Bila pak menteri dan pak polisi terasa senak perut untuk menyebutnya ....

 

 GREENBOC

 

Hentikanlah kerja-kerja bodoh ini semua

Bila pak menteri dan pak polisi terasa senak perut untuk menyebutnya ....
 
SUNDAY, JULY 19, 2015


Bukan main heboh lagi menteri mulut berbuih suruh entah siapa katanya dari pemimpin pembangkang agar menafikan dakwaan bertemu bekas pengarah PetroSaudi International, Xavier Andre Justo.  

Menurutnya, ketiadaan respons daripada pihak pembangkang terhadap tuduhan itu merupakan "perkara serius".  


Menurut Shabery, tindakan akan diambil terhadap mereka yang didapati bertindak mengaitkan Najib dengan perbuatan jenayah. Baca lagi di sini


KPN juga turut memperkatakannya juga. Katanya Polis sudah mengenal pasti dan akan memanggil pemimpin pembangkang yang berjumpa Xavier Andre Justo di Singapura.  

Pendedahan yg dibuat polis Thailand itu merupakan sesuatu yang mengejutkan dan amat serius, tambahnya lagi.  


"Beberapa individu-individu akan dipanggil untuk memberi keterangan di atas apa yang didedahkan pihak polis Thailand semalam. Ia amat mengejutkan dan amat serius sekali," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur.Baca lagi di sini


Sementara itu dilaporkan Jurucakap polis Thailand Prawuth Thavornsiri mengatakan ahli Umno adalah salah seorang daripada 10 pembeli maklumat berkaitan PetroSaudi International daripada bekas pengarahnya Xavier Andre Justo, lapor akhbar Singapura, Straits Times (ST).


"Kebanyakan mereka, kira- kira 10 individu adalah daripada media dan mereka yang dalam lingkungan parti sama dengan perdana menteri," katanya seperti dilaporkan akhbar tersebut. Baca di sini


Kedua-dua pak menteri dan pak polisi masing-masing mengatakan pendedahan yang dibuat oleh polis Thailand itu itu merupakan "perkara serius.  


Yang peliknya, kedua-dua mereka hanya sebut ‘pemimpin pembangkang’ sahaja, kenapa?


Tidakkah Jurucakap polis Thailand Prawuth Thavornsiri mengatakan ahli Umno adalah salah seorang daripada 10 pembeli maklumat?


Siapa yang sorang dari Umno itu? Kenapa pak menteri dan pak polisi tidak mahu hebohkan mengenainya? Tentu bukan calang-calang orangnya hinggakan pak menteri dan pak polisi terasa senak perut untuk menyebutnya.


Pagi ini, Tony Pua mencabar pak menteri itu secara terbuka menamakan beliau sebagai ahli politik Malaysia yang bertemu dengan bekas eksekutif PetroSaudi International Xavier Justo di Thailand.  

"Saya cabar mana-mana Menteri BN menuduh saya menemui Justo. Ayuh, jangan kebudak-budakan, jangan semborono. Tidak perlu (main) wayang," Pua menulis di Fesbuknya pagi ini. Baca selanjut di di sini


Saya tidak pasti apa maksud pak menteri dan pak polisi bila mereka kata perkara itu serius. Apakah mereka sudah pastikan maklumat yg diberikan oleh Andre Justo palsu atau benar?


Kalau maklumat tersebut palsu, baguslah, PM Najib boleh diselamatkan dari skandal tersebut. Masalahnya ialah sekiranya maklumat tersebut ternyata adalah benar…. 


Bak pepatah omputeh : Don't shoot the mesengger, focus on the message.Pak menteri dan pak polisi hanya mahu larikan fokas kepada isu sampingan sahaja. Hentikanlah kerja-kerja bodoh ini semua.  


Kita mahu pastikan : Benarkah AS $ 700mil telah didepositkan ke dalam akaun peribadi PM Najib?  Dari mana wang itu datang dari? Dan ke mana perginya wang itu digunakan? 


Apakah bila seseorang membayar untuk mendapatkan sesuatu maklumat itu dikira satu perkara jenayah? Saya tidak pasti mengenainya.  


Cuma dalam perkara berkaitan ini, kita mahu kepastian, apakah polis Malaysia mendapat maklumat dari polis Thailand secara percuma?


Senanglah kalau begitu....polis Malaysia, kerja goyang-goyang telor saja…..ada orang lain tolong buatkan kerja untuk depa! - sumber

No comments: