Tuesday, January 31, 2012

YB SIM BERJAYA LAKSANAKAN PETI POS UNTUK RAKYAT






Bayan Baru: Bayangkan Bandaraya seperti Bayan Baru tidak mempunyai perkhidmatan pos? Tak Percaya? Tapi itu kisah benar.

“Selama 30 tahun, 800 keluarga Kg Sg Nibong Kecil tidak mempunyai perkhidmatan pos. Mereka hanya bergantung kepada En Rahim, seorang posmen sukarela sahaja. Kadang- kala surat lewat sampai, ada pula masalah privacy.” YB Sim berkata demikian.

ADUN Pantai Jerejak YB Sim Tze Tzin melancarkan Peti Pos Fasa terakhir iaitu fasa 3 & 4 yang mempunyai 300 peti di Kampung Sg Nibong Kecil pagi tadi. Seramai 300 buah rumah akan mendapat perkhidmatan pos buat kali ini.

Selepas mengetahui kesengsaraan hidup penduduk di kawasan ini, YB Sim telah memulakan projek pembinaan peti pos untuk penduduk kawasan ini. Sefasa demi sefasa, peti pos telah dibina untuk semua penduduk kawasan Kg Sg Nibong Kecil. YB Sim merasa lega kerana semua penduduk telah mendapat peti surat mulai Februari, 2012.

“Dengan adanya peti pos komuniti seperti yang ada pada pangsapuri, sekarang, setiap rumah akan dapat surat tepat masa dan surat tidak akan hilang lagi.” Tambah YB Sim lagi. YB Sim juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada posmen sukarela En Rahim atas usaha beliau selama ini.

YB Sim berkata, sebanyak RM50,000 dibelanjakan untuk menyiapkan kesemua fasa peti surat. Dia berasa amat berbaloi untuk memberi kemudahan kepada seramai 800 rumah kawasan tersebut.

Fasa pertama peti surat dilancar pertengahan tahun lepas sebagai projek perintis untuk mendapat maklum balas kesesuaian daripada masyarakat. Pengerusi JKKK En Samsudin yang hadir berkata setakat ini, projek ini mendapat sambutan cukup hebat. Fasa 2 telah disiapkan awal tahun 2012.

Dalam majlis tersebut, YB Sim juga menjemput pihak kesihatan memberi taklimat kepada penduduk setempat sebab kawasan tersebut adalah kawasan hitam denggi. Pihak Pos Malaysia juga memberi taklimat bagaimana mendapatkan surat pos lagu, pos berdaftar dan parcel.

Jika ada apa-apa soalan, sila telefon YB Sim 019-472 8099

No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers