IMAM KAMI DI KG JERANG TERLUPA TAKBIR 5 KALI ROKAAT KEDUA SOLAT AIDIL FITRI, APA KAMI BUAT? Semalam, saya solat sunat Aidil Fitri di Masjid Kg Kuala Jerang, Jelebu, NS. Solat tersebut diimamkan oleh Imam 1, Tuan Syed Kamal Syed Aziz. Memasuki rokaat kedua, Imam terlupa untuk takbir sebanyak 5 kali dan terus membaca surah Al Fatihah. Saya menyedarinya dan saya yakin ramai lagi menyedarinya. Tiada sesiapa pun yang menegur Imam dengan perkataan "Subhanallah", kerana mungkin mereka bahkan saya sendiri berpendapat bahawa: 1. Takbir 7 kali pada rokaat pertama dan 5 kali pada rokaat kedua itu hanyalah sunat sahaja, bukan rukun yg tidak membatalkan solat tersebut sekiranya tidak dilakukan. 2. Mungkin, Imam terpaksa mempercepatkan solat kerana keuzuran atau mahu buang air besar atau sebarang masalah lain yang Imam terpaksa meninggalkannya. Kita tahu solat Aidil Fitri itu adalah "Sunat Mu'akkad' yakni sunat yang dituntut. Manakala takbir 7 dan 5 kali itu adalah "Sunat Hai'ah' sahaja. Selesai solat tersebut, tiada seorang pun yang mempertikaikannya dan kami semua meneruskan dengan khutbah Aidil Fitri hngga selesai. Imam kami bijaksana kerana tidak meminta pendapat makmum kerana hukum telah jelas dan tidak perlu kepada kebenaran atau pendapat makmum. Hukum tertegak dengan kebenaran dan dalil, bukannya keputusan majoriti. Makmum pula tidak mempertikaikan kerana mereka tidak jahil dan mereka yakin dengan keputusan Imam. WFAUZDIN NS



Semalam, saya solat sunat Aidil Fitri di Masjid Kg Kuala Jerang, Jelebu, NS.  Solat tersebut diimamkan oleh Imam 1, Tuan Syed Kamal Syed Aziz.  


Memasuki rokaat kedua, Imam terlupa untuk takbir sebanyak 5 kali dan terus membaca surah Al Fatihah.  Saya menyedarinya dan saya yakin ramai lagi menyedarinya.  Tiada sesiapa pun yang menegur Imam dengan perkataan "Subhanallah", kerana mungkin mereka bahkan saya sendiri berpendapat bahawa:


1.  Takbir 7 kali pada rokaat pertama dan 5 kali pada rokaat kedua itu hanyalah sunat sahaja, bukan rukun yg tidak membatalkan solat tersebut sekiranya tidak dilakukan.  


2.  Mungkin, Imam terpaksa mempercepatkan solat kerana keuzuran atau mahu buang air besar atau sebarang masalah lain yang Imam terpaksa meninggalkannya.  


Kita tahu solat Aidil Fitri itu adalah "Sunat Mu'akkad' yakni sunat yang dituntut.  Manakala takbir 7 dan 5 kali itu adalah "Sunat Hai'ah' sahaja.  Selesai solat tersebut, tiada seorang pun yang mempertikaikannya dan kami semua meneruskan dengan khutbah Aidil Fitri hngga selesai.  


Imam kami bijaksana kerana tidak meminta pendapat makmum kerana hukum telah jelas dan tidak perlu kepada kebenaran atau pendapat makmum.  Hukum tertegak dengan kebenaran dan dalil, bukannya keputusan majoriti.  Makmum pula tidak mempertikaikan kerana mereka tidak jahil dan mereka yakin dengan keputusan Imam. 


WFAUZDIN NS



No comments: