Monday, January 6, 2014

Warga asing pasar malam naik tocang

KES KURANG AJAR........

Sesetengah warga asing yang bekerja di pasar malam memaki hamun pelanggan yang tawar menawar.--Gambar hiasan
Sesetengah warga asing yang bekerja di pasar malam memaki hamun pelanggan yang tawar menawar.--Gambar hiasan
 
Pekerja-pekerja asing yang ‘menguasai’ pasar kini tak ubah seperti tauke apabila pembeli boleh dimaki sesuka hati ketika membeli barang-barang terutama barangan basah.
“Kalau tak mahu beli jangan pegang lama-lama. Nanti kalau rosak ikan tu siapa mau ganti? Kita mau jual pun susah.”
Itu antara jeritan yang terpaksa diterima oleh orang tempatan di kebanyakan pasar yang semakin dimonopoli oleh warga asing.  Jawab salah, tak jawab pun salah. Daripada bergaduh, lebih baik diam dan akur sahaja apa yang dilakukan oleh warga asing terhadap orang tempatan.
Seorang suri rumah yang mahu dikenali sebagai Dahlia berkata, tawar menawar di pasar juga kini perlu dibuat lebih berhati-hati.
“Kalau kita tawar berlebihan, apa yang kita dapat adalah maki hamun. Ada yang berani kata kalau tak ada duit janganlah beli ikan mahal. Beli sahaja ikan murah.

“Sakit hati saya bila warga asing cakapbegitu dengan kita. Tapi apa nak buat sebab mereka yang menjaga pasar dan kalau kita marah pun, kita yang akhirnya akan dapat malu sebab mereka ramai dan boleh jerit balik dengan kita,” katanya.

Bercerita tentang pengalaman, kata Dahlia, keadaan dulu dengan sekarang amatlah jauh bezanya.
“Dulu walaupun orang Cina yang berniaga, masih ada budi bahasa kerana mereka orang tempatan. Kita boleh bergurau lagi waktu membeli.

“Sekarang ni kita pulak yag kena ikut rentak peniaga warga asing. Walaupun mereka ni hanya pekerja tetapi mereka berlagak seperti tauke dan tidak ada langsung rasa hormat dengan pelanggan,” ujarnya.

Seorang lagi pembeli, Norita Osman berkata, dia tidak minat untuk membeli lauk pauk di pasar yang pekerjanya warga asing.

“Tak sukalah tengok cara mereka melayan pelanggan. Biadap dan kurang ajar. Mereka ni langsung taka da rasa timbang rasa dan kalau nak marah pun ikut suka dia.
“Saya lebih selesa beli di pasar raya sebab selain bersih, masih terdapat pekerja tempatan yang ada budi Bahasa bila berurusan dengan pelanggan,” jelasnya.

Norita yang bertugas sebagai guru menyarankan kerajaan agar memantau pekerja-pekerja asing yang diambil bekerja di pasar-pasar bagi memastikan mereka sedar diri bahawa ini bukan negara mereka.--MalaysiaGazette



Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers