JANGAN ANGGAP PEMUDA PAKATAN TAKUT.CUMA KEBIJAKSANAAN MENGGANTIKAN BUDAK TIDAK SEKOLAH

Pemuda Umno mulakan provokasi di Gombak – Saksi

(Oleh Aisha Geoffrey)
KUALA LUMPUR 6 Dis: Saksi insiden serangan pada Ceramah Merdeka Rakyat di Gombak malam semalam, Lawrence Jayaraj (gambar) berkata, Pemuda Umno yang memulakan provokasi dan menyebabkan dua penyokong Pakatan Rakyat (Pakatan) cedera.
Aktivis itu berkata, beliau menyaksikan sekumpulan pemuda Umno lingkungan antara 20 hingga 30-an membuat bising di kawasan tapak ceramah mulai 8.30 malam sambil mengibarkan bendera BN.
“Mereka yang memakai baju BN bermotosikal ke kawasan ceramah, dengan tak pakai topi keledar, sambil menjerit-jerit “baliklah!”. Kemudian mereka berhenti di markas gerakan Umno, betul-betul berhadapan tapak ceramah Pakatan Rakyat,” jelasnya kepada Keadilan Daily.
“Sewaktu Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali berucap, provokasi tersebut makin menjadi-jadi membuatkan suasana bertambah tegang. Masa inilah mereka mula membaling batu, baldi, pasu dan kelapa ke arah penyokong Pakatan,” kata Lawrence yang berada berhampiran lokasi kejadian.
Beliau juga diberitahu, sebelum ceramah bermula, pihak penganjur mendapat amaran mengenai provokasi itu. Ekoran itu, KEADILAN Gombak membuat laporan polis.
“Tapi polis tak datang pun untuk jaga keselamatan. Malah polis cakap risiko tanggung sendiri. Mujur ada Unit Amal dan AMK (Angkatan Muda KEADILAN) yang mengawal keadaan,” katanya.
Serangan samseng Umno itu menyebabkan kemalangan apabila seorang penyokong Pakatan cedera akibat ditikam pada bahu, manakala seorang lagi luka di kepala akibat dibaling pasu.
“Selepas itu, barulah polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) datang,” jelasnya.
Menurut Lawrence, sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap, samseng Umno meneruskan provokasi mengganggu tumpuan rakyat dengan menggunakan pembesar suara dan melemparkan kata-kata kesat terhadap Ketua Umum KEADILAN itu dan pemimpin Pakatan.
“Semua yang datang, termasuk warga tua terpaksa membuat benteng di hadapan tapak ceramah bagi menghalang samseng Umno dari memasuki kawasan dan membuat tindakan yang lebih provokatif,” jelasnya.
Sejurus selesai ceramah, samseng-samseng tersebut beransur pulang, kata Lawrence.
“Apa yang kita persoalkan mengapa Umno marah sangat bila Pakatan buat ceramah, sedangkan penyokong Pakatan langsung tak ganggu program mereka. Inilah bukti Umno cemas berhadapan kebangkitan rakyat,” katanya.
Semalam, Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Gombak, Amirudin Shari mengutuk serangan berkenaan dan mahu Pemuda Umno bertanggungjawab ke atas tindakan ganas tersebut.
Azmin pula mendedahkan, kumpulan samseng itu diketuai Datuk Megat Zulkarnain Omardin, Ketua Pemuda Umno Gombak.