ELOK LAH...KALAU RASA KUAT SANGAT NAK GERAK SOLO....TUNGGU JAP...KO BAWA DAN JUMPA ATOK.


Ada seorang pemain bolasepak. Dia ni perasan namanya hebat. Padahal pemain gantian je. Itu pun masuk dalam 3 minit sebelum tamat perlawanan.

 

Adalah juga jaringkan gol tapi itu pun jenis tap in je. Patut orang lain yang jaringkan tapi beri laluan pada dia sebab kesian dia tak mampu nak jaringkan gol.

 

Pun begitu, dia tak puas hati sebab tak dapat jadi pemain utama. Jadi dia pun bisinglah. Buat sidang media dan kritik strategi pengurus pasukannya.

 

Bila tak dilayan, dia makin berang. Akhirnya dia pun umum sedang fikirkan untuk berhijrah ke pasukan lain. Konon nak ugut la tu. Ingat pengurus tu takut?

 

Masalahnya pemain ni bukan ada skill pun. Harap gaya je lebih. Tapi dia sepak bola pun, orang Johor panggil pelo. Melencong arah perginya bola tu.

 

Kalau dia pergi, tak terjejas pun pasukan tu. Malah mungkin lebih senang bagi pengurus nak uruskan pasukannya sebab tak ada star kaki bangku.

 

Itu cerita bolasepak. Kalau diterjemahkan ke dalam politik, pemain itu adalah parti Muda. Parti yang tiada hasil tapi berasa dirinya terlalu besar.

 

Hadirnya Muda dalam Kerajaan Perpaduan tidak mendatangkan apa-apa hasil. Tapi bila Syed Saddiq serang kerajaan, Muda kini jadi liabiliti pula.

 

Sebelum PRU dulu, bahkan masa PRN Johor, aku memang tak setuju kerjasama dengan Muda. Tapi ada yang tegur, konon Muda ada kekuatan sendiri.

 

Konon Muda dapat tarik pengundi muda. Terbukti masa PRU, Muda tak mampu buat satu-satunya tugasannya iaitu menarik sokongan anak muda.

 

Sekarang Muda konon pertimbang untuk bergerak solo. Aku harap sangat jangan pula tak jadi keluar. Selama ni pun, aku tak percayakan Syed Saddiq tu.

 

Harapnya komponen Kerajaan Perpaduan yang lain iringkan paluan kompang masa parti itu melangkah keluar tinggalkan Kerajaan Perpaduan nanti.

 

Tolonglah jangan dipujuk rayu. Dan aku 100% yakin usia Muda takkan melangkaui angka 5 tahun kalau betul parti itu bergerak secara solo. Guane boh?

 


Raja Gelap