Saturday, September 20, 2014

SULTAN SELANGOR BELUM PERKENAN JUMPA WAKIL PKR?

Oleh: Amirulmukminin



Walau pun heboh bahawa  perlantikan Azmin sebagai bakal MBSelangor yang baru, namun pihak PKR masih lagi berusaha untuk menemui Sultan Selangor bagi menyelesaikan krisis MB yang berlaku di negeri tersebut.

Walau dilihat adanya jalan penyelesaian, namun kemelut ini dilihat sebagai akan berpanjangan kerana ianya melibatkan beberapa perkara dimana Azmin sendiri dilihat menyokong Presiden parti bagi dilantik sebagai MB Selangor yang baru.

Dari kiri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid serta Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohamed Azwan Ali. Azmin dipercayai akan dilantik sebagai menteri besar Selangor pada 23 September kelak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 September, 2014.


Ada beberapa perkara yang akan merumitkan keadaan ini kerana dengan sokongan DAP, mana-mana pihak tidak akan mendapat majoriti sebagaimana yang telah di perolehi oleh Presiden PKR. Namun ada pandangan juga menyatakan bahawa SD yang ditandatangani oleh 30 wakil rakyat yang menyokong Presiden PKR itu , bukanlah muktamat , kerana wakil yang lain juga akan menandatangi ikrar dan SD kepada wakil yang lain pula kecuali sokongan tanda tidak bersetuju atau undi tidak percaya terhadap perlantikan MB yang baru.

Baru baru ini Mat Sabu mencadangkan agar PAS tidak menerima tawaran sebagai MB kerana akan menyebabkan krisis ini berpanjangan. Saranan Mat Sabu ini mudah dibaca sebagai amaran kepada janji yang telah di nyatakan dalam mesyuarat parti berkenaan dan diketika muktamar baru baru ini.Pandangan Mat Sabu yang lama berada dalam politik ini harus diambil kira oleh PAS.

Pertamanya PAS akan dianggap sebagai parti yang menikam kawan dan mengambil kesempatan diketika krisis berlaku. Ini tidak baik bagi penyokong bangsa asing yang akan melebel PAS parti yang tidak menepati janji.Sebagai parti yang berlandaskan agama, ini tidak sihat bagi PAS meletakkan calonnya di kawasan bandar kerana pengundi berbilang kaum  melihat PAS tidak setia berkawan.

PAS juga akan menghadapi masaalah jika timbulnya undi tidak percaya dari PKR dan DAP menjelang sidang dewan sebulan lagi. Sudah tentu untuk meluluskan rang undang undang kewangan negeri akan terbantut dan krisis ini akan berpanjangan dan boleh menyebabkan berlakunya pilihanraya negeri. Sebagaimana pemerhati melihat ini amat merugikan PAS kerana beberapa kawasan termasuk kawasan Iskandar Samad juga akan tumpas.

Hanya satu jalan penyelesaian yang dapat dibuat Istana dimana  wajib mengukuhkan perlembagaan dengan menghormati perlembagaan negeri dimana calon yang mendapat sokongan majoriti. Jika Istana menafikan perlembagaan ini, ianya dilihat akan meneruskan masaalah sebagaimana yang telah dibincangkan tadi.Masing masing pihak akan menyalahkan yang lain dan ini tidak baik untuk Selangor.

Cuma adakah jika Azmin dilantik , beliau akan dipecat sebagaimana yang terjadi ke atas Khalid Ibrahim kerana melanggar arahan parti? Adakah diketika ini Umno sedang mempersiapkan jentera pilihanrayanya???






Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers