AHAD INI ,PENDUDUK KAMPUNG TANJONG TOKONG AKAN KUTIP TANDATANGAN SOKONGAN DARI NOG's

,









Pulau Pinang-Penduduk Kampung Tanjong Tokong mahu DS Najib terlibat secara langsung dengan isu perobohan kampung mereka bagi mendirikan Flat dan kondominium di kawasan tersebut.Menurut penduduk , mereka mahukan DS Najib terlibat kerana merasakan bahawa mereka adalah penduduk asal kampung tersebut sejak 300 tahun dulu lagi.


Kain rentang dari kumpulan banggang yang menerima tawaran UDA dan menerima RM5000






Pada Ahad ini , satu masjlis pelancaran bagi mengutip tandatangan penduduk dan juga beberapa NGo's di Penang dan juga tokoh akademik dari USM bagi mengadakan satu kempen menyelamatkan kampung Tanjong Tokong.



"Kita mahu DS Najib terlibat secara langsung kerana ini adalah permasalahan Melayu.Di sinilah dimana sejarah awal penempatan kaum Melayu di Pulau Pinang bermula.Semua Perdana Menteri yang kepas tidak pernah cuba untuk menyelesaikan masalah penduduk kampung ini menyelesaikan masalah mereka " demikian jelas Mohd Salleh atau Cikgu Mohd salleh yang juga merupakan bekas seorang pensyarah dan juga pengerusi bagi penduduk kampung Tanjong Tokong

Sama seperti apa yang berlaku di Kampung buah Pala, peduduk merasakan mereka di ketepikan sebagai penduduk asal kampung yang mempunyai geran tanah dan tanggungjawab sosial oleh pihak pemaju iaitu UDA.





Menurut Mohd Salleh , UDA telah memberikan perjanjian selama 99 tahun sejak 1974 dengan syarat bahawa jika sebarang pembanggunan yang dilakukan ianya bukanlah bersifat untuk mengaut keuntungan tetapi adalah bertujuan untuk menyusun semula masyarakat dan penduduk bagi membantu mereka.





"Penduduk kampung ini rasa tertipu kerana , pihak UDA dan kerajaan persekutuan gagal untuk menunaikan keperluan penduduk tempatan.Malah , kita mahu ianya di perjelaskan lagi kerana ianya di bawah GLC dan tanah pula di bawah kerajaan pusat"


Mereka juga menutut:

1. Kerajaan DS Najib harus terlibat dengan isu ini secara langsung dan mahu ianya di susun semula pembanggunan dalam rangka rancangan Malaysia ke sembilan dan kesepuluh.

2. UDA hendaklah di singkrkan dari mengadakan pembanggunan di kawasan tersebut

3.Melantik sebuah syarikat yang harus mengadakan satu sistem penstrukturan semula tetapi haruslah menenuhi tanggungjawab sosial keatas penduduk.
4.lebihan 1000 ekar lagi yang terletak di kawasan yang dimajukan itu hendaklah diberikan kepada penduduk untuk tujuan pembanggunan yang lebih menguntngkan msyarakat setempat.

Pada 5 mac lalu sejak Datuk Jaafar Abu Hassan (pengarah UDA) melakukan lawatan ke kampung tersebut, 40 dari 60 buah rummah telah dirobohkan dan penduduk telah di pindahkan ke kawasan penempatan sementara UDA , manakala 20 buah rumah lagi akan di robohkan pada oktober ni sebagiamana yang dberitahu.
Buat masa ini ada 1,026 keluarga yang tinggal di 260 buah rumah kampung .UDA telah mengeluarkan lesen penduduk tanah sementara (TOL) dimana mereka akan di berikan rumah flat seluas 800-850 kakipersegi luas.

Apa yang menjadi masalah sekarang ini ialah ada sesetengah penduduk yang menerima tawaran dari pihak UDA dimana menerima syarat UDA dan menentang persatuan penduduk Tanjong Tokong. Kumpulan yang banggang ini yang menamakan diri mereka sebagai SUARA PENDUDUK TANJONG TOKONG ini telah menerima tawaran sebanyak RM 5000.

Apabila ditanya tentang isu ini , Mohd salleh menjelaskan bawa penduduk tersebut hanya mahukan sedikit wang dan menerima cadangan yang di berikan UDA tanpa memikirkan betapa pentingnya tanah tersebut kepada penduduk Tanjong Tokong.


No comments: