PRU 14 tahun depan, kos sara hidup ‘peningkan’ BN
Pilihan raya umum (PRU) 14 diramal pada 2018. Demikian dinyatakan oleh Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming.
Katanya, kegagalan PM Najib Razak menangani kos hidup yang melambung dan ketidakpastian isu 1Malaysia Development Berhad akan menghalang BN membubarkan parlimen pada 2017.
Ahli Parlimen Taiping itu berkata, Najib perlu menunjukkan usaha untuk menurunkan kos sara hidup, menyelesaikan skandal kewangan dan menjanjikan pekerjaan kepada rakyat sebelum memikirkan pembubaran parlimen.
“Rakyat kini amat marah kerana harga minyak sudah meningkat ‘gila’ walhal harga minyak di pasaran dunia sudah menurun.
“Umum tahu harga minyak di pasaran dunia sudah merosot dari lingkungan AS$108 setong pada pertengahan tahun 2014 ke AS$50 hingga AS$52 setong sejak lebih satu setengah tahun lalu tetapi mengapa pula subsidi minyak di dalam negara ditarik balik?” tanya Nga sinis.
Penarikan subsidi, kata Nga, memudahkan rakyat faham bahawa kerajaan kekurangan wang dan pentadbiran Najib gagal jika dibandingkan dengan lain-lain perdana menteri.
Nga juga mengingatkan, nilai Ringgit masih lemah dengan kadar tukaran RM4.35 untuk AS$1. Hal itu, menurutnya, akan menghalang strategi pilihan raya BN kerana ketiadaan ‘feel good factor’