PEMIMPIN MAHASISWA BERFIKIRAN SEBEGINI ?





Teguran pedas DSAI terhadap mahasiswa yang bertanya perihal bantuan Rm 100, ditepuk sakan tetapi bila didedah isu pekebun kecil, diam dan suram.
DSAI diplomatik sangat ayat dia. Sebenarnya kalau nak mudah faham, mahasiswa janganlah 'selfish'.
Sepatutnya mahasiswa kena juarai masalah masyarakat. Supaya hal ini selari dengan hala tuju baru yang menteri bentang: "Universiti Untuk Masyarakat."
Kita faham kalau mahasiswa lapar, mahasiswa tenat. Tapi Bantuan RM 100 tak selesaikan semua ini.
Setakat meringankan, ya.
Mahasiswa sepatutnya yang mencerdikkan rakyat. Fahamkan situasi. Pertumbuhan ekonomi kita memang gila teruk sejak sebelum ambil alih kerajaan lagi.
Dengar lagi huraian DSAI di sini: https://www.youtube.com/watch?v=ffoaNdRkoH4
Orang lain tak berapa nampak, tapi mahasiswa takkan tak boleh fikir?
Cara nak selesaikan semua ini, kita perlu buang dulu segala selut kotoran rasuah dan salah guna kuasa yang bertimbun berkarat.
Benda ni ambil masa sikit. Nak ubah hampir segala-galanya bukan senang.
Mereka akan cakap, alasan tak relevan dah. Itulah yang mereka boleh cakap. Sedangkan hakikatnya mereka jugalah yang buat tahi ini semua. Bukan orang lain.
Si pembuat, tak mahu dan sangat malu kalau semua orang bercakap tentang perbuatannya dulu. Sebab itu mereka tak bagi orang bercakap dan tahu situasi sebenar.
Yang boleh berubah dalam seminit ni, persepsi je. Nak ubah negara bukan sesingkat dan semudah itu.
Dan sampai sekarang, hampir tak ada desakan mana-mana 'front' mahasiswa terhadap isu-isu rakyat, masalah kebobrokan dan kezaliman sistem yang benar-benar perlu diberi perhatian.
Apa yang diwacanakan DSAI ini benda besar dan perlu dihadamkan mahasiswa khususnya mereka yang bergelar pemimpin.
Tonton ucapan penuh DSAI di Konvensyen Kebangkitan Harimau Asia di sini: https://www.youtube.com/watch?v=6iWAe2QaNSc