Ini cerita seorang anak Malaysia, yang struggle seperti kita semua. Tapi dugaan nya harus diketahui rakyat Malaysia.
Ada seorang sis ni DM saya, katanya dia nak mintak tolong promosikan online business dia. Dia buat setiap Jumaat untuk tambah pendapatan. Dia buat kecil2an dengan kawannya seorang ibu tunggal. Mereka ada kerja lain jadi meniaga ni part time.
Katanya, mereka ada hanya motor untuk bisnes. Kadang pinjam dari keluarga kereta yang ada. Hasrat mereka lepas ni nak beli kereta second hand. Agar mudah urusan perniagaan.
Tersentuh saya. Dia tanyakan alamat saya, untuk hantar makanan yang ada. Harap boleh test dulu makanan, kalau sudi saya nak promosikan.
Saya terus katakan, sis takyah susah nak hantar lah. Saya tengok gambar dan packaging pun dah terliur. Saya akan promo. Saya turut tanyakan cerita dia, macam mana boleh start meniaga.
Maka terbukalah segala cerita.
Dia bagitau kan dia seorang penukis skrip drama. Baru2 ni, dia kena kecam teruk dengan warganet. Skrip nya “Surat Dari Tuhan” ada Ustazah femes membantai. Puncanya, ada video seorang retis di Mekah lafazkan “Di depan makam Rasulullah, Aku bersumpah nak bunuh kau”.
Makanya Ustazah ni pun melompat la. Membantai pelakon dan penulis skrip. Walhal babak yang tu penulis skrip tak tulis, pelakon tetiba ad-libbed (tak tahu atas arahan siapa).
Dia nak saman sebenarnya, tapi ada yang menghalang. Katanya mereka perlukan rating dan kontroversi. Makanya backlash nya makan dalam. Bila netizen bantai, dia terpaksa diamkan saja. Walhal dia tak bersalah pun sebenarnya.
Saya bayangkan kalau saya dalam kasutnya. Sure depress. Namun, instead of being negative, dia berperangai positif. Dia channel segala perkara negatif untuk fokus berniaga. Maka dengan itu saya akan sokong jua.
Saya akan buat order dengan sis dan saya galakkan rakan2 sini yang baik hati. Mari kita bantu sis ni dan rakannya. The least we can do. Bagi dia bersemangat semula.
Sis Soula Nordin, kami nak buat kenduri doa selamat dengan follower Jangan Pajak Otak in sya Allah hujung bulan ini. Saya nak sis jadi caterer kami. Nanti kita bincang menu.
Saya tak nak mintak discount, saya nak sis masak sedap2 je dan buat service terbaik. Moga Allah panjangkan rezeki sis selepas tu, bila jemputan kami puas hati, maka mereka boleh order lagi.
Ini ceritera rakyat marhein tuan/ puan. The real struggle. Maka wajiblah kita jaga kita.
Mari bantu rakan senegara. Kita tak tahu bila masa kita pula.
Salam hormat,
Liyana Marzuki