Saturday, August 15, 2015

Kes saman Khalid – Saifudin Nasution ‘didamaikan’ oleh Anwar Ibrahim


Saman bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail diselesaikan secara baik di luar mahkamah hari ini.
Kes itu diketepikan selepas kedua-dua pihak berbincang selama dua jam dan saling bermohon maaf.
Perbincangan tertutup bermula kira-kira jam 9 pagi antara Abdul Khalid selaku plaintif, Saifuddin sebagai defendan dan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir sebagai saksi untuk kes itu.
Saifuddin selaku defendan membacakan permohonan maaf itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam M Gunalan sebentar tadi.
Menurut Saifuddin, sebab saman itu ditarik balik atas nasihat Anwar sebagai perantara yang menyatakan negara sedang berdepan dengan masalah politik, ekonomi dan kos sara hidup yang meningkat.
Abdul Khalid menerima saranan tersebut malah berpesan kepada Saifudin bahawa penarikan saman itu adalah hikmah supaya beliau boleh memfokuskan kepada kerja lain dan PKR boleh memperkukuhkan parti.
“Saya dan Tan Sri khalid saling maaf memaafkan, Tan Sri Khalid pesan pada saya hikmah di sebalik penyelesaian, ‘saya (Khalid) boleh tumpukan pada kerja dan tuan (Saifuddin) boleh kukuhkan parti’. Dan saya bersyukur kerana ia berlaku di hujung bulan Syawal.
“Tadi perkara yang Anwar ingatkan kepada saya dan Khalid, negara sedang berdepan dengan pelbagai kemelut masalah politik, ekonomi dan juga kos sara hidup yang tinggi kepada rakyat.
“Tiga asas itu dipersetujui sebagai latar belakang untuk saya dan Tan Sri Khalid mencapai penyelesaian,” katanya kepada pemberita selepas sesi mahkamah itu berakhir.
Khalid diwakili Edmund Bon manakala Wiliam Leong yang juga Ahli Parlimen Selayang dari PKR mewakili Pengarah Pilihan Raya PKR itu.
Anwar sebagai perantara
Saifuddin menambah, Anwar yang pada mulanya hadir sebagai sepina bagaimanapun menjadi perantara dalam menyelesaikan kes ini.
Malah katanya Anwar dilihat lebih baik daripada peguam yang ada kerana mempunyai kebolehan mendamaikan kedua belah pihak dalam mencapai kata sepakat.
“Anwar asalnya datang sebagai saksi tapi berakhir sebagai orang tengah. Dia ada kemahiran itu, bahkan kemahiranitu lebih baik dari kemahiran peguam-peguam,” katanya.
Saifuddin menambah, Anwar turut menasihati Abdul Khalid sekiranya kes ini diteruskan ia akan melalui proses yang panjang.
“Itu adalah syor dan nasihat Datuk seri Anwar kepada khalid. Kata Anwar, Khalid kamu sebahagian dari kami proses ini akan ambil masa yang panjang jika diteruskan,” katanya.

Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers