Tuesday, August 18, 2015

40 peratus perniagaan masih belum dapat rebat GST

Walaupun lebih 60 peratus syarikat yang telah memohon untuk mendapat kembali ‘GST input tax’ ataupun rebat Cukai Barangan dan Perkhidmatan berjaya mendapat kembali rebat tersebut, namun terdapat hampir 40 peratus yang belum lagi mendapat rebat itu.
Ini disebabkan oleh kesilapan dalam borang permohonan mereka, kata Jabatan Kastam seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar harian tempatan Bahasa Inggeris bertarikh 8 Ogos lalu.
Hal itu menunjukkan walaupun Jabatan Kastam berhasrat untuk memulangkan rebat dalam masa 14 hari, kesilapan yang terdapat dalam borang permohonan syarikat-syarikat tersebut telah menggagalkan usaha mereka. Justeru, syarikat-syarikat terbabit mengalami masalah aliran tunai.
Selain dari itu, masalah nilai kejatuhan mata wang ringgit juga menyusahkan ramai usahawan terutamanya pengilang apabila mereka perlu membeli bahan mentah dengan harga yang lebih tinggi.
Namun demikian, Presiden MCA, Liow Tiong Lai telah berkata bahawa kerajaan akan cuba membantu ahli usahawan yang sedang mengalami masalah demikian.
Tetapi soalan yang perlu dibangkit ialah bagaimanakah kerajaan boleh membantu ahli usahawan itu? Soalan ini perlu ditanya sebab rezab antarabangsa Bank Negara Malaysia sudah berada pada paras kurang daripada AS$100 bilion (AS$96.7 bilion) dan ini bererti negara kita sudah tidak mampu menampung kelemahan matawang ringgit.
Adakah Perdana Menteri Najib Tun Razak sedar betapa rumitnya masalah ekonomi yang sedang melanda negara kita sekarang?
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers