TAKAT DIA NI JADI OENGERUSI PN... MEMANG IDEA TAK ADA LA.

 


MB TERENGGANU PENGERUSI BARU PN?


7 January 2026


Semalam, Naib Presiden PAS merangkap Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar mengunjungi bekas Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.


Menurut Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman, kunjungan itu adalah atas mandat yang diberikan oleh Presiden PAS, Haji Hadi Awang.


“Dr Sam bertemu Tan Sri Muhyiddin atas mandat tok guru Presiden (Abdul Hadi Awang),” katanya yang juga Setiausaha Politik kepada Haji Hadi.


Maksud kata-kata Syahir itu tidak lain ialah bahawa Ahmad Samsuri mengunjungi Muhyiddin kerana diarahkan oleh Haji Hadi.


Apabila Haji Hadi mengarahkan demikian, ia adalah isyarat bahawa Ahmad Samsuri merupakan calon pilihan PAS untuk diangkat menerajui PN bagi menggantikan Muhyiddin.


Haji Hadi sebelum ini beberapa kali membangkitkan soal keuzurannya yang membuatkan beliau kurang sesuai untuk menerajui PN.


Maka, sebelum  kedudukan Ahmad Samsuri dimuktamadkan dalam mesyuarat PN tidak lama lagi, beliau diminta mengunjungi Muhyiddin terlebih sebagai pemakluman awal dan langkah berbudi bahasa terhadap bekas Pengerusi PN itu.


Selain itu, kunjungan tersebut juga tentunya untuk mendapatkan sedikit sebanyak nasihat daripada Muhyiddin.


Dalam hal ini, adalah sesuatu yang janggal untuk mengandaikan bahawa kunjungan Ahmad Samsuri itu bermaksud untuk merayu agar Muhyiddin kekal menerajui PN dan menarik balik perletakan jawatannya.


Perkara itu tidak mungkin berlaku kerana ia bertentangn dengan hasrat PAS melalui beberapa pemimpinnya  sebelum ini untuk pemimpin parti itu menerajui PN.


Kalau nak merayu, kenapa dihantar Ahmad Samsuri seorang diri saja?


Bukankah jika ingin merayu, PAS akan menghantar rombongan lima atau enam pemimpin PAS ke Bukit Damansara?


Realitinya, PAS adalah paling sesuai dan tepat untuk menerajui PN kerana ia parti yang stabil dan tidak berkecamuk seperti Bersatu yang kebelakangan ini suka memecat pemimpinnya sendiri.


Bagaimana parti yang berwajah sebegitu mahu diberi mandat menerajui semula PN setelah Muhyiddin sendiri secara sukarela meletak jawatan?


Mustahil, mustahil, mustahil….


Lagi pun pemimpin muda seperti Ahmad Samsuri yang berwajah manis, sedang menerajui kerajaan negeri dan berpendidikan tinggi, adalah calon paling sesuai untuk menerajui PN bagi menjangkau kemenangan dalam PRU akan datang.


Cuma, ada beberapa aspek berkaitan dirinya yang Ahmad Samsuri perlu pertingkatkan lagi seperti dalam soal komunikasi, penampilan dan keaktifan bersuara dalam isu-isu nasipnal.


Bagaimanapun,  dipercayai perkara itu mampu diubah dan disesuaikannya dengan baik selepas ini.


Dengan meletakkan Ahmad Samsuri sebagai calon untuk menerajui PN juga memberi petunjuk bahawa Haji Hadi bakal melepaskan jawatannya sebagai Presiden Pas dalam muktamar yang akan datang.


Jika ada yang ragu-ragu bagaimana Ahmad Samsuri boleh berperanan dengan baik menerajui PN sedangkan dalam partinya beliau hanya menjadi Naib Presiden dan bukan berjawatan Presiden, semua keadaan itu hanya sementara saja.


Selepas beliau menjadi Presiden PAS nanti, semuanya akan jadi normal semula.


Yang penting, dengan Ahmad Samsuri ditampilkan menerajui PN, ia dapat menyerlahkan wajah segar dan memberi keyakinan yang lebih baik lagi kepada pengundi dan tiada lagi isu-isu sampingan menjadi gangguan. – ShahbudinHusin 07Januari2026.


https://shahbudindotcom.net/2026/01/mb-terengganu-pengerusi-baru-pn/




KETEGANGAN MEMUNCAK.

 


Ketegangan global semakin memuncak apabila China, Rusia dan Korea Utara menentang tindakan Amerika Syarikat di Venezuela, sambil menggesa pembebasan segera Nicolás Maduro dan memberi amaran bahawa keadaan boleh menjadi lebih buruk jika gesaan itu diabaikan. 



Kebuntuan ini menonjolkan jurang geopolitik yang semakin melebar serta tekanan yang kian meningkat di pentas antarabangsa.. #tegangangeopolitik #venezuelanicolasmaduro #contentmonetizationn #fbprofypjangkauansemuaorang #fbprofollowersemuaorang




KERJA FITNAH WALAUN WALAU RAKYAT TAHU PERUNTUKAN OADA ZEMUA SEKOLAH.


 

AKMAL YANG TAK PUNYA STRATEGI.


 

DULU SEBAR ILMU...LA SEBAR FITNAH..SEBAB APA..KOIN SATU PATTI YANG WAKIL RAKYAT DIA SUKA FITNAH...MALU ISLAM WOOOIIII.

 

Lawatan Rasmi PM ke Turkiye Perkukuh Kerjasama Dua Hala







Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi ke Turkiye bermula esok hingga 8 Januari bagi memperkukuh hubungan strategik Malaysia–Turkiye.


Menurut Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, lawatan ini termasuk pertemuan dengan Presiden Recep Tayyip Erdogan serta mempengerusikan Majlis Kerjasama Strategik Tahap Tinggi.


• 🤝 Hubungan dua hala Malaysia–Turkiye diperkukuh secara menyeluruh

• 📈 Fokus perdagangan, pelaburan, pertahanan, teknologi dan pendidikan

• 🌍 Libat urus komuniti perniagaan, diaspora dan media di Ankara serta Istanbul


Lawatan ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI memperluas kerjasama antarabangsa demi manfaat jangka panjang rakyat dan negara.



PAS KENA GAME DENGAN BERSATU

 


KUNJUNG HORMAT PAS PADA PENGERUSI PERIKATAN NASIONAL YB TAN SRI MUHYIDIN YASIN..6HB JANUARI 






Pada 6hb Januari 2026,jam 10.00 pagi  bertempat di kediaman TSMY di Bukit Damansara,telah berlangsung kunjungan hormat oleh YAB Menteri Besar Trengganu merangkap Naib Presiden PAS YB DATO SERI SAMSURI MOKHTAR.


Sapertimana kita maklum YB Presiden PAS masih belum pulih sepenuhnya selepas pembedahan mata dan masih berehat di Rusila.Timbalan Presiden Pas pula baru selesai kenduri perkahwinan anaknya di Pahang dan masih sibuk dengan urusan keluarga dan menyambut menantu.


Kehadhiran Dr Sam belum pun 24 jam tibanya TSMY dari luar negara adalah kunjung hormat yang amat bermakna,dan tentunya mewakili PAS itu sendiri.


Malah ada pernyataan hasrat Dr Sam untuk kunjung hormat lebih awal di London,sekiranya TSMY berada lebih lama di luar negara,tetapi TSMY di beritakan akan segera pulang pada 5hb Januari.


Para pembuat spekulasi sudah tentu menulis pelbagai tafsiran tetapi yang pasti ia menggambarkan rasa hormat PAS pada Pengerusi PN,dan memahami prinsip kebersamaan PAS dan BERSATU dalam Perikatan Nasional.


Sebaik tersebar berita tentang hasrat TSMY melepaskan jawatan secara sukarela maka sewajarnyalah PAS segera "mengadap" dan berbincang mengenainya secara "keluarga" PN,dan sudah tentu banyak perkara yang perlu di bincang bersama untuk memperkukuhkan lagi Perikatan Nasional


Banyak yang begitu emosi berikutan beberapa peristiwa baru baru ini.Namun TSMY kekal fokus dan "composed " dalam pendekatannya.Sementara Pas pula kekal utuh dan istiqamah pendiriannya,tidak mudah tersasar dengan pelbagai provokasi yang di lontarkan terhadapnya.


Pas segera "settled" isu di Perlis dan menerima perlantikan MB dari rakan komponen PN dari BERSATU,dan bersedia pula menyambung tugas memimpin PN yang di kosongkan Presiden Bersatu.


Ini satu manifestasi kebersamaan PAS dan BERSATU dalam  mendepani pelbagai isu mendatang.Masih banyak lagi isu yang mencabar keberadaan dan perjalanan PN selepas ini.Ia memerlukan kebijaksanaan dan kematangan bertindak oleh PAS dan BERSATU.


Di luar PN sudah tentu ada pelbagai pihak kawan dan lawan.Mereka sudah tentu akan cuba mengatur langkah mereka sendiri.Namun perlu diingat,PN dianggotai parti dan pemimpin yang sudah masak dengan "politik Malaysia".Insyaallah  mereka sangat berupaya menangani setiap cabaran yg mendatang.


PN adalah wadah politik yang kuat di dokong rakyat Malaysia.Pasti ia bakal melangkah kehadapan dengan strategi dan kematangan tersendiri.


Pasti musuh akan merasa kecewa dengan kebijaksanaan dan kematangan bertindak pimpinan Perikatan Nasional.


Tapi itulah realitinya



CUBAAN TIPU DAN CURI

SAJA VIRAL


 Kes cubaan menipu guna wang palsu dan mencuri gelang emas tular




Seorang lelaki berusia 34 tahun mengaku bersalah cuba menggunakan 359 keping wang palsu RM50 bernombor siri sama di Kedai Emas Lelong Maya, Chabang Tiga, pada 18 Disember 2025, dengan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.


Bekas jurutera itu juga mengaku bersalah cuba mencuri seutas gelang emas bernilai RM29,000 di Kedai Emas Hajjah Nik Pa, Paka, Dungun, pada 25 Disember 2025, yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda.


Selain itu, tertuduh mengaku bersalah memiliki peralatan untuk memalsukan wang kertas RM50, yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda mengikut Seksyen 489D Kanun Keseksaan.


Kes disambung untuk sebutan semula pada 19 Januari 2026.




RINGGIT HAMPIR CECAH 3.90


 

ANWAR BEKERJA


 

GELAGAT DSAI IBRAHIM MELAYAN KANAK KANAK




 




COLUMBIA BRRSIAPA SIAGA

 

KAEDA NEWS


Presiden Kolombia Gustavo Petro mendesak pasukannya bersiaga setelah Amerika Serikat mengancam akan menargetkan dia usai Presiden Venezuela Nicolas Maduro.



Dalam pernyataan di X, Petro memerintahkan seluruh pasukan keamanan Kolombia untuk bersatu membela negara, serta mendesak aparat yang tak setia mundur dari jabatan.


Petro menegaskan ia tahu soal perang dan operasi rahasia meski dirinya bukan prajurit militer. Petro mengatakan ia tak akan segan mengangkat senjata demi membela rakyat dan kedaulatan Kolombia.




AKMAL..KELUAR LA UMNO...KO MENYUSAHKAN UMNO

 

Setiausaha Agung Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengaskan Umno tidak akan menjalin kerjasama dengan mana-mana parti pembangkang sekali gus kekal bersama Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga tamat penggal adalah mewakili suara parti.





SIKIT SANGAT

 


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Razali Idris didenda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan ketika berucap pada satu majlis politik tiga tahun lalu.





Mahkamah memutuskan pembelaan tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, selain menetapkan hukuman penjara tiga bulan sekiranya denda gagal dibayar.Kesalahan itu berkait ucapan Razali pada November 2023 yang mendakwa keputusan mahkamah dikawal kerajaan, dengan pertuduhan dibuat mengikut Akta Hasutan 1948.Sumber: BernamaGambar: Harian Metro




PAS TAK SOKONG


 

TERKINI DI VENE

 


INGIN MENGUASAI MINYAK.

 


Setelah menyerang Venezuela dan menangkap Presiden Nicolas Maduro dengan tuduhan perdagangan narkoboi, Presiden AS Donald Trump mengeluarkan peringatan keras kepada negara-negara tetangga seperti Kuba, Meksiko, dan Kolombia. Trump menuding Meksiko dikendalikan kartel narkoboi, menuduh Presiden Kolombia Gustavo Petro terlibat produksi kokain, serta menyebut Kuba sebagai negara gagal. Ancaman ini memperkuat pola kebijakan luar negeri Trump yang agresif dan sepihak, termasuk peringatan serupa terhadap Iran dengan dalih perlindungan demonstran dari kekerasan negara.






Di balik beragam alasan tersebut, terdapat benang merah kepentingan energi. Venezuela, Iran, Meksiko, Kolombia, dan Kuba sama-sama memiliki cadangan minyak strategis. Trump bahkan menyatakan AS akan mengelola Venezuela dan membuka cadangan minyaknya bagi perusahaan-perusahaan AS, sejalan dengan agenda "dominasi energi" dan kebutuhan listrik besar untuk pengembangan Al. Meski dikemas sebagai perang melawan narkoboi atau misi kemanusiaan, langkah dan ancaman Trump dinilai tak terlepas dari upaya mengamankan pasokan energi global demi kepentingan strategis Amerika Serikat.




MEETING UMNO


Wan Rosdi


 Petang ini saya menghadiri Mesyuarat Biro Politik UMNO Malaysia yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO, bertempat di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.





Mesyuarat ini menjadi wadah penting bagi memperkukuh hala tuju perjuangan parti dalam mendepani cabaran semasa serta memastikan UMNO terus kuat untuk kepada agama, bangsa dan negara.


UMNO akan terus melangkah ke hadapan, berpaksikan perpaduan dan kesetiaan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran tanah air.


Bersatu, Bersetia, Berkhidmat.




CEROI LA KALAU BUKAN PRESIDEN PARTI...AWAT LEKEH SSMGAT...ADOI8.

 


PAS bayang pemimpin parti itu bakal terajui PN, bukan semestinya presiden






KUALA LUMPUR 30 Dis – PAS memberi bayangan bahawa pemimpin parti itu yang bakal menerajui Perikatan Nasional (PN) sebagai pengerusi baharu tidak semestinya diwakili oleh Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, susulan pengumuman peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, individu yang akan diangkat sebagai Pengerusi PN daripada PAS ialah pemimpin yang diyakini mampu menggembleng kekuatan semua parti dalam gabungan berkenaan.


“Tan Sri Muhyiddin menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari 2026. Saya yakin PAS akan menampilkan calon daripada parti ini untuk menerajui PN sebagai pengerusi baharu.


“Tidak semestinya presiden parti, sebaliknya seorang individu yang diyakini mampu menggembleng kekuatan parti-parti di bawah PN,” katanya.




INGAT KALAU AKMAL SEKOQ NI KELUAQ KERAJAAN UMDAP MELAKA NI LAGI STEADY.

 

Steady Muniandy


Ramai juga ya Penyokong Pemuda UMNO beri komen; Ada yang cerca hina. Hampa setuju atau tidak, Kerajaan Negeri Melaka adalah Kerajaan Campuran UMDAP Madani. Jangan jadi seperti Lembu Dicucuk Hidung dan ‘terpercaya’ drama pemimpin seperti Akmal Saleh




PAK DOLLAH BUAT QAMAI..JOM DENGAQ APA DIA KATA ? JOM SEMUA


 

TU DIAAA CYTRO PN...TAPI BAGUS LA..KERJA ADA IMBUHAN NI KENA KERJA LA.

 


TERPENGARUH DENGAN AJARAN SESAT NI..



 Remaja 16 tahun mengaku bersalah cederakan bekas OCPD Dang Wangi semasa operasi pengosongan Kampung Sungai Baru






KUALA LUMPUR 2 Jan - Seorang remaja berdepan prosiding mahkamah selepas mengaku bersalah mencederakan bekas Ketua Polis Daerah (OCPD) Dang Wangi, Senior Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman, ketika operasi pengosongan bangunan di Kampung Sungai Baru tiga bulan lalu.


Majistret Nurfarahain Roslan menetapkan 4 Februari ini sebagai tarikh jatuh hukum bagi remaja lelaki berusia 16 tahun itu, sementara menunggu penyediaan laporan akhlak.


Remaja terbabit didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan bagi menakutkan Sulizmie Affendy ketika menjalankan kewajipannya sebagai pegawai pemerintah. Kesalahan itu dilakukan di Jalan Datuk Abdul Malik, Kampung Sungai Baru, antara jam 10.50 hingga 11.14 pagi pada 11 September, mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.


Selain itu, tertuduh berserta enam individu lain turut dihadapkan di Mahkamah Majistret berasingan atas pertuduhan menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang semasa menentang proses notis pengosongan, walaupun telah diarahkan bersurai, mengikut Seksyen 145 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun dan denda atau kedua-duanya.



KELUAR LAH AKMAL DARI UMNO. KO TUNJUK KEJANTANAN KO...



 Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa partinya bersama BN akan terus kekal dalam kerajaan perpaduan dengan Pakatan Harapan (PH) sehingga tamat penggal kali ini.





Katanya, ia antara perkara yang dibincangkan pada mesyuarat Biro Politik malam semalam.


Turut dibincangkan adalah gesaan daripada ketua pemuda parti itu, Dr Muhamad Akmal Saleh pada Sabtu lalu supaya Umno menarik diri daripada kerajaan perpaduan dan menjadi pembangkang.


"Saya mempunyai pendirian daripada awal, parti juga mempunyai pendirian daripada awal bahawa kita tidak akan pernah melakukan tebuk atap kepada kerajaan yang ada sekarang ini." 


Berita penuh: https://mk.my/8IjdHdW



AUMMMMM...

 

M.Asri M Jamil


Satu video yang sedang tular di media sosial menunjukkan betapa lemahnya PAS Pusat mengurus masalah dalam parti sendiri. Isu paling besar ialah kedudukan Menteri Besar Perlis, Cikgu Shukri. Raja Perlis telah menitahkan supaya beliau diganti, tetapi PAS Pusat gagal melaksanakan arahan itu sehingga  Kebawah Duli Raja Perlis terpaksa bertindak.




Kemurkaan Istana ada sebab. Anak kepada MB, yang juga dikatakan menantu Presiden PAS, telah didakwa di mahkamah kerana memalsukan tuntutan bekalan ke Istana. Apa yang mengecewakan ialah PAS Pusat sebenarnya sudah lama tahu tentang perkara ini tetapi memilih untuk berdiam diri.


Kelemahan PAS Pusat semakin jelas apabila Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan, gagal menyelesaikan isu ini walaupun sudah dua kali dipanggil menghadap Raja. Akhirnya, Raja Perlis terpaksa memanggil sendiri ADUN untuk mendapatkan penjelasan kerana keyakinan terhadap kepimpinan Cikgu Syukri  semakin hilang.


Lebih menghairankan, ketika krisis sedang memuncak, PAS Pusat dikatakan tidak menumpukan usaha menyelesaikan masalah MB, sebaliknya, sekarang bertindak untuk menyingkirkan Mursyidul Am, Ustaz Hashim Jasin, serta Ketua Ulama Perlis.


Jika negeri sekecil Perlis pun tidak mampu diurus dengan baik sehingga menyusahkan Istana, impian untuk menguasai Putrajaya hanyalah sesuatu angan-angan yang sukar dipercayai.




MUDAH SAJA WAK ZAHID JAWAB KE TN BRAHIM. JANGAN GILA TALAK. SATU OESANAN UNTUK WAK... AKMAL TU IQ 65 SAJA. NAK PELINGKUO UMNO... .


 

ULAMAK KAH DIA ? BERPOLITIK DSN MENJENGKELKAN.


 

MUKA DOK MAKI ORANG MENCARUT NAK ISLAM.

Che Ibrahim




 ASAS KEPIMPINAN ISLAM


Ambo tanya ChatGPT, dia jawab asas kepimpinan Islam ialah:

1. Amanah

2. Adil

3. Syura

4. Taqwa

5. Berilmu/bijaksana

6. Telus

7. Bertanggungjawab

8. Khidmat kepada rakyat. 


Setakat ni PMX antara pemimpin yang memenuhi ciri ciri ini. Malangnya Pas hanya menggunakan pelaksanaan hukum hudud, pengharaman arak dan tutup lesen judi shj sebagai asas kepimpinan Islam.








TAK LEH PAKAI.








 DUA DUA 1Q 65 DAN 52...JADI TAK BOLEH OAKAI.. TAK ADA PERTIMBANGAN RASIONAL



 NI PULAK LAIN MACAM SIKAP DIA.. KITA SIMPAN APA DIA KATA.. UMNO TAK PERNAH UCAP SEKALI PUN NAK GABUNG..RASA AKU... OAS YANG NAK MN KOT? 

KIOK


Norshidah Md Daud


 Says serial please...


Best time to visit the Sahara




PELAKU SALAH DALAM PAS PATUT DIAJAK BERDEBAT. IKUT SUKA BUAT FATWA.

 

Che Ibrahim


Hiwar (bukan jidal @ debat) seperti ini patut diadakan supaya rakyat boleh menilai hujah masing masing.




JIKA 5 TAHUN SAHAJA.. PERCAYALAH NEGARA TIDAK AKAN DSPAT DIBENTUK DENGAN BAIK




 WALAU ADA HAD 10 TAHUN JADI PM, PALING BAIK JIKA PERTUKARAN BERLAKU SETIAP LIMA TAHUN SEKALI


5 January 2026


Undang-undang untuk menghadkan seseorang hanya boleh memegang jawatan Perdana Menteri tidak lebih 10 tahun akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.


Ia berikutan kerajaan bersetuju untuk membentangkan rang undang-undang berkaitan perkara tersebut pada sidang Parlimen tahun ini.


Walaupun perkara itu merupakan antara janji asal PH ketika bergelar pembangkang, namun ia tetap memerlukan lebih tiga tahun kuasa berada dalam genggaman untuk ia menjadi kenyataan.


Tak mengapalah, yang penting janji tidak dilupakan.


Sementara diakui menghadkan tempoh memegang jawatan Perdana Menteri itu memang merupakan janji asal PH, tetapi adalah diyakini semua parti lain dan Ahli-Ahli Parlimen tiada masalah untuk bersetuju dengannya kerana ia adalah perkara yang baik dan memang sepatutnya disokong.


Ini kerana kuasa adalah “syaitan paling besar” dalam kehidupan manusia dan ia sering membuatkan seseorang itu lupa diri.


Oleh itu, meletakkan sempadan adalah langkah yang wajar.


Pun begitu, berdasarkan beberapa perkembangan mutakhir yang berlaku dalam negara, yang terbaik sekali ialah Perdana Menteri dan kerajaan perlu dihadkan kepada lima tahun saja.


Ertinya setiap kali ada pilihan raya umum harus ada pertukaran Perdana Menteri dan kerajaan.


Kadang-kadang 10 tahun adalah tempoh masa yang lama dan di sinilah pentingnya kuasa rakyat itu sentiasa aktif dan responsif terhadap apa yang berlaku serta berani untuk melakukan perubahan.


Contohnya, skandal 1MDB membabiitkan Najib Razak hanya terdedah dan beliau kini dipenjarakan setelah kerajaan BN dijatuhkan pada 2018.


Jika tidak ada pertukaran kerajaan, barangkali semuanya masih tersimpan dalam fail SPRM.


Muhyiddin Yassin juga didedahkan kes rasuahnya dan kini bakal dibicarakan pada Mac depan setelah beliau dan PN tidak lagi berkuasa.


Tempoh Muhyiddin memegang kuasa ialah 17 bulan.


Hal yang sama dengan Ismail Sabri Yaakob yang berkuasa selama 16 bulan turut didedahkan penemuan wang tunai dan jongkong emas beranggaran RM170 juta setelah kuasa tidak lagi dalam tangannya.


Cuma, Ismail Sabri agak bernasib baik, hanya wang tunai dan jongkong emas yang dikaitkan dengannya saja yang dirampas.


Setakat ini tiada sebarang pendakwaan dikenakan kepadanya dan tidak mustahil beliau akan bebas buat selama-lamanya.


Perdana Menteri semasa sekarang memang diakui gigih memerangi rasuah dan diharapkan beliau kekal bersih buat selama-lamanya.


Meski ada juga sosek-sosek itu dan ini diperkatakan dalam pentadbiran sekarang, semua itu boleh dikateforikan cuma “hearsay” atau dengar cakap saja setakat ini.


Namun demikian, ia tidak sepatutnya menghalang rakyat daripada sentiasa beriltizam untuk menukar Perdana Menteri dan kerajaan setiap lima tahun sekali apabila pilihan raya umum diadakan.


Sebagaimana disebut sebelum ini, tempoh 10 tahun untuk melihat keburukan dapat didedahkan adalah tempoh masa yang terlalu lama.


Lagi pun, jika kecurangan dan salah laku pemimpin boleh diperlihatkan lebih cepat iaitu setiap lima tahun, kenapa perlu tunggu 10 tahun? – ShahbudinHusin 05Disember2026.


https://shahbudindotcom.net/2026/01/walau-ada-had-10-tahun-jadi-pm-lagi-baik-jika-pertukaran-setiap-lima-tahun/




Jangan asyik meratib DAP, Syahir


 Jangan asyik meratib DAP, Syahir

Setiausaha Agung AMANAH Faiz Fadzil memulangkan paku buah keras kepada Syahir Sulaiman (PN-Bachok) dengan peringatan agar tidak meratib berkenaan DAP.

“Nasihat saya kepada Syahir, sebagai ahli parlimen yang berbakat, jangan menjadi seperti walaun dengan menurut sahaja ratib pemimpin mereka. Presiden meratib DAP, kamu pun meratib DAP,” kata beliau dalam pesanan WhatsApp kepada Harapan Daily.

“Sedangkan, jika benar DAP itu satu ancaman, kenapa tidak Pas atau PN haramkan sahaja ketika mana mereka menjadi kerajaan sebelum ini.”


Pas menganggotai blok kerajaan di bawah pentadbiran Tan Sri Mahiaddin Yassin pada Mac 2020 dan pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sehingga 2022.

“Jelas, demi kuasa Pas menggunakan DAP (ketika perintah Perak 2008), dan demi kuasa juga Pas menjadikan DAP sebagai punching bag isu perkauman.”

Faiz berkata demikian merujuk kepada Pas yang menganggotai Pakatan Rakyat dan membentuk kerajaan bersama DAP.

“Kepada ahli Pas, jangan pelik jika satu hari Pas berkawan semula dgn DAP kerana kemarukan kuasa.”

Faiz berkata demikian sebagai balasan kepada Syahir yang meratib berkenaan DAP dalam laman Facebook.

Syahir terkesan daripada kenyataan Faiz yang menyatakan Pas bagaikan Akademi Fantasia dalam menentukan pengerusi Perikatan Nasional.

Ahli parlimen Pas itu mendakwa bahawa AMANAH menjadi pak turut DAP.


Faiz turut menyatakan bahawa Pas seharusnya menerangkan kepada umum dan ahli parti mengapa presiden Pas Tan Sri Hadi Awang tidak mengambil alih jawatan pengerusi PN.

Presiden Bersatu Tan Sri Mahiaddin Yassin telah meletakkan jawatan sebagai pengerusi PN berkuatkuasa 1 Jan.




Imam Masjid Al-Aqsa Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan Imam Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Sheikh Ali Umar Yaqoub Abbasi di Putrajaya pada 5 Januari 2026. Foto PMO

PUTRAJAYA, 5 Jan – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan Imam Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Sheikh Ali Umar Yaqoub Abbasi, dalam satu pertemuan rasmi di sini hari ini.

Menurut Anwar, perbincangan menekankan kepentingan Masjidil Aqsa dan masa depan Al-Quds.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan Imam Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Sheikh Ali Umar Yaqoub Abbasi di Putrajaya pada 5 Januari 2026. Foto PMO

“Saya turut berkongsi inisiatif yang dijalankan oleh Kerajaan MADANI bagi terus menyokong usaha pembebasan Masjidil Aqsa.

“Imam Sheikh Ali Umar Yaqoub Abbasi menzahirkan penghargaan terhadap usaha kerajaan dan rakyat Malaysia yang tidak jemu mendoakan dan menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin, di Gaza mahupun di Al-Quds.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan Imam Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Sheikh Ali Umar Yaqoub Abbasi di Putrajaya pada 5 Januari 2026. Foto PMO

“Moga Allah SWT sentiasa memberkati usaha kita untuk terus berdiri bersama saudara-saudara di Palestin dalam menentang keganasan rejim zionis Israel,” katanya dalam laman sosial Facebook.

Turut hadir pada kunjungan hormat itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hassan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan Imam Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Sheikh Ali Umar Yaqoub Abbasi di Putrajaya pada 5 Januari 2026. Foto PMO



Presiden Maduro Hadapi Pertuduhan Di Mahkamah New York

 


Maduro ditahan di sebuah penjara di Brooklyn, New York selepas dibawa keluar dari Caracas, Venezuela pada 3 Januari 2026. Foto DEA

NEW YORK, 5 Jan – Presiden Venezuela yang digulingkan, Nicolas Maduro, tiba di sebuah mahkamah di New York, hanya beberapa hari selepas beliau ditahan di Caracas dalam operasi ketenteraan strategik Amerika Syarikat (AS).

Maduro, 63, berdepan pertuduhan berkaitan pengedaran dadah bersama isterinya, Cilia Flores.

Pasangan itu dibawa keluar secara paksa dari Caracas dalam serangan AS pada Sabtu lalu, melibatkan pasukan komando yang digerakkan menggunakan helikopter, dengan sokongan jet pejuang serta aset tentera laut.

Foto memaparkan Maduro dikawal ketat dalam pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) dalam perjalanan ke New York pada 3 Januari 2026. Foto Sky News

Pada pagi Isnin, Maduro diiringi anggota penguat kuasa bersenjata ke bangunan mahkamah di New York, selepas dibawa menggunakan helikopter dan kenderaan perisai.

Semalam, pemimpin sementara Venezuela, Delcy Rodriguez, menawarkan kerjasama dengan Presiden AS, Donald Trump.

Di Caracas, kira-kira 2,000 penyokong Maduro, termasuk individu bersenjata yang menunggang motosikal, berhimpun sambil melaungkan slogan dan mengibarkan bendera Venezuela.

Tentera Venezuela yang setia kepada Maduro mengumumkan pengiktirafan terhadap kepimpinan Rodriguez serta menggesa keadaan kembali tenang.

Setakat ini, tiada angka rasmi korban diumumkan, namun Menteri Pertahanan Venezuela, Vladimir Padrino Lopez berkata, sebahagian besar pasukan keselamatan Maduro terbunuh, termasuk anggota tentera dan orang awam.

Trump sebelum ini mendakwa AS kini menguasai negara Amerika Selatan itu.



Pesta Letak Jawatan BERSATU: Tanda Menyerah atau Serangan Taktikal?

LOKMAN CABAR AKMAL LEPAS JAWATAN! ADAKAH AKMAL JANTAN AYAU BETINA ADA TE...



Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Lokman Noor Adam mencabar ketua pemuda Umno Akmal Salleh meletak jawatan kalau ketua pemuda itu benar percaya menjadi pembangkang lebih bermaruah daripada jadi sebahagian kerajaan.

Kata Loman, Akmal boleh membuktikan keyakinan itu dengan meletak jawatan sebagai ketua Pemuda, lepas Adun dan Exco kerajaan Melaka untuk jadi pembangkang bersama Pas atau Bersatu, kalau tidak berani ujar Lokman Akmal hanya beretorik semata mata. Ia juga boleh dianggap Akmal main politik lembu patah tanduk.

Apakah Akmal berani? Tanya beliau dalam live di facebooksnya petang ini. Lokman juga berpendapat ketua pemuda Umno itu menjerit melalui konvensyen khas yang diada beberapa hari lepas untuk mencapai agenda tertentu dan bukan sangat untuk membaiki dan perkasakan Umno kerana tindak tanduknya boleh memecah belahkan Umno bukan mempersatukan Umno. Cabaran Lokman itu suatu tamoparan buat Akmal dan beliau perlu memberi reaksi segera sebelum mesyuarat MKT yang dijangka 14 Januari hadapan. Sekiranya MKT menolak cadangan peribadinya yang diluah dalam konvensyen itu Akmal tidak ada pilihan lain perlu melepas rela semua jawatannya untuk jaga air muka. Trims.






APPARENTLY AKMAL MISUSED THE APPROVAL OF HIS PRESIDENT ZAHID!

PRESIDSNG LA JADI KETUA PN.. BOLEH KELUAT FATWA.

 Zainuddin  Omar


Kalau bukan presiden parti jadi pengerusi PN, takkan bila mesyuarat presiden parti duduk di bawah? 





Misalnya kalau Dr Sam jadi Pengerusi PN, takkan Hj Hadi hadir mesyuarat kena dengar syarahan pengerusi Dr Sam? 


Berbakul makian Tun Faisal kena dengan walaun bila keluarkan hujah ini. Ahaks.




AKMAL LETAK JA JAWATAN.KIOK


 

NOH DIA MAI LAGI..APA KAYA SHAIDAN KASSIM


 

PADAN MUKA AKMAL..HANG BERAMBUS LA DARI UMNO


 

ATR IS MALAYSIA.INI PENJELASAN TUNTAS


 

SATU SEN PUN TAK GUNA JADI PEMBANGKANG..SURUH AKHMAL 65 IQ TU KELUAR DAN JADI PEMBANGKANG

 KUALA LUMPUR – Ahmad Maslan menegaskan bahawa kerajaan sedia ada akan terus kekal stabil walaupun UMNO mengambil keputusan untuk keluar daripada gabungan kerajaan.





Menurut beliau, kedudukan kerajaan tidak bergantung sepenuhnya kepada UMNO kerana ia dibentuk hasil kerjasama beberapa parti, justeru pentadbiran negara masih mampu berjalan seperti biasa.


Beliau berkata, UMNO juga tidak akan memperoleh sebarang manfaat sekiranya memilih untuk menjadi pembangkang.


“Tiada faedah menjadi pembangkang, walau satu sen pun tiada faedah,” katanya.




PEMBERIAN SARA DAN STR


 

KECEWA KONON....POOODAH..


 

HAD TEMPOH SEBAGAI PM ADALAH 2 PENGGAL


 

ATM Diarah Siasat Segera Dakwaan Pelakuan Tidak Bermoral Dalam Kem

 



Imej tangkap layar didakwa berlaku kegiatan tidak bermoral dalam kem tentera yang tular di media sosial pada 4 Januari 2026.

KUALA LUMPUR, 5 Jan – Siasatan dalaman segera diarah disegerakan susulan dakwaan kemasukan individu tidak berkaitan serta aktiviti tidak bermoral di dalam kem tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tular di media sosial semalam.

Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya memandang serius dakwaan terbabit.

“Sehubungan itu, ATM telah diarahkan untuk menjalankan siasatan dalaman segera bagi menentukan kesahihan dakwaan berkenaan secara menyeluruh.

Imej tangkap layar kegiatan tidak bermoral dalam kem tentera yang tular di media sosial pada 4 Januari 2026.

“MINDEF menegaskan bahawa dakwaan tersebut tidak mencerminkan budaya, nilai dan amalan sebenar ATM yang berteraskan disiplin, profesionalisme serta pematuhan ketat terhadap prosedur keselamatan.

“Jika didapati benar, tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak selaras dengan peraturan, tatacara serta undang-undang semasa,” kata kenyataan itu, hari ini.

Katanya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau kesimpulan awal yang boleh mengelirukan masyarakat serta menjejaskan reputasi MINDEF dan ATM.

Kenyataan media Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) pada 5 Januari 2026. Foto Kementerian Pertahanan Malaysia

“MINDEF dan ATM sentiasa komited dalam memastikan disiplin, integriti dan profesionalisme warga pertahanan berada pada tahap tertinggi serta tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang perlakuan yang boleh menjejaskan imej dan kredibiliti institusi pertahanan negara,” katanya.