Saturday, May 9, 2015

PERJANJIAN KASIH 1 MBD DAN TABUNG HAJI

Tanah TH: 1MDB kaut untung RM184 juta
 
Tanah TH: 1MDB kaut untung RM184 juta

Tanah TH: 1MDB kaut untung RM184 juta

“Perjanjian kekasih” antara 1Malaysia Development Berhad’s (1MDB) dengan Tabung Haji (TH) membenarkan syarikat dana pelaburan yang sedang sarat menanggung hutang itu mengaut keuntungan RM184 juta daripada duit jemaah haji, kata wakil rakyat DAP Zairil Khir Johari, hari ini.

Ahli Parlimen Bukit Bendera itu mendakwa TH terlebih bayar kepada 1MDB sekurang-kurangnya RM500 per kaki persegi untuk plot tanah seluas 1.56 ekar yang dibelinya.

“Perlu dinyatakan RM2,773 per kaki persegi masih harga yang tinggi untuk TH bayar memandangkan 1MDB membeli tanah itu asalnya hanya RM64 per kaki persegi empat tahun lalu pada 2011.
“Malah, laporan penilaian risiko dalaman TH sendiri mendedahkan transaksi setanding dalam kawasan itu menunjukkan tanah dijual antara RM649.49 per kaki persegi hingga RM2,266,” kata Zairil, dalam satu kenyataan.

“Pada RM2,773 per kaki persegi, TH membayar kira-kira RM500 per kaki persegi lebih daripada transaksi setanding lain yang terkini. Perjanjian kekasih ini berkesan untuk membenarkan 1MDB mengaut untung besar RM184 juta hasil tindakan sebagai tidak lebih seperti broker tanah,” katanya.

TH, tabung simpanan untuk umat Islam merancang untuk menunaikan haji ke Mekah, mengesahkan semalam ia membeli sebidang tanah di kawasan projek Tun Razak Exchange (TRX) yang terletak di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur pada nilai RM188.5 juta, yang didakwa harga “potongan” berbanding nilai pasaran semasa.

Ia merancang untuk membina menara kediaman di kawasan itu yang akan dibangunkan anak syarikatnya, TH Properties Sdn Bhd, yang dijangka memberi pulangan positif kepada Kumpulan TH pada masa depan.

Anak syarikat itu berpengalaman luas dalam pembinaan hartanah termasuk pembangunan kawasan perumahan Bandar Enstek seluas 2,071 hektar terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Tetapi TH menafikan ia membeli tanah kedua daripada 1MDB di TRX seperti didakwa dalam satu blog “The Benchmark” yang membocorkan dokumen yang dikatakan mempunyai butiran pembelian 2 plot tanah oleh TH di projek TRX bernilai RM772 juta.

TH juga tidak memaklumkan saiz pengambilalihan, walaupun blog tanpa nama itu mendakwa ia seluas 0.63 hektar, atau 1.56 ekar.
Zairil hari ini berkata TH juga tidak memberi penjelasan mengapa ia bersungguh-sungguh meneruskan perjanjian itu walaupun terdapat “penilaian berisiko tinggi” oleh pasukan pengurusan risiko dalaman mereka.

Katanya, laporan itu menyatakan sektor hartanah semasa yang suram, menurunkan harga hartanah di KL, meningkatkan kesukaran untuk pembeli memperoleh pinjaman kewangan, lebihan penawaran kondominium mewah di Lembah Klang, selain pembangunan terlalu perlahan bagi projek TRX.

“Malah, laporan itu turut menyatakan TH akan berdepan risiko reputasi jika ia mengaitkan dirinya dengan 1MDB.

“Dengan begitu banyak faktor menolak, agak membimbangkan apabila TH mahu mengambil pelaburan berisiko tinggi seperti itu, dan dengan berbuat demikian ia meletakkan simpanan berjuta jemaah haji dalam keadaan berbahaya,” katanya.

Zairil berkata TH perlu memberi respons serta merta untuk menjustifikasikan keputusan pelaburan mereka, atau meletakkan risiko ia kelihatan seperti cubaan kurang bijak untuk bailout 1MDB yang juga syarikat dimiliki Kementerian Kewangan, yang menanggung RM42 bilion hutang.

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Johan Abdullah berkata RM188.5 juta yang dibayar untuk pembelian hartanah itu adalah pada kadar diskaun berlandaskan nilai pasaran semasa selepas dinilai badan penilai bebas.


Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers