Saturday, May 3, 2014

Kisah presiden NGO bergembira atas kesengsaraan orang – Amirrul Jeffery Igai


Rencana-Manusia paling celaka yang dikenali.Pecacai penjilat sejak zaman Mahazalim memerintah,membodek sehingga sekarang ini.Manusia sebegini patut digelar binatang.Ianya sesuai dikenali sebagai katak.


Di sebalik kesengsaraan dan kesedihan yang ditanggung daripada Maha Agung, terutamanya oleh keluarga, saudara-mara di samping rakan taulan dan rakan seperjuangan, baik sengsara dari segi fizikal dan mental, ada juga pihak yang menumpang bersimpati berkongsi tempiasnya.

Di sebalik penderitaan dan bakal ke penjara buat sekian kalinya kerana keputusan Mahkamah Rayuan tempoh hari, ada juga puak yang mengukir senyuman, baik pihak kawan dalam blok yang sama mahupun musuh dalam selimut dan musuh di luar selimut.

Kisahnya tentang seorang presiden sebuah NGO yang tidak berhati perut dan perikemanusiaan yang berhajat untuk mengadakan kenduri sekiranya beliau (Datuk Seri Anwar Ibrahim) berada di belakang tirai besi.

Sudahlah berniat mengadakan kenduri sesudah Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk penjara, bertambah keji lagi apabila presiden NGO ini siap berdoa agar Datuk Seri Anwar Ibrahim segera dihantar ke penjara.
Manusia apakah ini? Bergembira di atas kesengsaraan orang lain.

Terkinja-kinja dan melompat gembira atas keperihan dan malapetaka yang menimpa insan lain.
Kalau pun kita berdendam dan sakit hati dengan seseorang, tidak bolehkah disimpan dalam poket seluar rapat-rapat? Zipkan mulut agar tidak menampakkan kita ini seorang yang berhati gelap?

Paling tidak pun, diamkan diri daripada mencetuskan provokasi bagi menghormati keluarganya yang kehilangan Imam rumah tangga buat sementara waktu.

Kalau hati sudah busuk dan hitam, begitulah kenyataan yang keluar daripada mulut sang pelopor rasis.
Dari Pulau Pinang ke Selangor, Sabah ke Sarawak, dan Johor ke Kuala Lumpur, siapa yang tidak kenal batang tubuh si presiden NGO  ini, terkenal dengan mulutnya lancang yang meniup api sensitiviti, kononnya mengaku perisai kepada Bumiputera sebagai agenda politik sempit semata-mata, tajaan si parti politik yang kian nazak sokongan rakyat yang sudah membuka mata luas-luas sesudah dimamah dunia tanpa sempadan..
Hairan bertambah pelik apabila mengenangkan si presiden NGO ini tidak habis-habis dengki dan iri hati kepada Anwar Ibrahim, menyerang DSAI siang dan malam, pagi dan petang, dalam terang mahupun di dalam gelap.

Dengan presiden sebuah NGO ini menyerang DSAI habis-hhabisan, adakah dia mahu membuktikan kepada parti politik yang menaja NGO di bawah naungannya agar diterima kembali memasuki parti politik yang pernah menendangnya keluar daripada parti tersebut suatu ketika dahulu?

Atau ingin menarik perhatian kepimpinan parti politik tersebut agar mengangkat si Presiden NGO ini sebagai senator, lantas menyerapnya ke dalam karbinet?

Kalau beginilah corak permainan dan kepimpinan yang ditunjukkan oleh Presiden NGO ini, maka beliau gagal dan tiada kredibiliti.

Seantero Malaya tahu suatu ketika dahulu, presiden NGO dan pertubuhannya yang mengaku benteng Bumiputera ini mengajak puaknya membakar kitab sebuah agama demi provokasi dan protes kepada beberapa perkara sensitif yang berbangkit, tetapi rakyat Malaysia tidak turut serta.

Disebabkan rakyat Malaysia matang dan berpendidikan, mereka tidak akan mengikut gaya melampau si pelopor rasis ini.

Daripada awal penubuhan NGO yang diterajuinya sehingga kini, corak dan strategi yang digunapakai masih menggunakan cara lama dan tiada perubahan.

Masih mengekalkan isu sensitif yang berbangkit demi mendapat sokongan rakyat.
Sebab itulah NGO ini masih di takuk lama dan tiada perubahan, melainkan popular dengan isu yang panas kononnya untuk membela Bumiputera.

Tidak ada salahnya kita membela atas nama bangsa dan agama, tetapi cara kita mestilah kena pada tempatnya.

Baik bunyinya, tersusun modus operandinya.

Sampai bilakah kita mahu berpolitik dengan cara ini, berpolitik menggunakan modal kaum, agama, bangsa?
Mencerca, memaki hamun, sumpah-seranah dan mendoakan yang tidak baik kepada musuh politik sempitnya.

Jangan bandingkan dengan PAS yang mendoakan yang Umno akan K.O.

PAS mendoakan parti tersebut K.O., bukan sesiapa yang di bawah parti tersebut.

Parti bukan manusia. Jangan juga tidak tahu yang Presiden dan NGO naungannya tidak diterima di Malaysia dan dihalang memasuki Sarawak olah rakan pakatan parti yang menaja NGO bawah kepimpinannya.
Cukup-cukuplah.

Permainan gaya ini adalah permainan yang merbahaya, maka ianya harus dikuburkan daripada peta politik Malaysia.

Saya tidak menyebut NGO ini kerana presidennya lenyap daripada peta politik Malaysia, tetapi gaya permainannya itu sendiri yang harus ghaib.

Corak politik Malaysia memerlukan “game plan” yang segar dan “updated”. – 3 Mei, 2014.


* Penulis ialah pembaca The Malaysian Insider.



Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers