SEMUA INI SALAH MUHYIDDIN....



Selepas hilang jawatan Menteri Besar di Johor, Bersatu kini terus dirundung malang di negeri Melaka dan Selangor.

Di Melaka, berikutan ketamakan menagih jawatan ketua kerajaan negeri, dua Adun Bersatu akhirnya diketepikan daripada Perikatan Nasional atau PN yang mana Ketua Menteri baru dijangka akan mengangkat sumpah esok.

Dengan itu, wakil Bersatu yang sebelum ini berada dalam kerajaan negeri, kini dengan sendirinya teralih kedududukannya di barisan pembangkang.

Tiada lagi jawatan Exco dalam kerajaan negeri Melaka untuk Adun Bersatu selepas ini.

Tidak lama selepas kejadian di Melaka, PH Selangor pula mengenepikan Bersatu daripada pentadbiran kerajaan negeri itu.

Susulan pembentuan kerajaan PN di pusat, penyingkiran wakil-wakil Bersatu di Selangor adalah melibatkan semua jawatan di peringkat kerajaan negeri termasuk Exco, ketua kampung, pihak berkuasa tempatan dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri itu.

Selain itu, peruntukan pembangunan kepada Adun Bersatu, termasuk untuk Azmin Ali dan Hilman Idham juga turut dibekukan oleh Menteri Besar Selangor.

Sebelum itu di Johor, berikutan keghairahan Muhyiddin Yassin untuk mendapatkan sokongan daripada UMNO, beliau telah mengarahkan Adun Bersatu di negeri itu keluar daripada PH.

Berikutannya, kerajaan PH tumbang di negeri itu dan diambil alih oleh PN yang kemudiannya Adun Benut daripada UMNO, Hasni Mohamad telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang baru.

Dalam erti kata lain, dalam kes Johor ini Muhyiddin ibarat menggadaikan kuasa Bersatu di negeri itu kepada UMNO demi mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

Bermakna, sehingga ini selain hilang jawatan Menteri Besar di Johor, Bersatu turut disingkirkan dalam kerajaan negeri Melaka dan Selangor.

Dua negeri lain yang berpotensi untuk Bersatu turut hilang kuasa selepas ini ialah di Perak dan juga di Kedah.

Siapa yang rugi akhirnya?

Dan siapakah penyebabnya?

Jawapan kepada dua persoalan di atas yang boleh diumpamakan seperti malang bertimpa-timpa kepada Bersatu itu tidak lain adalah kerana kerakusan Muhyiddin untuk menjadi Perdana Menteri sehingga tanpa berfikir panjang, telah membawa keluar parti itu daripada PH.

Walaupun memang impiannya untuk melangkau menjadi Perdana Menteri tercapai akhirnya, tetapi ada jadi kepada parti yang beliau sendiri menjadi presidennya?

Selain hilang kuasa di banyak negeri dan berbalah dengan Tun Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Bersatu, parti itu kini juga seperti terbelah dua tanpa haluan yang pasti.

Untuk PRU akan datang, dalam keadaan Bersatu yang caca marba seperti sekarang ini, apakah Muhyiddin dapat memberi jaminan parti itu akan terus mendapat sokongan pengundi?

Lebih daripada itu, bersama Tun Mahathir yang menggelarnya sebagai pengkhianat, pengundi-pengundi yang memenangkan PH dalam PRU14 lalu juga turut memanggilnya dengan gelaran yang sama.

Sebagai anak ulama yang agak dikenali ramai di Muar, tidak malukah Muhyiddin dengan gelaran yang diterimanya sekarang ini? (ShahbudinHusin 05/03/2020)


No comments: