AMBIK LAH NIK AMAR.....RASANYA PEJUANG RAKYAT TAK KISAH SANGAT KOTTTTTT

 Ha..ha.. tak habis habis lagi dok ratib  nak ulamak ulamak...ambik lah semua pun..bagi pejuang ianya tetap pejuang..malah tak ada jawatan sekali pun rasanya mereka mereka akan tetap menjalankan tanggungjawab mereka ke padang bersama rakyat menentang regim yang zalim.Contoh Mat Sabu, tak ada jawatan ADUN atau MP, sama saja...orang lebih hormat dan teteap di puji.....Tapi orang akan menilai juga siapa yang hanya dok melalak dalam FB dan tak ambik pot hal rakyat....ini semestinya akan berlaku...tak percaya lihat ..masa akan menentukan...Dan ingat..kerja dan bergelar ulamak ini bukan sesuatu yang mudah....

Tinggal lagi berapa ramai yang akan berpaling akibat menyampah kerana tamak kuasa. Sayang PAS  yang dahulunya boleh menambahkan penyokong bukan Islam kini akan menjadi terpencil jika usaha ini berterusan tanpa penerangan yang jelas kepada bukan Islam.

Jawatan tertinggi PAS perlu dalam kalangan ulama, kata Mohd Amar
Published: 10  May 2015 9:42 PM

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata ahli PAS seharusnya memilih kumpulan ulama untuk memimpin supaya parti itu tidak terpesong daripada perjuangan asalnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Mei, 2015

Dua jawatan tertinggi dalam PAS perlu disandang mereka dari dalam kalangan ulama, kata Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata ahli parti seharusnya memilih kumpulan ulama untuk memimpin supaya PAS tidak terpesong daripada perjuangan asalnya. 
"Padangan saya mudah sahaja, apabila berlaku apa-apa kepada orang nombor 1 (Presiden) maka automatik orang nombor 2 (Timbalan Presiden) akan ambil tempat dia.
"Jadi orang nombor 1 dan 2 ini perlu dari kalangan ulama, ia mudahkan proses penggantian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Pemuda PAS Kelantan di Kota Baru, hari ini.
Sementara itu, Mohd Amar berkata beliau belum membuat keputusan sama ada akan bertanding jawatan timbalan presiden atau naib presiden pada Muktamar PAS ke-61, Jun ini.
Mohd Amar kini menerima 3 pencalonan bagi jawatan timbalan presiden dan ini memungkinkan pertandingan tiga penjuru antara Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (94 pencalonan) dan penyandang jawatan tersebut, Mohamad Sabu (8 pencalonan). – Bernama, 9 Mei, 2015.