena dekat Pmx Nurul Izzah tak ambil gaji pun mereka bising. Walaupun Nuru memang berkelayakan.



Anak2 lebai Allahualam la berkelayakan atau tidak. Mana taknya lulusan agama ada yang letak didalam department penjagaan air negeri pak lebai.




Last2 sampai kesudah LRA tak siap2

 Kerana meletakan orang bukan didalam bidang mereka. Makanya melingkuplah sampai kesudah rakyat sengsara tak dapat bekalan air bersih.




KISAH TRUMP DAN PERJANJIAN PERDAGANGAN


 

KiSAH RAFIZI DAN RETIS



TAHNIAH ..AKHIRNYA PAS MUNCUL JADI KETUA.


Che Ibrahim


 Tahniah Dr Sam naik pangkat dari Bendahari PN (letak jawatan) ke jawatan Pengerusi PN. Abaikan slogan hanya ulama' yang memimpin.


Sapa pula bakal dilantik sebagai Tim Pengerusi dan SUA, kita tunggu.




DR AHMAD SAMSURI PENGERUSI PN



Shahbudin Husin


Saya up kembali tulisan saya bertarikh 7 Januari lalu yang telah menamakan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi PN yang baru.


Semoga dengan wajah baru ini PN lebih cemerlang pada PRU16 akan datang.


Di bawah ini tulisan saya pada 7 Januari 2026 itu.


MB TERENGGANU PENGERUSI BARU PN?


7 January 2026


Semalam, Naib Presiden PAS merangkap Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar mengunjungi bekas Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.


Menurut Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman, kunjungan itu adalah atas mandat yang diberikan oleh Presiden PAS, Haji Hadi Awang.


“Dr Sam bertemu Tan Sri Muhyiddin atas mandat tok guru Presiden (Abdul Hadi Awang),” katanya yang juga Setiausaha Politik kepada Haji Hadi.


Maksud kata-kata Syahir itu tidak lain ialah bahawa Ahmad Samsuri mengunjungi Muhyiddin kerana diarahkan oleh Haji Hadi.


Apabila Haji Hadi mengarahkan demikian, ia adalah isyarat bahawa Ahmad Samsuri merupakan calon pilihan PAS untuk diangkat menerajui PN bagi menggantikan Muhyiddin.


Haji Hadi sebelum ini beberapa kali membangkitkan soal keuzurannya yang membuatkan beliau kurang sesuai untuk menerajui PN.


Maka, sebelum  kedudukan Ahmad Samsuri dimuktamadkan dalam mesyuarat PN tidak lama lagi, beliau diminta mengunjungi Muhyiddin terlebih sebagai pemakluman awal dan langkah berbudi bahasa terhadap bekas Pengerusi PN itu.


Selain itu, kunjungan tersebut juga tentunya untuk mendapatkan sedikit sebanyak nasihat daripada Muhyiddin.


Dalam hal ini, adalah sesuatu yang janggal untuk mengandaikan bahawa kunjungan Ahmad Samsuri itu bermaksud untuk merayu agar Muhyiddin kekal menerajui PN dan menarik balik perletakan jawatannya.


Perkara itu tidak mungkin berlaku kerana ia bertentangn dengan hasrat PAS melalui beberapa pemimpinnya  sebelum ini untuk pemimpin parti itu menerajui PN.


Kalau nak merayu, kenapa dihantar Ahmad Samsuri seorang diri saja?


Bukankah jika ingin merayu, PAS akan menghantar rombongan lima atau enam pemimpin PAS ke Bukit Damansara?


Realitinya, PAS adalah paling sesuai dan tepat untuk menerajui PN kerana ia parti yang stabil dan tidak berkecamuk seperti Bersatu yang kebelakangan ini suka memecat pemimpinnya sendiri.


Bagaimana parti yang berwajah sebegitu mahu diberi mandat menerajui semula PN setelah Muhyiddin sendiri secara sukarela meletak jawatan?


Mustahil, mustahil, mustahil….


Lagi pun pemimpin muda seperti Ahmad Samsuri yang berwajah manis, sedang menerajui kerajaan negeri dan berpendidikan tinggi, adalah calon paling sesuai untuk menerajui PN bagi menjangkau kemenangan dalam PRU akan datang.


Cuma, ada beberapa aspek berkaitan dirinya yang Ahmad Samsuri perlu pertingkatkan lagi seperti dalam soal komunikasi, penampilan dan keaktifan bersuara dalam isu-isu nasipnal.


Bagaimanapun,  dipercayai perkara itu mampu diubah dan disesuaikannya dengan baik selepas ini.


Dengan meletakkan Ahmad Samsuri sebagai calon untuk menerajui PN juga memberi petunjuk bahawa Haji Hadi bakal melepaskan jawatannya sebagai Presiden Pas dalam muktamar yang akan datang.


Jika ada yang ragu-ragu bagaimana Ahmad Samsuri boleh berperanan dengan baik menerajui PN sedangkan dalam partinya beliau hanya menjadi Naib Presiden dan bukan berjawatan Presiden, semua keadaan itu hanya sementara saja.


Selepas beliau menjadi Presiden PAS nanti, semuanya akan jadi normal semula.


Yang penting, dengan Ahmad Samsuri ditampilkan menerajui PN, ia dapat menyerlahkan wajah segar dan memberi keyakinan yang lebih baik lagi kepada pengundi dan tiada lagi isu-isu sampingan menjadi gangguan. – ShahbudinHusin 07Januari2026.




MUDAH JIKA SAMSURI JADI PENGERUSI PN.



Syam Ghaz


 Sebab saya:


 1. Populariti Samsuri di peringkat nasional belum terbukti


Tiada kajian nasional 2025 yang meletakkan Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon Perdana Menteri pilihan utama rentas kaum.


Sebaliknya Anwar Ibrahim dalam tinjauan Merdeka Center 2024 mencatat sekitar 43 hingga 45 peratus kepuasan nasional.


Muhyiddin Yassin pernah mencecah sekitar 60 hingga 70 peratus ketika awal pandemik 2020 dan sekitar 51 peratus dalam kajian 2021.


Samsuri hanya ada angka kepuasan negeri Terengganu sekitar 67 peratus dalam konteks PRN 2023, bukan populariti nasional.


 2. Sokongan bukan Melayu kepada PN sangat rendah


Analisis pasca PRU15 menunjukkan kira kira 95 peratus pengundi Cina dan 80 peratus lebih pengundi India menyokong PH.


PN sangat minimum pengaruh di Sabah dan Sarawak dalam PRU15 kecuali beberapa kerusi tertentu.


Tanpa lonjakan besar undi bukan Melayu dan Borneo, sukar capai majoriti mudah 112 kerusi Parlimen.


Meletakkan Pas jadi Pengerusi PN undi kaum lain selain Melayu akan merosot

 

 3. Prestasi ekonomi Terengganu lebih perlahan berbanding nasional

KDNK Terengganu 2023 berkembang 2.3 peratus dengan nilai sekitar RM38 bilion.


Ekonomi Malaysia 2024 berkembang sekitar 5.1 peratus.


Kadar pengangguran Terengganu suku pertama 2024 sekitar 4.2 peratus berbanding nasional sekitar 3.3 peratus.

Ini menunjukkan prestasi negeri tidak mengatasi kadar nasional.


 4. Struktur kerusi PN bergantung kuat kepada PAS


Dalam PRU15, PAS memenangi 43 kerusi Parlimen dan menjadi blok terbesar dalam Perikatan Nasional.


Kerusi kuat PAS tertumpu di Pantai Timur dan majoriti Melayu.

Kerusi campuran dan bandar yang menentukan kerajaan Persekutuan memerlukan sokongan silang kaum yang lebih luas.


 5. Faktor Sabah dan Sarawak penentu kerajaan


Blok Sabah dan Sarawak memegang lebih 50 kerusi Parlimen secara keseluruhan.


PN tidak mendominasi wilayah ini dalam PRU15 dan PRN Sabah


Tanpa kerjasama kukuh atau penambahan besar kerusi di Borneo, matematik membentuk kerajaan menjadi sukar.


Ringkasnya, kekuatan Samsuri tertumpu di negeri sendiri, itu pun tidak berjaya. 


Tetapi dari sudut data nasional 2024 hingga 2025, PN masih berdepan cabaran besar dalam undi rentas kaum, prestasi ekonomi perbandingan, dan matematik kerusi Parlimen. 


SG



OTAI REFORMASI DIRAIKAN


Syam Ghaz



 Alhamdulillah malam ini saya dan kepimpinan KEADILAN Kedah meraikan Otai Reformasi & sahabat-sahabat parti dalam majlis berbuka puasa. 






Sebelum berbuka saya sempat menyampaikan 3 pesanan utama kepada keluarga KEADILAN KEDAH: 


Yang pertama - Selama 3 tahun YAB Dato’ Seri Anwar menjadi Perdana Menteri jelas ada kestabilan politik dengan gabungan Pakatan Harapan yang kukuh & harmoni. 


Seterusnya kestabilan politik ini membawa impak tang positif kepada negara Malaysia - angka-angka pencapaian suku ke-4 2025 adalah bukti yang jelas.


Yang paling penting adalah membina kekuatan dalaman parti tanpa mengambil kira apa yang berlaku kepada parti lawan. 


Bina kekuatan parti. 

Bina kekuatan parti gabungan.

Kuatkan Pakatan Harapan menuju PRU ke-16. 


#MalaysiaMadani 

#MADANIBekerja 

#RancakkanMADANI

#KEADILANKedah

#SaifNasution



BOO CIAK BOOO POOI...


 

MASAALAH BESAR DUNIA


 

NOHHH.... SANUSI LENA KA DAK TU?


 

MANTAN KETUA CABANG BUATBREPORT TERHADAP RAFIZI RAMLI

 



KENYATAAN MEDIA TERHADAP TINDAKAN SAUDARA RAFIZI RAMLI


Saya, Kamarudin bin Mohd Hussain, mantan Ketua Cabang Selayang bagi Pemilihan 2025, menyahut seruan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat bahawa parti akan mengambil tindakan sekiranya aduan rasmi dibuat terhadap mana-mana ahli.


Sehubungan itu, saya mengambil tanggungjawab dan saya telah membuat laporan rasmi terhadap saudara Rafizi Ramli berhubung kenyataan dan tindakan beliau yang dengan jelas mencemar imej parti serta melempar tuduhan tidak berasas terhadap YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Presiden parti.


Selain itu, tidak mustahil kemenangan saya secara sah di Selayang dalam Pemilihan 2025 yang telah dinafikan juga berpunca daripada kekecohan yang dilakukan oleh beliau berikutan banyak cabang yang menyebelahi beliau dibenam ahli akar umbi. 


Kemenangan saya secara sah telah dinafikan sekali pun saya tidak pernah melanggar mana-mana peraturan Pemilihan Parti. 


Namun demi menjaga imej Parti, saya hanya mendiamkan diri dan tidak menyerang parti seperti yang dilakukan oleh beliau, kerana saya amat yakin kepada kepimpinan YAB Dato'Seri Presiden.


Beliau bukan sahaja tidak boleh menerima bahawa ahli-ahli akar umbi mahukan perubahan, malah beliau amat kecewa bila kalah dalam pemilihan Timbalan Presiden, sedangkan selama ini banyak cabang termasuk di Selayang tidak menyantuni ahli, dan situasi ini masih berlaku sehingga ke hari ini.


Saya tetap berpegang kepada prinsip reformasi dan keadilan, serta yakin kepada kepimpinan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Parti ini bukan milik individu, tetapi milik ahli dan rakyat Malaysia yang menaruh harapan kepada perjuangan parti.


Parti akan menjadi kuat jika semua ahli bersatu hati, tetapi Parti ini akan menjadi lemah apabila kita menyimpan musuh dalam selimut atau duri dalam daging. Kita mesti tegas menegakkan prinsip keadilan, integriti, dan maruah parti.


Oleh itu, adalah wajar tindakan tegas, adil, dan berprinsip diambil demi maruah dan kestabilan parti, termasuk mempertimbangkan tindakan disiplin terhadap saudara Rafizi, termasuk kemungkinan pemecatan.


Sekian, terima kasih.


KAMARUDIN HUSSAIN

Mantan Ketua Cabang Selayang 

Pemilihan 2025

21/02/2025 9:46pm

Keadilan Cabang Selayang

Parti Keadilan Rakyat

Fuziah Salleh Anwar Ibrahim

Malaysia Gazette Utusan Online

Berita FMT BERNAMA

Harian Metro Sinar Harian





DAP TAK MUNGKIN BERANI LEPASKAN JAWATAN KERAJAAN



22 Februari 2026


DAP dijadual akan mengadakan kongres khas pada 12 Julai depan untuk memutuskan sama ada parti itu perlu terus memegang jawatan dalam kerajaan atau meletakkan jawatan.


Penganjuran kongres khas itu susulan kenyataan  Setiausana Agung DAP, Anthony Loke pada 9 Disember lalu yang memberi tempoh enam bulan kepada Perdana Menteri  untuk melaksanakan reformasi yang lebih bermakna.


Tuntutan itu berikutan DAP mengalami kekalahan teruk pada PRN Sabah di mana parti itu tewas semua lapan kerusi yang ditandinginya.


Kekalahan buruk itu difahami sebagai isyarat penolakan pengundi Cina kepada DAP setelah tiga tahun parti itu berada dalam kerajaan dan DAP memikirkan mereka perlu berbuat sesuatu.


Anthony Loke ketika itu dipetik sebagai berkata, jika Anwar Ibrahim gagal melaksanakan reformasi bermakna dalam tempoh enam bulan akan datang, DAP akan menilai semula peranannya dalam kerajaan.


Berkaitan kongres khas 12 Julai depan, Menteri Pengangkutan itu berkata, jika perwakilan memutuskan untuk menarik diri daripada jawatan eksekutif, 40 Ahli Parlimen DAP tetap akan menyokong kerajaan pimpinan Anwar sehingga PRU akan datang.


“40 Ahli Parlimen DAP akan memastikan kestabilan kerajaan, tetapi peranan kami dalam kerajaan, sama ada untuk terus menjadi menteri dan timbalan menteri atau meletak jawatan daripada semua jawatan rasmi, terpulang untuk diputuskan oleh perwakilan,” katanya.


Sementara itu difahamkan juga, sebelum kongres khas itu diadakan, DAP akan menjelajah ke seluruh negara untuk bertemu ahli-ahlinya.


Persoalan paling penting ialah beranikah DAP keluar kerajaan dan melepaskan semua jawatan yang memberi nikmat lumayan kepada kehidupan?


Setelah berjuang puluhan tahun untuk menjadi kerajaan, adalah sukar membayangkan DAP sanggup semudah itu melepaskannya.


Lagi pula, dengan melepaskan jawatan menteri dan timbalan menteri, ia tidak memberi jaminan DAP mampu menang dengan cemerlang pada PRU16 akan datang.


Silap-silap daripada 40 kerusi Parlimen dimenanginya sekarang, banyak kerusi akan hilang?


Selain itu, DAP sekarang memegang lima jawatan menteri dan tujuh timbalan menteri dalam kerajaan madani dan jika semua mereka mengundur diri, kerajaan akan tempang dan lebih menyukarkan DAP berperanan dengan berkesan membantu ahli-ahlinya.


Malah, beberapa perancangan di bawah kementerian yang diterajui DAP seperti pilihan raya bagi memilih Datuk Bandar KL dan pilihanraya PBT lain di seluruh negara akan tergendala begitu saja.


Adakah DAP sanggup membiarkan ia berlaku?


Dengan itu, DAP dijangka akan berjuang habis-habisan bagi memastikan reformasi itu dapat dijayakan kerana jika ia berjaya dilaksanakan, nikmat berpanjangan lebih dinikmati parti tersebut.


Sebelum kongres khas diadakan, tidak mungkin pilihan raya Datuk Bandar KL dan pilihan raya PBT di seluruh negara dapat dilaksanakan.


Anwar sendiri pun sebagai Perdana Menteri pasti tidak membenarkan kekosongan begitu besar dalam kabinet yang akan menyukarkannya lagi menguruskan kerajaan.


Dalam hal ini, Anwar dijangka akan mengadakan perbincangan dengan Anthony Loke bagi memastikan keputusan kongres khas nanti tidak sampai kepada ketetapan melepaskan jawatan kabinet.


Sebagai timbal balik, beberapa perkara akan cuba dilaksanakan untuk menunjukkan seolah-olah reformasi digerakkan atau dijanjikan dengan bersungguh-sungguh dalam beberapa bulan akan datang.


Yang boleh dijangka akhirnya ialah DAP tidak akan semudahnya untuk melepaskan jawatan menteri dan timbalan menteri yang sedang dinilmatinya. -ShahbudinHusin 22Februari2026.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1221159706673813&id=100063393840098





KEH KEH KEH.

Che Ibrahim.


 Adakah seruan berjuang dalam konteks pilihanraya hari ini boleh sampai ke tahap "syahid"?







Kematian dalam Peristiwa Memali pun kita tidak sepakat dlm kesyahidannya, alik kerajaan masa tu memfatwakan sebagai "syibhil bughah". 


Begitu juga kematian dalam Peristiwa Al Maunah di Sauk, ada yang dakwa sebagai mati syahid, tapi kerajaan kata satu "Pengderhakaan Kepada YDPA". 


Jauhilah politik melampau yang boleh menjadi racun kepada keharmonian dan perpaduan, yang akan membawa kepada kemusnahan.



SIDANG MESIA RETIS VS RAFIZI

 


JOB


Khairil Azri


Baru sempat tengok video sidang media Caprice, rentetan perihal isu “pendedahan” yang dia buat sebelum ini berkaitan Rafizi. 


Aku ringkaskan supaya korang takpayah bazir masa macam aku.

.

1. Caprice maklumkan dia telah melantik peguam untuk menguruskan isu undang-undang yang melibatkan Rafizi.


2. Satu notis tuntutan telah dihantar kepada Rafizi melalui e-mel sekitar jam 1.00 hingga 2.30 petang.


3. Dalam notis tersebut, Rafizi diminta supaya menurunkan atau memadam semua kandungan berkaitan Caprice sebelum jam 5.00 petang hari yang sama.


4. Notis itu juga meminta satu permohonan maaf dibuat secara terbuka.


5. Caprice menyatakan notis tersebut dibuat kerana beliau mendakwa kandungan yang dimuat naik oleh Rafizi bersifat fitnah terhadap dirinya.


6. Caprice turut menyebut bahawa jika kandungan tersebut tidak diturunkan atau dipadam dalam tempoh yang ditetapkan, beliau akan meneruskan tindakan saman terhadap Rafizi.


7. Caprice menegaskan beliau tidak pernah menyebut, menuduh atau mengaitkan Rafizi dengan angka RM2.5 bilion.


8. Caprice menyatakan beliau tidak pernah membuat sebarang tuduhan secara langsung terhadap Rafizi.


9. Menurut Caprice, kandungan yang dibuat olehnya sebelum ini hanyalah berbentuk soalan dan pertanyaan.


10. Caprice menyatakan soalan-soalan tersebut bertujuan untuk mendapatkan penjelasan dan bukan untuk membuat tuduhan.


11. Caprice menerangkan kepada media bahawa beliau memang secara konsisten membangkitkan dan membuat liputan isu-isu negara melalui media sosial, termasuk isu seperti GISB serta isu awam melibatkan individu seperti PU Azman, sebagai sebahagian daripada pendekatan beliau menyentuh perkara yang melibatkan kepentingan awam.


12. Caprice juga ambil peluang terang sekali lagi kenapa dia timbulkan persoalan² yang dia sebut dalam video dia sebelum ini, dengan menunjukkan tangkap layar SSM, pautan berita dan gambar gambar yang mengaitkan Rafizi dengan seorang individu bernama Lee Chu Boo.


13. Caprice menyatakan beliau tidak mahu ditarik ke dalam konflik atau perang politik sedang berlaku.


14. Caprice menjelaskan bahawa beliau bukan ahli politik dan tidak mempunyai kepentingan politik.


15. Caprice menyatakan kesediaan untuk berjumpa Rafizi dan menyelesaikan perkara ini secara baik di luar mahkamah.


16. Caprice turut menyebut perkara ini berlaku dalam bulan Ramadan, jadi dia secara terbuka minta maaf dan mengajak supaya isu ini diselesaikan secara damai(tidak proceed saman).


17. Di bahagian akhir sidang media, Caprice menunjukkan sejambak bunga ros merah yang disediakan untuk Rafizi sebagai tanda perdamaian.

.

.

Bonus:

1. Caprice puji SPRM sebab dapat tangkap banyak jerung, buat kerja yang bagus.


2. Caprice gambarkan ada elit(dia guna perkataan jerung besar, game) luar sana cuba naratif tertentu dan panggil Bloomberg sebagai media zionism


3. Caprice sebut pemilik bloomberg dengan Netanyahu adalah bestfriend, persoal kenapa tak pernah cover berkenaan Netanyahu.


4. Caprice ajak rakyat Malaysia kenapa kita nak percaya media yang dimiliki oleh orang yang baik dengan orang orang jahat seperti ini,.apakah Bloomberg peduli perihal kemanusiaan dan rasuah?


5. Caprice sebut setiap media ni ada bias, di Malaysia, ada media berat sebelah Cina, ada media ada media sebelah PAS, ada media berat sebelah BN. (Dia taknak sebut sebab takut kena saman katanya). Takkan Bloomberg ni jadi alim?


Seolah dia bertanya Bloomberg ni berat sebelah(buat Job) mana? Takkan tak ada agenda?


TAMAT.





ORANG LAMA YANG MEMBINA PKR LAGI HAMPA.

 

Norman Daud.



Sejujurnya saya agak kecewa dengan keadaan hari ini.






Di sebalik kemelut besar yang sedang melanda Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan juga tekanan dalam Perikatan Nasional, fokus sebahagian ahli Keadilan pula masih lagi untuk bergocoh sesama sendiri.


Disaat musuh kelihatan lemah, kita tidak mengambil peluang ini untuk memperkukuhkan sokongan akar umbi. Sepatutnya inilah masa untuk merapatkan saf, memperkemas jentera dan menawan keyakinan pengundi atas pagar.


Sebaliknya, kemelut Team Hiruk dan Team Damai masih belum menunjukkan tanda reda.


 Masing-masing terus melancarkan serangan, seolah-olah kemenangan peribadi lebih penting daripada kestabilan parti. Sedangkan yang sebenarnya terluka ialah Presiden kita dan parti sendiri.


Apa sebenarnya keutamaan kita?


Jika parti bukan lagi keutamaan, maka berundur itu lebih terhormat. Jangan menabur garam ke luka yang sedang cuba kita sembuhkan.


Sebelah pihak lain pula tidak perlulah melayan setiap provokasi. Setiap respons yang emosional hanya membesarkan isu dan memberi kesan kepada pandangan umum terhadap parti kita.


 Politik ini bukan pertandingan ego. Ia amanah.


Kita bukan parti kecil yang boleh bergaduh tanpa implikasi. Kita adalah tunjang kerajaan hari ini. Presiden kita ialah Perdana Menteri Malaysia. Serangan terhadap DS Anwar Ibrahim tidak pernah berhenti. Isu ekonomi diputar. Isu institusi diprovokasi. Isu kaum dan agama dimainkan tanpa henti. Lawan faham satu perkara..jika Presiden kukuh, kerajaan stabil.


Sebab itu mereka menyerang bertali arus.


Namun ketika mereka menyusun peluru politik, kita pula sibuk membuka ruang dari dalam. Lihat apa yang berlaku kepada Bersatu sebelum ini. Pergolakan dalaman melemahkan struktur. Keyakinan akar umbi merosot. Kita mahu ulang kesilapan yang sama?


PRU semakin hampir. Ini bukan masa mengira siapa lebih dominan dalam mesyuarat cabang atau siapa lebih kuat di media sosial. Ini masa untuk kita perkukuhkan parti.


Parti ini perlukan fokus. Perlukan kekuatan. Perlukan kesepaduan.


Apabila kita bercakaran, yang bertepuk tangan bukan ahli sendiri. Yang tersenyum ialah lawan.

Akar umbi memerhati. Pengundi atas pagar menilai. Mereka tidak peduli siapa menang dalam konflik dalaman. Mereka mahu lihat kestabilan, disiplin dan hala tuju yang jelas.


Jika benar parti ini rumah perjuangan kita, letakkan parti di atas kepentingan peribadi. Jika benar kita mempertahankan Presiden, hentikan tindakan yang hanya melemahkan kedudukannya.


Musuh tidak akan menunggu kita selesai bergaduh.


Soalnya sekarang, kita mahu jadi benteng atau beban?