ANWAR RASMI BILIK GERAKAN AMK



ANWAR RASMI BILIK GERAKAN AMK


Dato Seri Anwar Ibrahim telah melancarkan dan merasmikan bilik gerakan AMK Permatang Pauh yang terletak berhampiran dengan pekan Permatang Pauh semalam.Turut hadir ialah Ketua AMK Pusat Sdr Shamsul Iskandar ,naib ketua AMK pusat Sdr Khairul Anwar (Jonah) ,para Exco-Exco pemuda dan juga pemuda bahagian.

Turut hadir ialah Pressiden PKR Datuk Seri Wan Azizizah dan puteri,serta calon PKR Permatang Pauh merangkap penasihat ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Majlis yang bermula sekitar jam 9 malam itu mendapat sambutan dan sokongan padu kepada kepulangan anak tempatan untuk bertanding.

Majlis dimulakan dengan ucapan Timbalan AMK Sdr Jonah dimana beliau mengajak para pemuda agar bersatu dan memberi tumpuan agar serangan UMNO yang sedang menggila pada masa kini ditepis dan adalah bertujuan untuk mengalihkan tumpuan supaya isu yang berkaitan dengan permasaalahan rakyat tidak diberi perhatian, dan pilihanraya kecil ini tidak diberi laporan.

Sementara itu ketua AMK pusat Sdr Shamsul Iskandar pula mengulas betapa sokongan kepada DSAI dan kemenangannya akan memberikan keyakinan kepada masyarakat untuk beliau melangkah ke Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri.


“Namun dalam kesibukan kita berkempen kita harus berhati-hati, kita tidak mahu ada permainan kotor dalam pilihanraya ini. Jika ada permainan kotor atau pengundi hantu, saya melantik saudara dan tuan-tuan agar menjadi “Ghost buster” “penangkap hantu.Kita cabar SPR menjadikan Permatang Pauh sebagai asas bagi menggunakan dakwat kekal dalam undi ”


Sdr Shamsul juga mengulas mengenai loporan yang dibuat oleh pihak hospital PUSRAWI dimana beliau merasakan bahawa apa yang berlaku kepada kes Linggam seakan-akan sama dengan apa yang berlaku kini.

“laporan yang dibuat dikatakan sebagai laporan palsu. Apabila ditanya kepada pengarah hospital perubatan PUSRAWI, sama sahaja nadanya macam kes Lingggam nampak macam laporan dari pihak hospital kami, tetapi bukan laporan yang kami punya.Malah saya mendapat maklumat bahawa kemungkinan DSAI akan ditangkap sebelum pilihanraya ini berjalan.Walau DSAI ditangkap , saya menyeru kepada semua supaya jika sekali pun DSAI ditangkap, kita akan tetap menyokong beliau.Malah laporan yang ada pada peguam negara belum dibaca , maknanya orang ramai rakyat Malaysia akan memperlekeh UMNO/BN malah rakyat akan membuka mata jika Anwar Ibrahim ditangkap , jangan main macam budak-budak ”demikian jelas Sdr Shamsul lagi.





Sementara itu Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah yang berucap selepas itu menyeru semua yang ada di pekan Sama Gagah dan seluruh Permatang Pauh dan seluruh rakyat Malaysia berpakat untuk menyokong Sdr Anwar. Datuk Seri Wan Azizah mengucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan rakyat keatas beliau selama menjadi ahli Parlimen Permatang Pauh selama ini.

“kita mesti sokong Dato Seri Anwar Ibrahim supaya beliau berjaya melangkah ke Putrajaya dan perjuangan harus diteruskan dan kita sama-sama membantu beliau untuk semua rakyat Malaysia” demikian ucapan ringkas beliau untuk memberi laluan kepada Dato Seri Anwar Ibrahim.


Anwar memulakan ucapan beliau dengan mengajak rakyat agar bersatu, kerana negara ini adalah negara rakyat dan sebagai negara rakyat, maka kita harus bersatu


“Negara ini bukan negara UMNO/BN punya ini adalah negara kita, negara rakyat.Saya ingin masuk ke Parlimen kerana apabila saya cakap di luar ramai yang tak dengar,malam ini(semalam) saya akan menyentuh bab ekonomi kerana BN kata saya cakap kosong”


Anwar seterusnya menjelaskan betapa sokongan kepada BN selama ini tidak juga dapat membantu rakyat. Bagaimana mungkin BN/UMNO bercakap untuk membantu rakyat dan orang Melayu.

"Ini soal rakyat, kita nak tentu macamana negeri ini boleh maju dan rakyat maju .Ini bukan soal Anwar.Dia(BN) mau hukum orang Melayu, kerana kempen mereka(BN) menyatakan orang Cina dan India sudah naik tocang .Saya punya kempen dan setiap kempen saya semua kaum datang, Melayu ,Cina dan India hadir. Saya orang Melayu, saya tak boleh tinggai Melayu, kita mahukan kerjasama kaum antara Melayu ,Cina dan India , saya mahu Melayu faham, dan kaum-kaum lain juga faham.Melayu senang ,Cina senang dan India pun senang. Jika dulu semua sokong BN maka kerana itu, masa susah BN minta tolong Melayu, masa senang dia hentam Melayu”, kata Anwar lagi.




Anwar juga menjelaskan bagaimana dalam kempen-kempen BN sekarang ini mereka nyatakan bahawa mereka (UMNO )mahu orang Melayu dijaga, namun bagi saja bukan sahaja kaum Melayu dijaga dan agama dipelihara,malahan saya mahu orang Melayu kuat(maju) dan juga agama dipelihara dan orang Cina dan India juga diberi bantuan dalam bidang perniagaan dan lain-lain yang sepatutnya.

“UMNO kata Malaysia mesti jaga kaum Melayu, tetapi saya kata Melayu mesti mau kuat depa kata ekonomi kukuh, kukuh bagaimana sehingga .ekonomi pelabur tak mau datang, orang Cina mau berniaga, untung banyak kita cukai siki.kita tak boleh tipu masa mau bayar cukai, ini untuk negara Ini kita kena ubah kerajaan supaya ekonomi kita lebih baik” demikian tegas Anwar lagi.

Anwar juga menjelaskan bahawa kempen mereka sekarang ialah mempersoalkan kenapa orang Permatang Pauh mahu menyokong Anwar kerana dulunya menyokong Wan Aziziah, malah kalau beliau bertanding di tempat lain pun mereka akan gaduh .

“Mereka kata saya takut mau lawan tempat lain Apa lagi yang mereka mau buat kepada saya, saya sudah merengkok dalam penjara, keluar penjara saya lawan, seluar semua sudah londeh periksa semua depan belakang, dan kini saya tak buat apa pun mereka mahu hentam saya “,


Dato Seri Anwar seterusnya menegaskan kepada rakyat bahawa jika ingin memilih ketua, pilihlah ketua yang baik .malah menjelaskan pada setiap kali pilihanraya kecil akan berlaku perubahan.misalnya di Ijok, dimana secara berjenaka beliau berkata 40 traktor semasa di Ijok di Permatang Pauh 100 traktor akan dihantar.

“Kenapa mereka mahu membawa ekonomi dan kemajuan semasa piliharaya?orang Permatang Pauh sudah bijak,mereka dah pandai berpolik dan matang dalam memilih pemimpin. Orang Melayu, Cina , India mau angkat ketua mesti pilih yg baik Ijok 40 traktor ,Permatang Pauh 100 traktor.mau makan pergi makan di markas UMNO/BN mau kerja datang markas Keadilan’, demikain jelas Anwar secara berjenaka”

Beliau seterusnya merasmikan pembukaan Bilik Gerakan Pemuda PKR…..



No comments: