LAWATAN YB HAMDAN



Lawatan kerja Yb Hamdan ke beberapa mukim dan kampung di bawah DUN beliau dimana lawatan ini bersama JPS bagi melihat dan meninjau keperluan dan juga bantuan melalui JPS dapat di salurkan .


Mengenai isu banjir di dapati bahawa semua pelan dan perancangan bagi mengatasi masalah banjir telah di ajukan ke kerajaan pusat cuma memerlukan bantuan kerajaan pusat bagi menyalurkan bantuan sebagaimana yang di minta kerajaan negeri.


Ini termasuk lah bantuan bagi membina sistem mengepam,meluaskan dan juga melebarkan saliran dimana ianya melibatkan Sg Rawa dan juga Sg Ara







Lawatan juga dilakukan di kawasan sawah dan saliran di tali air Kubang Semang untuk membersihkan dan menjadikan saliran lebih baik dan juga masaalah nyamuk yang dihadapi oleh penduduk.Pihak JPS memberi jaminan bahawa akan melakukan pembersihan 6 kali dalam setahun berbanding 4 kali sebelum ini.



Melihat dan meminta jasa baik JPS bagi menjamin keselamatan kanak-kanak PASTI .Taman Permainan ini berdekatan dengan sungai .Langkah memasang jajaran kayu dan penutup saliran bagi menjamin keselamatan dan juga hakisan dari berlaku.