ZAKARIA BUKAN ORANG POLITIK? MAHU TIPU SIAPA?



Apabila mantan Ketua Cabang Keadilan Bera, Sdr Zakaria Abdul Hamid dilantik mengetuai FINAS, maka ramai yang bertanya mengapa buang  seorang anak seni dan diganti dengan orang politik untuk menguruskan hal ehwal perfileman, hiburan dan kesenian?



Apa kaitan kelayakan dan pengalaman Sdr Zakaria untuk menerajui FINAS?  Tiada tokoh lainkah yang boleh menerajui FINAS dari kalangan anak seni atau paling kurang ada kelayakan berhubung dengan kesenian, perfileman atau hiburan?  Ini persoalannya.

Seorang orang kuat Sdr Zakaria tampil membela bosnya dengan menyatakan Sdr Zakaria layak menerajui finas kerana dia telah dipecat dari parti, maka pemilihannya bukan lagi ada kaitan dengan lantikan politik.  Ini melucukan dan satu hujah yang amat dangkal dari bekas Ketua Cabang Paya Besar, Sdr Albakri Salim.  Albakri adalah timbalan kepada Sdr Zakaria di dalam NGO Penggerak Komuniti Negara di Pahang.  Tugas beliau membela bosnya itu wajar namun berilah alasan lain yang releven.

Adakah kerana dipecat dari Keadilan, maka seseorang itu bukan lagi orang politik?  Bila disebut sahaja politik, maka semestinya adalah dari Keadilan?  Kamu tahu atau tidak apa itu politik?  Berpolitik atau orang politik tidak semestinya ada parti.  Itu kena faham dulu.

Siapa tidak kenal Sdr Zakaria, setelah dipecat dari Keadilan kerana terdapat laporan dari SPRM tentang penglibatan beliau dengan kes rasuah, beliau terus bergerak rapat dengan orang politik seperti Azmin dan Zuraidah.  FINAS mahu diterajui oleh orang seperti ini?  Mana maruah FINAS?

Siapa tidak tahu, Sdr Zakaria adalah orang kuat Azmin, sama juga dengan MP Indera Mahkota, YB Dato Saifudin Abdullah yang kini menjadi Menteri Komunikasi.  FINAS di bawah kementerian MP Indera Mahkota yang khianat ini.  Bodoh sangatlah jika kita tidak boleh fikir apa erti lantikan ini sehingga sanggup mengenepikan anak-anak seni hanya kerana mahu beri pada kroni politik?

Mahu tipu siapa sebenarnya?  Jangan ingat rakyat terlalu bodoh   seperti kamu yang sanggup melakukan pengkhianatan untuk kesenangan sementara.

WFAUZDIN NS

No comments: