MUNGKINKAH INI KERAJAAN MEWA?





Kelakar! Kumpulan yang menolak pengenalan tulisan Jawi bagi tahun 4 sekolah Vernakular, kononnya mahu mereformasi pendidikan negara. PAS senyap sunyi di atas kenyataan itu. Sebaliknya, selepas perlantikan Zulkifli sebagai Menteri agama, nampaknya daki pengkhianat itu tidak tanggal daripada baju mereka walaupun sudah ramai Menteri dan Timbalan Menteri yang memakai jubah. Justeru, Presiden PAS mengabaikan keangkuhan MCA yang 100% Ahli Parlimennya, (iaitu dua orang) duduk dalam kabinet Malaysia. Beliau menulis surat kepada Gerakan Islam sedunia, mengumpat keji pemimpin PAKATAN HARAPAN. Kewujudan surat itu diakui oleh naib Presiden PAS Dato' Mohamad Amar Abdullah. Soal dosa memfitnah ditolak tepi sahaja, bagai tidak pernah berlaku. Kemudian tampil pula Mufti Perlis, Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin mempertahankan Kerajaan Pintu Belakang atau Tebuk Atap ini. Katanya tiada pemimpin mahupun rakyat yang boleh dituduh sebagai pengkhianat kerana mengiktiraf kerajaan sekarang disebabkan mereka tidak terikat dengan janji sebelum ini.


No comments: