CERAMAH DIGANGGU POLIS DITAMAN GUAR PERAHU








Ceramah di ganggu polis kerana tiada permit.Namun berjaya diadakan di salah sebuah rumah penyokong di Taman Guar perahu.Antara saranan Mat Sabu ialah agar Pak Lah menyertai mana-mana Parti diluar Umno "Pak Lah buatlah pilihan yang tepat di usia yang ada kerana jika bertanding jawatan Tok Siak pun belum tentu menang kerana Umno dan penyokongnya tidak pandang pengalaman tetapi kuasa. Siapa yang berkuasa dipuji tapi bila pencen atau jatuh dalam politik diketepikan, " tambahnya dalam program Pemansuhan ISA anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang.

Turut berceramah sama dalam program 'Roadshow' Gerakan Mansuh ISA (GMI) peringkat Negeri itu ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah dan wakil Dema yang mewakili Mahasiswa.

Enam buah trak termasuk sebuah 'water cannon' turut diarahkan ke situ bagi menghalang sekiranya penganjur meneruskan aktiviti mengajak rakyat ke Perhimpunan Mansuhkan ISA di Kuala Lumpur pada 1 Ogos ini.

Selepas perbincangan dengan pihak polis akhirnya mereka membenarkan ceramah berkenaan diadakan di kawasan rumah yang sempit.









No comments: