Saturday, August 2, 2014

KEJAYAAN AIR SELANGOR? JANGAN JADI BARUA UMNO

Kejayaan perjanjian air dengan Putrajaya jamin tarif air tidak naik, kata MB Selangor

Sampai 2017.2018 caj air akan naik. Masa ini pilihanraya sedang atau akan berlangsung dalam jangkamasa terdekat. Elok lah langat 2 nak siap. Bila siap cai sudah tentu dikenakan kepada rakyat Selangor.

Bila ini berlaku baru nak melalak.

 

1.Kerajaan Pusat engkar dengan kata-kata dan enggan melaksanakan janji mereka menggunakan akta untuk menyempurnakan penstrukturan semula

2.Tarif air di Selangor akan naik mendadak dalam tahun yang dekat dengan pilihanraya umum

3.Kroni kuat Umno iaitu Tan Sri Rozalli Ismail akan menerima harga tawaran Kerajaan Selangor kerana ia lumayan dan jauh mengatasi nilai sebenar syarikatnya

4.Pemegang konsesi Loji Sg Selangor (yang merupakan loji terbesar yang membekalkan kepada hampir 60% pengguna) iaitu SPLASH akan menolak kerana harga tawaran awal dipotong oleh Kerajaan Selangor untuk jumlah itu dibayar kepada Tan Sri Rozalli Ismail

5.Projek Langat 2 diteruskan dan kontrak diberikan kepada kroni-kroni Umno sedangkan bayarannya nanti ditanggung oleh rakyat Selangor

6.Masalah bekalan air di Selangor berterusan hingga menimbulkan kemarahan rakyat terhadap Pakatan Rakyat

 


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menandatangani perjanjian antara kerajaan negeri dan persekutuan di Putrajaya bagi penstrukturan semula industri air Selangor, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider, 1 Ogos, 2014.  
 
 
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menandatangani perjanjian antara kerajaan negeri dan persekutuan di Putrajaya bagi penstrukturan semula industri air Selangor, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider, 1 Ogos, 2014. 
 
 Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi jaminan kadar tarif air di Lembah Klang tidak akan dinaikkan untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga hingga empat tahun akan datang selepas kejayaan penstrukturan semula industri air di negeri terkaya Malaysia itu.

Khalid yang sedang ditekan PKR untuk meletakkan jawatan sehingga menimbulkan keretakan Pakatan Rakyat (PR) menandatangani perjanjian itu antara  kerajaan negeri Selangor dan kerajaan Persekutuan di Putrajaya hari ini.

"Dengan termeterainya Perjanjian Dasar Induk ini menandakan rundingan penstrukturan semula industri air Selangor yang sudah diusahakan semenjak 2006 sudah hampir ke penghujungnya dan mencapai kejayaan," katanya kepada pemberita selepas majlis itu.

Beliau berkata, pemeteraian perjanjian dengan kerajaan Pusat bagi pelaksanaan penstrukturan semula industri air Selangor dan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dianggap sebagai kemenangan untuk rakyat. 
 
 Walaupun didesak PKR untuk meletakkan jawatan bagi memberikan laluan kepada presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikannya sebagai menteri besar Selangor, Khalid mendapat sokongan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk terus berkuasa sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan pemimpin PKR dan DAP.

  "Kerajaan negeri juga berpandangan tawaran RM9.65 bilion yang diberikan kepada pihak konsesi adalah adil dan munasabah tanpa merugikan syarikat-syarikat terlibat," kata Khalid.

Menteri besar Selangor itu berkata kerajaan negeri sudah membuat tawaran kepada kesemua empat syarikat konsesi air dengan pemilik saham Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd dan Konsortium Abass Sdn Bhd (Abass) menerima tawaran tersebut manakala pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) masih belum dimuktamadkan.

Hari ini Khalid menandatangani Perjanjian Dasar Induk bagi penyelesaian jangka panjang isu air Selangor bersama Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

"Kejayaan mengambil alih Syabas akan membolehkan kejayaan negeri memberi tumpuan kepada kerja-kerja menaik taraf saluran paip air dengan tujuan menurunkan kadar air tak berhasil yang pada ketika ini sangat tinggi iaitu 34%," katanya.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan Persekutuan dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Khalid dalam nada berseloroh berkata: "Saya rasa beliau (Menteri KeTTHA Datuk Seri Dr Maximus Ongkili) lebih senang daripada saya, saya ada tiga 'political mother in-law'... masih ada harapan tapi tidak boleh lagi."


Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers