PH sepakat buat undi tak percaya kepada Muhyiddin – Anwar Ibrahim*



KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) akan membuat undi tidak percaya kepada Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan segera.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu telah diputuskan oleh gabungan tersebut.

Ditanya tarikh spesifik untuk parti itu membawa usul undi tidak percaya, Anwar hanya berkata terpulang kepada Dewan Rakyat.

“Kita sudah buat keputusan, (akan buat undi tidak percaya) sesegera mungkin. Sama ada 9 Mac ini terserah kepada parlimen,” katanya ketika ditemui pemberita sewaktu tiba di kediamannya hari ini.

Difahamkan beliau menghadiri mesyuarat bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini.

Semalam, PH mendakwa mendapat 114 sokongan daripada Ahli Parlimennya yang menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Namun selepas itu,  Ahli Parlimen Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) dan Datuk Masir Kujat (Sri Aman) nafi menyokong Tun M sebaliknya menegaskan, akuan bersumpah (SD) mereka adalah bagi menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Perkara itu didedahkan kedua-dua ahli parlimen itu sendiri menerusi dua video berasingan, dipercayai diterbitkan sebaik saja PH mendedahkan senarai ahli parlimen yang dikatakan menyokong Mahathir sebagai Perdana Menteri, lewat malam semalam.

Mahathir dalam satu kenyataan menegaskan pihaknya memiliki sokongan 114 Ahli Parlimen, termasuk enam daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan sudah menyediakan surat serta SD untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Untuk rekod terdahulu Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan memaklumkan, Muhyiddin menerima sokongan daripada 114 Ahli Parlimen, dipercayai membabitkan wakil rakyat BERSATU, UMNO, Pas, MCA, MIC, GPS dan STAR.-MalaysiaGazette

Untuk rekod terdahulu Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan memaklumkan, Muhyiddin menerima sokongan daripada 114 Ahli Parlimen, dipercayai membabitkan wakil rakyat BERSATU, UMNO, Pas, MCA, MIC, GPS dan STAR.-MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2020/03/01/ph-sepakat-buat-undi-tak-percaya-kepada-muhyiddin-anwar/

No comments: