8 ‘PENGGANAS SULU’ ADALAH RAKYAT MALAYSIA?





 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
KUALA LUMPUR : Keluarga Kiram mendakwa lapan yang dihadapkan ke mahkamah kerana menceroboh Sabah adalah rakyat Malaysia dan bukan rakyat Filipina, mengatakan dua daripadanya sudah maut dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia.

Abraham Idjirani, jurucakap kepada lelaki yang mendakwa dirinya sebagai 'Syaitan' Sulu Jamalul Kiram III memberitahu media Filipina kesultanan tahu mengenai 'lelaki gugur' itu dari sumber di Sabah.
“Apakah Malaysia menghidupkan semuala dua lelaki RSF itu?” soal Idjirani merujuk kepada “Tentera Di Raja” kepada kesultanan Sulu.

“Asas kami untuk mengatakan mereka bukan rakyat Filipina berdasarkan dari sumber kami di Sabah yang menelefon untuk mengatakan mereka adalah rakyat Malaysia. Mereka bukan rakyat Filipina,” kata beliau dipetik dari Philippine Daily Inquirer.

“Untuk mengesahkan ini, mereka (pihak berkuasa Malaysia) perlu mendedahkan di mana mereka ditangkap,” katanya. “Jika mereka ditangkap di luar Lahad Datu, mereka adalah orang awam [Malaysia].

“Mereka cuba untuk membuat rakyat Filipina takut, kerana pasukan keselamatan Malaysia telah menjadi kasar kerana akta keselamatan dalaman negeri mereka,” tambah Idjirani.

Beliau mengenalpasti dua yang didakwa mati dalam rekodnya dikenali sebagai Holland (dieja “Holan: oleh Idjirani) Kalbi dan Lin Mad Salleh (dieja “Ling Mad Salli” oleh Idjirani).

Idjirani mengatakan Kalbi dan Salleh adalah diantara pengikut Jamalul yang terbunuh dalam serangan di kampung Tanduo di bandar Lahad Datu pada 1 Mac.

Beliau merujuk kepada serangan polis terhadap kumpulan Agbimuddin di mana 18, bukan 10, pengikut Jamalul terbunuh.

Akan tetapi akhbar Filipina melaporkan Syarulnizam Sallah, Pengerusi Jabatan Hak Asasi Manusia Persatuan Peguam Sabah (SLA) mengatakan lapan yang didakwa melancarkan aksi militan dan melancarkan perang adalah rakyat Filipina.

Salleh memberitahu akhbar tersebut beliau mengetahui mengenai kerakyatan lapan lelaki itu semasa mesyuaratnya dengan Peguam Negara Malaysia Tan Sri Abdul Gani Patail pada Khamis malam.

Bagaimanapun, SLA memuat naik di laman sesawang meraka pihak berkuasa Malaysia bukan sahaja menahan rakyat Filipina tetapi juga rakyat Malaysia dalam operasi keselamatan untuk menamatkan pencerobohan kumpulan yang mendakwa diri mereka memegang takhta kesultanan Sulu.

Pihak berkuasa Malaysia telah menahan 108 orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan Sulu yang diketuai oleh adik Jamalul, Agbimuddin Kiram.

Lapan yang dituduh sebagai pengikut Sultan Jamalul dihadapkan dihadapan Hakim P Ravinthran di Mahkamah Tinggi Tawau pada Khamis untuk menghadapi pendakwaan dibawa oleh pihak berkuasa Malaysia terhadap mereka sehari sebelum itu.

Kalbi, Salleh, Habil Suhaili dan Timhar Hadir didakwa melancarkan keganasan di Sabah. Jika didapati bersalah, mereka akan dipenjarakan seumur hidup.

Atik Hussein Abu Bakar dan Basad H juga didakwa kerana keganasan dan juga melancarkan perang terhadap Yang Di Pertuan Agong. Jika didapati bersalah, mereka akan dihukum mati.

Kadir Uyung dan Tiong Lating dituduh melindungi kumpulan pengganas, dan menghadapi hukuman penjara seumur hidup. Mereka telah ditangkap atas tuduhan itu di Tanjung Labian pada 4 Mac, sehari sebelum tentera Malaysia melancarkan operasi udara dan tanah untuk menghancurkan kumpulan Agbimuddin.

Tiada pengakuan dicatatkan bagi lapan tertuduh berikutan permohonan oleh Abdul Gani, yang mengetuai pasukan pendakwa. Kes itu akan bermula pada 12 April.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur mengatakan mereka mengalu-alukan jaminan Gani lapan rakyat Filipina akan diberikan bantuan guaman.

Kedutaan dan Salleh dari SLA mengatakan mereka bekerjasama untuk peguam bagi yang didakwa. (TMI)

Last Updated on Saturday, 23
Nuffnang Ads

No comments: