Selepas dikritik, Bilik Berita Jabatan Penerangan dibuka kembali


Selepas dikritik, Bilik Berita Jabatan Penerangan dibuka kembali





Selepas di kritik kerana menutup Bilik Beritanya, Jabatan Penerangan Malaysia hari ini mengumumkan Bilik Beritanya dibuka kembali.
Dalam satu kenyataan medianya hari ini, Jabatan Penerangan memaklumkan pembukaan semual itu melalui “NOTIS PEMAKLUMAN PENGOPERASIAN SEMULA”.
“Dengan ini dimaklumkan bahawa Bilik Berita, Jabatan Penerangan Malaysia akan beroperasi semula.”
Berikut adalah notis penuh pembukaan itu.
NOTIS PEMAKLUMAN PENGOPERASIAN SEMULA BILIK BERITA, JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, PUTRAJAYA
Merujuk kepada Siaran Media bernombor rujukan PEN: 03/2020/28 (JaPen) Jabatan Penerangan Malaysia bertarikh 18 Mac 2020 mengenai Notis Pemakluman Penutupan Sementara Bilik Berita, Jabatan Penerangan Malaysia, Putrajaya dan selaras dengan Arahan Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dengan ini dimaklumkan bahawa Bilik Berita, Jabatan Penerangan Malaysia akan beroperasi semula seperti biasa berpandukan jadual di bawah:
Isnin – Khamis : 8.30 pagi hingga 1.00 petang.
2.00 petang hingga 5.00 petang
Jumaat : 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 5.00 petang
Sabtu – Ahad : 2.00 petang hingga 6.00 petang
Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Bilik Berita, Jabatan Penerangan Malaysia ditalian 03 – 8911 7381 atau emel kepada bmkk@inform.gov.my.

No comments: