CAKAP BESAR.PENAKUT RUPANYA....

Dengan bangganya Menteri ini menyatakan bahawa Rafizi Bodoh. Namun apabila Rafizi mencadangkan agar diadakan debat diatas isu yang dikemukan Menteri ini juga menyatakan bahawa Rafizi bukan sesiapa dan membuang masa untuk berdebat.Maksud bukan sesiapa ialah membawa makna bahawa Rafizi ini lekeh pada pandangan Menteri ini. Namun jika beliau bertelur dan menjadi menteri cerdik, elok lah berdebat dengan orang yang bodoh.Untuk pengetahuan menteri yang menggangap dia cerdik , Rasanya Rafizi punya kelebihan sedikit sebanyak berbanding menteri ni.

Nazri tolong ajar saya, kata Rafizi

Rafizi cabar Nazri debat jika pintar »

Rafizi-Nazri "Saya pasti Nazri boleh mempamer kepintaran dengan tampil bersemuka dan biarlah rakyat menghakimi betapa pintarnya beliau,"…

 SIAPA RAFIZI RAMLI

Lahir: 14 September 1977
Tempat Lahir: Besut, Terengganu
Membesar: di Kemaman dan Kuala Kangsar


LATAR BELAKANG PENDIDIKAN


Pendidikan awal @ Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman (1984 – 1989)
Kolej Melayu Kuala Kangsar (1990 – 1994)
  • Anugerah Carey/Bolkiah sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan

  • Pingat Emas Presiden Kesatuan Pelajar
  • Anugerah Pelajar Terbaik SPM 1994 (Fizik, Bahasa Melayu)
  • Anugerah Pelajar Terbaik SRP 1992
  • Johan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh
  • Pembahas terbaik Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh
  • Johan Pertandingan Bahas Piala Sri Paduka Sultan Perak 1993
  • Presiden, Badan Revolusi Agama
  • Presiden, Pancaragam Tentera
  • Presiden, Persatuan Bahasa Melayu
  • Ketua Pengarang, The Malay College Magazine
  • Dianugerahkan biasiswa PETRONAS (Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik) dan ESSO (Geology) sebelum keputusan SPM diumumkan
Morrison’s Academy, Scotland (1995 – 1996)
  • Anugerah AD Kippen, Pelajar Terbaik Fizik A-Levels 1996
  • Anugerah John Knox, Pelajar Terbaik Kimia A-Levels 1996
  • Pengawas
  • Orkestra Morrison’s Academy
Leeds University (1996 – 1999)
  • Anugerah Arthur Crabtree 1997, Pelajar Terbaik Tahun Pertama Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik
  • Ijazah Kelas Pertama (Tahun Pertama dan Kedua)
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik
  •  
LATAR BELAKANG KERJAYA

Jeffreys Henry Chartered Accountants, London (1999 – 2003)
  • lulus semua peperiksaan akauntan bertauliah dengan Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW) dalam masa 2 tahun
  • diterima sebagai ahli ICAEW pada 2003, selepas tamat tempoh minima latihan di firma perakaunan
  • diterima sebagai ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) pada 2003 apabila pulang ke Malaysia
PETRONAS/MTBE Malaysia Sdn Bhd (2003 – 2005)
  • Pengurus, Propane Dehydrogenation Plant
  • Pengurus termuda semasa dilantik
PETRONAS/Pejabat Naib Presiden, Urusniaga Petrokimia (2005 – 2007)
  • Pengurus Kanan (Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Urusniaga Petrokimia)
  • Pengurus Kanan termuda semasa dilantik
  • Bertanggungjawab menguruskan kumpulan urusniaga petrokimia PETRONAS dengan aset melebihi RM30 bilion
PETRONAS/Petronas Carigali Sdn Bhd (2007 – 2009)
  • Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan dan Percukaian Antarabangsa)
  • Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan 51 anak-anak syarikat PETRONAS Carigali yang terlibat dengan operasi huluan di peringkat antarabangsa, membabitkan belanjawan tahunan melebihi RM20 bilion
Pharmaniaga Berhad (2009)
  • Pengurus Besar
Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor (2009 – )
  • Ketua Eksekutif

Ishhhh..Ishhh budak Bodoh ni....Malu la tua-tua kata budak-budak bodoh.....















Menurut Rafizi pula. Beliau mengajak Menteri cerdik ini berdebat supaya beliau boleh mengetahui bagaimana Menteri cerdik ini dapat menyelesaikan masalah rakyat."Sebab itu saya mengajak beliau berdebat supaya rakyat dapat memahami kesan kenaikan, usaha bagi mengurangkan bebanan rakyat kerana beliau menteri" demikian jelas Rafizi.









"Melakukan penjimatan dengan tidak menggunakan wang rakyat , akan dapat menjimatkan serta memahami keperitan hidup rakyat.Saya tidak mengambil hati kerana memanggil saya bodoh, tetapi beliau harus menunjukkan kebijaksaan beliau" jelas Rafizi lagi.

No comments: