BUKAN SOAL PELABURAN , TETAPI PEMILIKAN TANAH

PAJAKAN 99 TAHUN ATAU PEGANGAN BEBAS?


Najib Razak berkata, Tun Mahathir Mohamad telah melakukan fitnah besar terhadap kerajaan negeri Johor dan Malaysia berhubung kenyataannya mengenai projek Forest City di Johor Bahru.

Perdana Menteri menafikan dakwaan Tun Mahathir kononnya seramai 700 ribu warga China akan dibawa masuk dibawah projek itu dan diberi kerakyatan.

"Bila kerajaan Johor luluskan Forest City, bila tanah itu ditebus, reclaim land, kita jual kepada orang luar atas leasehold (pegangan pajak) untuk tempoh 99 tahun sahaja.

"Bila mereka membeli rumah, rumah itu di atas tanah kita. Jadi, di mana soal kedaulatan negara kita terkorban," kata Najib lagi.
Petikan berita diatas adalah bersumberkan Bernama, sebuah agensi kerajaan yang turut dipetik oleh beberapa portal, antaranya Sinar Harian.


Tetapi kemudian tersebar di media sosial satu papan iklan Forest City yang memberitahu tanah di situ adalah freehold (pegangan bebas) dan bukannya pajakan 99 tahun sebagaimana yang disebut Najib.

Jadi, mana satu yang betul? Pegangan bebas atau pajakan?
Untuk lebih lanjut, apa kata layari pula laman web Forest City sendiri - http://www.forestcitycgpv.com/en/garden.aspx?type=2

Dalam pada itu, jika kita semak kembali berita Bernama tentang kenyataan Najib mengenai Forest City itu, ternyata ia telah diubahsuai dan tidak terdapat lagi sebutan mengenai pajakan 99 tahun sebagaimana yang disebut Najib sebelum ini.


Pokoknya, kenapa agensi berita kerajaan iaitu Bernama turut melakukan U-Turn berkaitan ucapan Najib itu?

Adakah Najib sendiri hanya bercakap semberono saja mengenai fakta Forest City itu tanpa mendapatkan maklumat yang sahih mengenainya? 
Sementara itu, Tun Mahathir dalam tulisan di blognya semalam menegaskan, kritikannya mengenai pembelian tanah oleh rakyat China bukan bermaksud beliau anti Cina.
"Saya mengalu-alukan pelaburan langsung asing (FDI) dari China sebagaimana mengalu-alukan FDI dari mana-mana negara. Apa yang saya membantah adalah jenis FDI dari China.
"Ia bukan mengenai pelaburan dalam industri pembuatan di Malaysia. Ia adalah mengenai memperolehi tanah di Malaysia, membina penempatan, pekan dan bandar yang akan dijual kepada warga China yang akan datang dan tinggal di sini.
"Migrasi berskala besar yang kami membantah. Jika projek itu oleh kaum India dan beberapa juta kaum India untuk datang dan tinggal di Malaysia, kami juga akan membantah sekeras-kerasnya," tambah Tun Mahathir lagi. (SH 21/01/2017).

No comments: