Norman Daud
Dr Akmal ada mengepost satu video mengenai tawaran dari Sunway Group untuk membeli kepentingan di IJM. Tawaran ini bukan lah satu rahsia kerana ianya telah diwartakan oleh Bursa Malaysia pada 12 Januari 2026 yang lalu.
Walaupun tawaran rasmi telah dilakukan, ini bukan bermakna Sunway automatik ambil alih IJM. Tawaran tersebut bergantung kepada persetujuan pemegang saham IJM khasnya institusi besar seperti KWSP, KWAP, PNB dan lain-lain yang menguasai lebih 50% saham serta syarat lain yang perlu dipenuhi sebelum urus niaga menjadi sah sepenuhnya.
Tapi kalau baca komen dalam video Dr Akmal itu, kebanyakkan pengomen dah memaki kerajaan dan PMX DS Anwar Ibrahim dengan komen kononnya kerajaan madani menjual kepentingan Bumiputera.
Kat sini kita kena jelas, sesiapa pun boleh buat tawaran membeli mana-mana syarikat yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia. Ini perkara normal. Tawaran tak sama dengan penjualan, dan tuduhan bahawa kerajaan sudah “menjual kepentingan Bumiputera” adalah mengelirukan.
Perlu difahami, IJM bukan syarikat biasa. Ia memegang aset strategik penting seperti lebuh raya, Pelabuhan Kuantan, konsesi infrastruktur dan projek jangka panjang. Sebarang keputusan yang melibatkan saham IJM mesti memastikan kepentingan pencarum, Bumiputera dan aset strategik negara sentiasa terpelihara.
Selain itu, tindakan pemegang saham awam seperti GLIC menunjukkan mereka menjalankan tanggungjawab fidusi secara telus dan profesional. Mereka tidak boleh bertindak atas dasar emosi atau tekanan politik, sebaliknya mesti membuat keputusan yang memberikan pulangan optimum kepada pencarum dan rakyat serta menjaga kepentingan bumiputra.
Kesimpulannya, tuduhan konon kerajaan dah mengadaikan kepentingan bumiputra ni dibuat tanpa sebarang justifikasi yang tepat. Saya faham apa yang Dr Akmal tegaskan iaitu keperluan kerajaan menjaga kepentingan ekuiti bumiputra, tapi ianya perlulah lebih jelas supaya rakyat tak salah faham dan tahu kerajaan dan GLIC yang terlibat belum membuat sebarang keputusan mengenai tawaran tersebut.
Jadi tenang tenang la dulu..

No comments:
Post a Comment