Sunday, February 9, 2014

Usaha singkir Najib, bukti ahli Umno pentingkan diri sendiri


Mahfuz OmarKUALA LUMPUR 8 FEB: Ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, usaha menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang direncanakan pihak tertentu dalam Umno menunjukkan sikap ahli parti itu yang mementingkan diri.

“Terdapat kelompok yang berpendapat bahawa perlu untuk menjatuhkan Najib sebelum Umno ditolak secara keseluruhan. Saya lihat golongan ini mementingkan diri sendiri.

“Najib pula hanya melaungkan retorik transformasi. Hakikatnya tiada tindakan ke arah peningkatan taraf hidup rakyat. Orang Umno sendiri marah dengan Najib.

“Jadi, ada pihak menggunakan isu ini dan mengambil kesempatan untuk menjatuhkan Najib,” kata Mahfuz kepada Keadilandaily.

Dalam pada itu, Mahfuz turut mengulas tindakan bekas perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang banyak mengkritik kepimpinan Najib.sejak kebelakangan ini.



Namun ia dilihat tidak ikhlas kerana seolah-olah bertujuan menaikkan anaknya (Mukhriz) walaupun Umno sendiri telah menolaknya pada pemilihan yang lalu.









“Saya rasakan Mahathir perlu tegur kepimpinan Najib untuk kebaikan negara. Bukan untuk kepentingan anaknya (Mukhriz). Anaknya sudah ditolak parti pada majlis pemilihan Umno yang lepas,” katanya.





Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers