Isu
Hudud. Inilah adalah antara topik yang sangat digemari oleh Umno/BN
untuk melaga-lagakan pakatan pembangkang.
Belum pun reda kepanasan isu
'bebas beragama' yang ditimbulkan Nurul Izzah, pakatan nampaknya dah
keluarkan peluru tambahan yang akan digunakan oleh Umno/BN untuk
menimbulkan suasana 'kurang mesra' di kalangan anggota pakatan
pembangkang.
Tidak bolehkah para pemimpin berusaha
menyimpan ulasan-ulasan yang boleh menimbulkan masalah kepada pakatan?
Susah sangatkah nak keluarkan jawapan "saya tangguhkan dulu komen
sehingga selepas pilihan raya" atau "I reserved my comments on that
matter...." Susah sangat ke mangkuk-mangkuk tu nak tepis wartawan dengan kata-kata itu?