Zuliadin Abdullah
Ada satu kisah, seorang individu berjalan menuju ke sebuah kelab malam dengan melengkapi dirinya dengan sebuah bom.
Tujuannya, untuk meletupkan kelab malam terbabit kerana menurutnya ia pusat maksiat.
Dalam perjalanannya dia terserempak dengan seorang ulama, orang alim.
Lalu dia cuba meminta restu ulama terbabit akan perbuatannya yang dianggap jihad untuk agama itu.
Lantas ulama itu bertanya, setelah kamu meletupkan kelab malam itu dan orang di dalamnya mati, kemana pergi mereka semua.
"Ke neraka", jawabnya bersemangat.
Lalu ulama itu bertanya, siapa yang paling mahukan anak anak Adam itu ke neraka? apa tuhan? atau syaitan?
Pemuda itu terdiam sebentar, kemudian lalu menjawab, syaitan.
Nah, yang kamu lakukan ini bukan jihad untuk agama, sebaliknya kerja setan, iaitu membawa ramai anak Adam untuk ke neraka.
Peranan pendakwah dan penghukum gagal dibezakan, maka tak hairan timbul doa doa pelik mohon bala kepada sesama Islam hanya kerana dirasakan dirinya alim, dan pihak lain ahli maksiat. Kerana merasakan diri itu mukmin, dan individu lain itu wajar dinerakakan.