
Membuat pengakuan pada satu sidang media di ibu pejabat PAS hari ini, Nasir Ahmad memberitahu, beliau bersama beberapa lagi rakannya diarahkan supaya berbuat demikian oleh pegawai atasannya dan terpaksa patuh kerana tiadak kuasa untuk melawan.
Menurut Nasir, beliau melakukan perbuatan itu ketika berkhidmat di Sandakan Sabah pada tahun 1986, ketika pilihan raya umum ke-7 sedang berlangsung.
Katanya, beliau diarahkan untuk memangkah undi sebanyak 900 kertas undi yang dibahagi dua bersama rakannya dan diselesaikan dalam masa 3-4 jam sebelum diserahkan.
"Salah guna kuasa berlaku di sini apabila pihak atasan memberi arahan sedemikian, di mana telah berlaku manipulasi terhadap undi pos berkenaan dan terdapat kemungkinan karung beg itu mungkin tidak sampai kepada SPR,"katanya.
Menurut Nasir lagi, beliau juga khuatir untuk menentang arahan pihak atasan kerana tentera tidak dibenarkan sama sekali untuk terbabit dalam politik dan jika perkara itu berlaku negara akan berantakan.
Selain Nasir, turut menceritakan pengalaman masing-masing ialah Mej (B) Risman Mastor, Mohd Kamil Omar dan Kamarulzaman Ibrahim.
Kamarulzaman pula mengaku berbuat demikian bersama beberapa pegawai yang lain sepanjang tiga hari ketika bertugas di Kem Terendak, Melaka.
Katanya, beliau telah menanda kertas undi berkenaan "sehingga lenguh tangan" dan turut menandatangan setiap borang yang dikepilkan bersama kertas undi tersebut.
Turut hadir pada sidang media sama ialah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat.
2 comments:
bodoh betul la siapa cakap tentera dan polis tak politik habis yang pergi mengundi dan pangkah kertas undi tu apa bukan ke semasa nak pangkah ada lambang parti
Kalau pihak PR dapat menawan Putrajaya di PRU13, bukan setakat 2 atau 3 kerat Bekas Tentera yang akan memecahkan cerita Undi Pos ini, malahan beribu orang akan tampil untuk memberi keterangan....Memang Undi Pos penuh dengan penipuan...Insyaallah kita akan lihat sedikit masa nanti.
Post a Comment