HADI TIADA BUKTI PKR BELI 2 ADUN- BAKAL DISAMAN

Samada ada usaha beli ADUN atau tidak kita tidak tahu. Presiden PAS pun tak beri apa- apa bukti.

Tapi, FAKTA yg tidak boleh dinafikan adalah:

1) Setelah Khalid Ibrahim dipecat dari PKR, beliau kekal sebagai MB kerana formula PAS (15) + UMNO (13) + Khalid Ibrahim = 28.


2) Presiden PAS telah redha PAS bersemenda dgn UMNO demi mengekalkan Khalid Ibrahim.

3) Manakala PR pula berdiri dgn 28 ADUN (PKR(13) + DAP (15)). Namun, Speaker Dewan adalah dari DAP menjadikan PR hanya tinggal 27 suara sahaja

4) Khalid Ibrahim berjaya mengekalkan kuasa dgn majoriti 1 kerusi.

5) Maka, dengan tindakan dua ADUN PAS memihak kepada Pakatan Rakyat, formula di atas berubah. Pakatan Rakyat menjadi 30 kerusi di DUN Selangor menjadikan Pakatan Rakyat partai majoritas.

Konklusinya:

1) Tindakan Hasnul Baharuddin dan Saari Sungib menguatkan Pakatan Rakyat.

2) Tindakan Haji Hadi MENGHANCURKAN Pakatan Rakyat.
Ini adalah FAKTA dari krisis MB yang berlaku di Selangor.
Cerita kononnya ADUN dibeli dsbnya hanyalah cakap-cakap kosong.

Kita wajib rujuk pada fakta bukan tuduhan rambang
Fakta menunjukkan betapa jahatnya Presiden PAS meletakkan kepentingan pribadi di atas kepentingan parti dan perjuangan


Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Saari Sungib dilapor mencabar presiden partinya Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengemukakan bukti beliau “dibeli” oleh PKR.

Saari, wakil rakyat Hulu Selangor menjelaskan, beliau menandatangani SD itu bagi mengelakkan Khalid menyebabkan lebih banyak masalah pada negeri itu, lapor The Star Online.

“Peguam menjelaskan bahawa ADUN mesti memindahkan sokongan kepada calon lain untuk mengesahkan SD itu, dan kami sokong Wan Azizah kerana PKR dan DAP setuju dengan pencalonannya,” beliau dipetik sebagai berkata.
Hadi semalam berkata, PKR tidak patut "mencuri" dua wakil rakyatnya, Saari dan Hasnul Baharuddin (Morib), untuk menyokong Azizah sebagai calon menteri besar.

"Takut majoriti tak dapat, curi wakil rakyat kita, beli wakil rakyat. Adakah ini etika bertahaluf?





No comments: