Sunday, May 10, 2015

Krisis Umno: Hadi, PAS tidak boleh bergantung kepada Najib lagi

Krisis Umno: Hadi, PAS tidak boleh bergantung kepada Najib lagi
Krisis Umno: Hadi, PAS tidak boleh bergantung kepada Najib lagi

Krisis Umno: Hadi, PAS tidak boleh bergantung kepada Najib lagi

Presiden PAS Hj Hadi Awang adalah pemimpin yang paling teruja untuk melihat pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 berlaku di Dewan Rakyat pada sesi Mei ini. Pembentangan yang gagal pada sesi Mac lalu diharap akan selesai pada Mei, sebelum Muktamar Pemilihan PAS pada Jun.

Hadi juga optimis ahli parlimen daripada PAS dan Umno tidak ada masalah untuk menyokong pindaan akta berkenaan yang membolehkan hukuman rotan sehingga seratus kali kepada pesalah zina, minum arak dan qazaf dilaksanakan di Kelantan.

Butir-butiran telah dipersetujui bersama wakil PAS dan wakil PM Najib Razak yang diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom. Segalanya dianggap beres sehinggalah berlaku serangan besar-besaran Dr Mahathir ke atas Najib sejak April lalu.

Pecah PR

Najib ingin menggunakan Hudud dan apa sahaja perkara berkaitan dengannya sebagai senjata memecah belahkan Pakatan Rakyat. Sebahagian perancangan itu telah berjaya apabila Hadi berkeras membentang pindaan Hudud di DUN Kelantan.

Pindaan itu tanpa merujuk kepada PR menyebabkan DAP memutuskan hubungan dengan presiden PAS. Keputusan itu wajar dalam politik kerana Hadi telah berjanji dalam Mesyuarat Majlis Presiden PR pada Februari lalu untuk membincangkan lebih lanjut sebarang langkah ke arah melaksanakan Hudud.

Pelanggaran janji tentulah akan menimbulkan tindak balas dalam mana-mana gerakan siasah. Malah Nabi Muhammad saw pun tidak pernah melanggar perjanjian Hudaibiyah bersama kafir Quraisy walaupun para sahabat mendakwa perjanjian itu merugikan umat Islam.

Dapat difahami mengapakah Hadi tergesa-gesa membentangkan pindaan Akta Mahkamah Syariah itu. Kejayaan pindaan tentunya akan mengangkat imej beliau sebagai presiden PAS paling hebat dalam sejarah apabila berjaya menjinakkan Umno. Justeru kedudukan Hadi tidak akan tergugat menghadapi cabaran tiga penjuru mempertahankan jawatan presiden.

Jalan buntu

Namun semua perancangan Hadi menemui jalan buntu apabila krisis penyelamatan 1MDB menggunakan dana Tabung Haji ‘meletup’ pada 8 Mei lalu dan mendapat bantahan meluas pemimpin Umno. Kedudukan Hadi yang kuat kerana didokong persetiaan bersama Najib tiba-tiba bertukar sebaliknya.

Umno mula mengambil langkah menyokong Dr Mahathir. Puak pro Najib yang terkepung mendiamkan diri. Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang mengumpul puluhan pemimpin muda menjulang Najib di PWTC sebulan sebelumnya kini berleter mengkritik Najib.

Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin buat pertama kali menghentam langkah penyelamatan 1MDB tanpa selindung. Dalam kemelut ini jika Hadi masih berpaut kepada strategi menggunakan pengaruh Najib mendapatkan sokongan ke atas Hudud maka PAS akan menghadapi laluan sukar.

Dr Mahahir terang-terangan pada April lalu menentang tindakan Umno Kelantan menyokong pindaan Hudud. Sikap Dr Mahathir tidak berubah sejak 30 tahun lalu, menganggap rang undang-undang Hudud Kelantan adalah rekaan PAS dan bukannya undang-undang Islam sebenar.

PAS ditindas

Justeru, kedegilan Hadi enggan bersama PR dan mahu meneruskan pembentangan pindaan ke Dewan Rakyat mungkin selepas ini akan menjerumuskan PAS ke dalam masalah lebih besar.

Puak Mahathir mungkin mengulingkan Najib menjelang Jun. Sekiranya Najib masih PM sekali pun, puak Mahathir akan memberi kata dua agar Najib tidak menjadi PM berkuasa penuh dan Mahathir memainkan peranan di sebalik tabir. Tentu sekali perkara pertama yang akan ‘dilanyak’ Mahathir adalah Hudud.

Sekiranya Mahathir kembali memainkan peranan dalam Umno, tidak ada pemimpin parti itu yang akan berani untuk berbaik-baik dengan PAS. Malah speaker Dewan Rakyat pun berfikir sepuluh kali untuk membenarkan usul pindaan Akta Mahkamah Syariah.

Apabila keadaan berubah maka strategi PAS juga sepatutnya berubah. PAS pernah ditekan hebat pada era Mahathir. Satu-satunya cara parti itu survive ketika itu adalah dengan membentuk gabungan politik bersama Semangat 46 dalam Angkatan Perpaduan Ummah. Seterusnya, pada 1999 membentuk Barisan Alternatif bersama DAP dan PKR.

Strategi bijak bekas Presiden PAS Fadzil Noor perlu dihidupkan ketika Dr Mahathir kembali menguasai Umno. PAS mesti merapatkan saf bersama Pakatan Rakyat dan bukannya menjauhi mereka sebagaimana amalan Hadi.

Pilih kebijaksanaan

Ahli PAS yang bakal memilih presiden pada Jun depan wajar memikirkan survival parti dan bukannya walak membabi buta kepada ulama tertentu. Ucapan calon presiden PAS, ustaz Ahmad Awang baru-baru ini di Hotel De Palma Ampang, perlu dihadam. 

Ahmad mengecam kaedah Hadi menangani sekutu PR dengan tidak menyelesaikan isu Hudud di peringkat kepimpinan sebaliknya lebih suka bermusuh dengan DAP.

Ahmad berpendapat DAP tidak ada masalah berbincang mengenai Hudud, asalkan jelas arah tujuan politik untuk menguasai Putrajaya. Oleh itu, untuk selamat, perwakilan PAS perlu memilih presiden yang akan meneruskan kerjasama bersama pembangkang dan bukannya mencuba bersama Umno BN.

Sekiranya perwakilan walak kepada Hadi dan terus memberi undi maka PAS akan dibawa ke arah yang salah.

Apabila Dr Mahathir menguasai Umno maka apa sahaja persetujuan bersama PAS akan terbatal. Mursyidul Am Haron Din yang mempunyai hubungan kukuh dengan beberapa pemimpin Umno juga tidak akan mampu lagi berbuat apa-apa. Nasharuddin Mat Isa yang mengaku diberi kepercayaan oleh Majlis Syura Ulama berunding dengan mana-mana parti politik Islam juga mustahil berupaya menyelamatkan keadaan.

Perwakilan PAS perlu amat berhati-hati dalam memilih presiden dan team kepimpinan sesi 2015 – 2017 pada Jun ini. Hanya kumpulan pro PR sahaja yang boleh menjamin parti itu selamat.

Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers