Kerajaan setuju siasat semula kematian Teoh Beng Hock


Kerajaan telah bersetuju untuk membuka semula siasatan berhubung kematian mendiang Teoh Beng Hock pada 2009 yang ditemui meninggal dunia di tingkat lima Plaza Masalam yang menempatkan Ibu Pejabat SPRM Selangor.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, langkah seterusnya adalah melalui tindakan Peguam Negara bagi menentukan bagi meneruskan siasatan.
“Tun (Dr Mahathir) telah pun setuju begitu juga dengan kabinet apabila kita kemukakan cadangan siastan ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP sebentar tadi.
Hadir sama ialah Ketua Biro Undang-Undang DAP Gobind Singh Deo.
Menurut Gobind, Peguam Negara perlu buat keputusan untuk berhubung dengan polis bagi melihat semula fail sekiranya perlu siasatan lanjut.
“Peguam Negara mempunyai akses kepada fail polis.
“Kita mempunyai banyak ruang untuk buka semula dan lihat kes ini (kerana) kita dapati (laporan) terdahulu tidak mencukupi,” katanya lagi.
Adik mendiang, Teoh Lee Lan pula mahu kes ini dibuka semula demi mendapatkan kebenaran dan mahu supaya pegawai yang terlibat menyoal siasat abangnya ‘sehingga mati’ diberi tindakan sewajarnya. 

No comments: