RM6.3 bilion pelaburan ditarik keluar, ringgit tertekan



RM6.3 bilion pelaburan ditarik keluar, ringgit tertekan

RM6.3 bilion pelaburan ditarik keluar, ringgit tertekan

Oleh: Selena Tay

Nilai matawang Ringgit telah jatuh merudum, iaitu 1 Dolar Amerika bersamaan dengan RM3.76 dan 1 Dolar Singapura bersamaan dengan RM2.80.
Penulis telah mewawancara dua orang usahawan; seorang pelabur asing dan seorang ahli usahawan tempatan dan kedua-dua mereka berkata kejatuhan nilai Ringgit adalah disebabkan oleh apa yang boleh dilabelkan sebagai ‘krisis keyakinan’.
Mereka berkata bahawa masalah 1MDB memberi kesan yang buruk kepada iklim pelaburan di Malaysia kerana sudah jelas isu itu gagal ditangani dengan baik. Selain daripada itu, 1MDB sedang mengalami masalah aliran wang tunai.

Kedua-dua para pelabur ini juga menjelaskan bahawa perhatian para usahawan kini tertumpu kepada ‘pihak ini dan pihak itu’ yang telah melabur wang dalam 1MDB demi membantu syarikat berkenaan membayar faedah atas hutang RM42 bilion itu.

“Situasi tak cantik. Ia merunsingkan kita para pelabur.

“Justeru itu, kalau masalah 1MDB terus berkekalan, mungkin adalah lebih baik untuk melabur di negara jiran yang mempunyai iklim pelaburan yang lebih ceria,” kata seorang usahawan tempatan
Setakat ini, pelabur asing telah mengeluarkan jumlah pelaburan dari Malaysia sejumlah RM6.3 bilion dari Januari ke Jun tahun ini, walhal untuk sepanjang tahun lalu, jumlah pelaburan asing yang mengalir keluar hanyalah RM6.9 bilion.

No comments: