BERPOLITIK 24 JAM, PUAT ZAKARSI TIBAI HISHAMUDSIN



Apabila ada orang kata, jangan main politik dalam masjid, sebenarnya orang yang berkata itulah yang main politik.
Maka apabila Hisham kata, cukup cukuplah berpolitik 24 jam, maka sebenarnya Hisham yang berpolitik 24 jam.
Sebenarnya Hishamuddin mahu menpertahankan kesucian Kongres Maruah Melayu (KMM) yang padanya melangkaui batas kepartian dan kaum.
Media minta komen saya. Ada baiknya saya komen bertulis. Terpulang kepada Hisham untuk menjawab balik.
Apa maksud Hisham main politik 24 jam? Pada orang politik layman, politik 24 jam bukan bermaksud sampai tinggal solat, tinggal rumah dan tinggal anak bini.
Main politik 24 jam bermaksud jangan tinggal kawasan, selalu balik kawasan, sanggup minum di warung, berjamaah di masjid, kalau dia ahli Parlimen maka selalu menghadiri Parlimen, aktif berbahas dan bertanya soalan.
Mungkin maksud Hisham “cukup cukuplah berpolitik 24 jam” itu ialah, kurangkan politiking. Kalau begitu, apakah Hisham bersih daripada politiking?
Penganjuran KMM adalah politiking. Kehadiran Tun M memberi amanat adalah politiking. Penglibatan Hamzah Zainuddin dan tajaan duit poket dan bas percuma adalah politiking
Kalau bukan politiking sudah tentu Anwar akan dijemput awal dan Muhyiddin akan turut hadir. Anwar dalam satu rakaman video di rumahnya mendakwa KMM adalah “sandiwara politik”.
Kalau bukan politiking sudah tentu KMM tidak akan mendapat reaksi negatif selepas penganjurannya dan tidak ada laporan Polis terhadapnya.
Tun M kata, dia tidak dengar pun Prof Zainal Keling selaku Ketua Eksekutif Sekretariat KMM menyatakan Malaysia adalah Tanah Melayu. “Malay” itu Melayu dan “sia” itu dalam bahasa Yunani maksudnya pulau atau kepulauan.
Mustahil, tidak ada SB atau pegawai Strategic Communication PM yang melaporkan apa yang terjadi dalam bengkel sebelum beliau sampai untuk menyampaikan amanat.
Kenapa Tun M tidak kata, ye betul, ini memang tanah Melayu. Tema kongres itu pun “Tanah Ku”. Sebenarnya Tun berpolitiking.
Sekarang semua meyakini resolusi kongres menjadi retorik politik. Kerana ia mangsa politiking Tun M.
Tun M tidak memperdulikn pun resolusi Kongres yang sudah dibengkelkan lebih awal? Ada kluster yang berbengkel pada 23-24 September.
Apakah Tun M tidak baca resolusi Kongres? Sedangkan dia sudah diberi taklimat lebih awal oleh geng Hamzah Zainuddin bahawa Kongres itu ada empat kluster.
Dia sudah diberitahu bahawa satu daripada kluster tersebut akan buat ketetapan untuk menghapuskan SJKC dan SJKT menjelang tahun 2026.
Maka siapa guna siapa sebenarnya. Siapa yang politiking. Siapa yang main politik 24 jam
Membuat keputusan sendiri dan tidak ikut jamaah juga adalah politiking. Tindak tanduk yang mengelirukan ahli di bawah juga politiking.
Maka siapa yang sepatutnya berhenti main politik 24 jam?
Dr. Puad Zarkashi
Ahli MT UMNO.
10 Oktober 2019.