Isu kewarganegaraan Malaysia dijamin Perlembagaan Persekutuan.



Syam Ghaz







Titah DYMM Sultan Pahang dijadikan panduan dan diambil sebagai prinsip dasar KDN, termasuk keperluan menapis, mengawal dan melindungi kepentingan negara dan masa depan rakyat Malaysia.


Pindaan kewarganegaraan bukan dibuat tergesa-gesa. Sejak awal, isu ini dibawa oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) kepada Majlis Raja-Raja (MRR) beberapa kali untuk diperhalusi kerana menyentuh kedaulatan negara, keselamatan, dan kemurnian pemberian kewarganegaraan.


Dengan perkenan Majlis Raja Raja itu, KDN membentangkan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat pada 17 Oktober 2024.


Keputusan undian:


 • 212 Ahli Parlimen sokong

 • Muar tolak

 • Selebihnya tidak hadir


Pindaan itu kini bergerak ke fasa pelaksanaan selepas Dewan Negara, pewartaan dan perkenan Diraja. Ia dijangka berkuat kuasa sekitar Jun/Julai 2026.


Ia tidak lain dan tidak bukan, ia bagi memperketatkan, memperbaiki dan menambahbaik semua ruang yang longgar supaya tidak ada ruang untuk manipulasi, salahguna kuasa dan penyelewengan.


Jalan terus Jabatan Pendaftaran Negara, Kementerian Dalam Negeri. REFORM




No comments: