PENGGUNAAN UBAT ANTI MALARIA MUNGKIN JALAN YANG SEDANG DIBINCANGKAN



KORONAVIRUS | Penggunaan ubat antimalaria di Malaysia mungkin menghalang Covid-19 daripada memburukkan keadaan sekali gus menyumbang kepada pengurangan pesakit di unit rawatan rapi (ICU).

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, hari ini berkata bahawa hospital telah menggunakan ubat hydroxychloroquine tanpa label sejak awal wabak itu dikesan di negara ini dan kesan sampingannya diawasi.

Katanya walaupun diberi amaran agar berhati-hati oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Malaysia membuat pilihan untuk menggunakannya kerana berada dalam keadaan terdesak.

"Semua ubat yang kami gunakan adalah yang tidak dilabel. Ia tidak disyorkan tetapi pada masa-masa krisis, kita perlu melihat kepada apa yang dapat dikesan.

"Bukti menunjukkan bahawa antiretroviral (ubat) itu boleh digunakan, kerana kami menggunakannya semasa isu Sindrom Pernafasan Akut (Sars) dan virus lain. Itulah sebabnya kita menggunakan ubat berkenaan," kata Noor Hisham.

Katanya ubat itu digunakan bagi merawat malaria dan berkesan sebagai bahan yang sangat berkesan mengatasi radang paru-paru.

Menjelaskan keadaan itu Noor Hisham berkata hydroxychloroquine berjaya menghentikan virus Covid-19 daripada merebak lebih buruk dalam badan pesakit.

Penggunaan ubat itu, katanya, menyebabkan keadaan pesakit tidak menjadi lebih serius sehingga memasuki kategori empat atau lima.

"Jadi dengan itu kita rasa ubat itu dapat membantu dr segi (mengatasi masalah) radang dan mengurangkan jumlah pesakit dimasukkan ICU atau memerlukan bantuan penafasan

"Kalau kita lihat sekarang, mereka yang masuk ICU lebih kurang lima peratus saja berbanding 10 peratus di negara lain," katanya.

Untuk rekod sehingga jam 12 tengah hari tadi, Malaysia mencatatkan 1,321 kes pesakit Covid-19 sudah pulih, termasuk 80 yang terkini. Jumlah pesakit yang ditempatkan di ICU pula seramai 92 orang dengan 50 daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan.

~ Bernama

No comments: