SEKTOR PERTANIAN PUN NAK SAKAU..


Mat Saman Kati

Ketika PH menjadi kerajaan, aku selalu post pasal pertanian sebab aku mengharapkan Salahudin akan membawa pembaharuan dalam sektor pertanian. Tapi dia mengambil masa setahun untuk belajar, dan tak banyak pembaharuan yang aku nampak selain dari pada menukar nama program ataupun berebut pasal kontrak baja. Baru 10 bulan lepas belajar, dah runtuh pulak.

Sebaliknya, aku nampak Daim Zainudin lebih banyak bercakap pasal pertanian.

Aku tak percaya Daim ni dan aku juga tak percaya Mahathir. Dua orang ni tau macam mana nak buat duit untuk kroni depa saja tapi cakap depa seolah-olah nak bantu rakyat. Betul la...rakyat seronok dapat seratus, depa sapu satu juta. Dulu depa jugak yang tolak pertanian demi industri.

Bila Daim mula bercakap tentang "The way forward for agriculture" pada 2 Jun 2019,  aku rasa ada benda yang tak kena. Sepatutnya, ini kerja Salahudin. Tapi masa tu, aku tak berapa jelas dan kalau bangkang pun, naya kena maki saja dengan mahacai.

Daim mahukan pertanian skala besar, teknologi tinggi dan konsolidasi sawah. Dasar macam ni hanya menguntungkan kapitalis besar. Petani kecil tak mampu nak buat benda tu dan akhirnya, sawah padi akan tergadai kepada "lembaga-lembaga" macam Felda dan Felcra.

Empat hari selepas itu, Salahudin mengumumkan bahawa monopoli beras oleh BERNAS akan ditamatkan pada tahun 2021. Memang cekap. Beras adalah komoditi penting dan gerenti buat duit untuk orang tengah. Yang belum tentu buat duit ialah petani. Perdagangan beras memang sexy untuk Daim. Lembu dan kambing pawah, tanam nenas untuk nelayan...yang tu bagi Salahudin.

Tapi pelik, pemimpin politik baik dari Pas, Umno, PKR. ..semua diam saja. Nak kata sokong pun tidak...nak bangkang pun tidak. Mungkin depa pun blurr...ahhh...pertanian bukan boleh cari makan. Amanah tengah sibuk nak takeover NAFAS dan LPP.

 Yang sibuk menyambut keputusan itu ialah DAP. Pemimpin DAP Sarawak dan Penang, masing-masing menyokong keputusan tersebut dan mencadangkan supaya impot beras dibuka supaya rakyat dapat beras lebih murah.

Wei..kalau beras boleh diimpot tanpa kawalan, mampuih la petani kecik. Jangan cakap tentang keterjaminan makanan la. Maknanya, DAP mahukan SSL diturunkan. Nasib baik depa lingkup.

Bila monopoli BERNAS ditamatkan, apakah model pengawalan beras yang bakal menggantikanya?

Yang tu kita tak tau. Salahudin kata, ada empat model sudah diserahkan kepada kabinet untuk dipertimbangkan. Nampaknya, model tu kena timbang kati la sekarang sebab depa bukan kerajaan lagi.

Apa akan jadi pada BERNAS?...apakah dasar kerajaan sekarang?...macam mana dengan dasar penswastaan sawah padi? Adakah akan diteruskan oleh kerajaan baru?

Penyokong PN tak payah jawab "baru kawin tak kan dah nak dapat anak?". Cuba la dengar rintihan penternak, petani dan nelayan. Dekati aktivis-aktivis pertanian, intelektual pertanian dari universiti, baik yang berfahaman mainstream atau alternatif.

Habis kobid-naiting ni, dah tau apa nak buat.

Adakah aku sokong BERNAS? Tak jugak.

Esok aku cuba kelentong sikit pasal BERNAS ni. Supaya tidak nanti kerajaan baru cuma tukar brand atau tukar share dan tukar nama baru macam PH buat. Tapi benda yang sama jugak.



No comments: