KERAJAAN PERLU JELASKAN TINDAKAN TIDAK POPULAR







Kerajaan PH haruslah menjelaskan kepada rakyat beberapa tindakan yang tidak popular yang selama ini diperjuangkan oleh mereka semasa menjadi pembangkang sebelum ini. Tindakan rakyat menyoal beberapa isu yang sebelum ini menjadi viral berikutan masaalah yang ditinggalkan kerajaan lepas , seharusnyalah diberikan penerangan kepada rakyat sebelum ianya menjadi isu yang akan dibawa dan dimanipulasikan  oleh pembangkang.

Sememangnya , matlamat utama menumbangkan regim Bn dan menumbangkan mereka dari terus merosakkan ekonomi seharusnyalah diambil peluang sebaik mungkin, namun usaha ini terpaksa dilaksanakan dengan memperbaiki semua institusi ekonomi masyarakat yang telah dirosakkan oleh pemerintah sebelum ini.

Memang agak sukar untuk melaksanakan beberapa polisi terbaik, namun haruslah di laksanakan dengan berhemah dan setiap polisi yang diambil itu juga seharusnyalah ditanggani dengan baik. Mendapatkan palaburan asing adalah salah satu langkah yang harus dilaksanakan dimana pelaburan asing yang besar amatlah menguntungkan dimana kemasukkan FDI akan dapat mengurangkan defisit kewangan semasa kerajaan.

TAIWAN DI FASA PEMULIHAN

Selepas kejatuhan Democrac People Party (DPP) dan diambilalih oleh (KMT) Kaomintang Party, taiwan mengalami masaalah sususan dan pentadbiran setelah sekian lama DPP mentadbir negara. Mereka KMT menyusun usaha dengan melakukan penerangan kepada rakyat Taiwan.


Namun usaha ini sebenarnya harus digunakan oleh PH untuk memberikan penerangan kepada rakyat tentang usaha kerajaan dimana dengan dasar terbuka kerajaan PH kini , ianya telah diambil kesempatan oleh beberapa pihak termasuk pihak pembangkang dengan menggunkan  medium bagi menyebarkan berita tidak benar tentang kerajan kini.

Apa pun PH haruslah mengubah dari hanya menyalahkan kerajaan lama, tetapi dengan mengemukakan dasar baharu yang diperkenalkan.Kekurangan maklumat dan kebebasan media bukanlah  tiket untuk PH hanya menjadi pihak yang menerangkan tentang tekanan berita palsu yang disebarkan.

No comments: