Tuesday, August 18, 2015

#Kita Lawan teruskan mobilisasi Bersih 4.0, jumpa di Dataran Merdeka


KENYATAAN MEDIA: Anak muda #KitaLawan menyambut baik maklum balas daripada pihak polis yang mula mengeluarkan kenyataan bercanggah atau mula meminta rakyat untuk menjauhi Dataran Merdeka menjelang Himpunan BERSIH 4.0.
Ini seolah-olah risikan polis menunjukkan rakyat akan turun beramai-ramai ke Kuala Lumpur pada 29 Ogos dan 30 Ogos 2015 dan rakyat perlu ditakutkan untuk tidak bersama.
Bagi pihak anak muda #KitaLawan, kami akan meneruskan usaha mengajak lebih ramai lagi rakyat untuk bersama-sama ke Dataran Merdeka pada Himpunan BERSIH 4.0.
Rakyat perlu berani tampil ke hadapan bagi meraikan dan mempertahankan hak kita semua untuk berhimpun secara aman.
Setakat ini ceramah pentas #KitaLawan ke seluruh negara mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Sebanyak 6 buah negeri telah dijelajahi dan respon daripada rakyat tempatan jelas menunjukkan kesediaan mereka untuk turun beramai-ramai bagi menyertai Himpunan Bersih 4.0. Hujung minggu ini Jelajah ceramah #KitaLawan akan berakhir di Johor dengan ceramah di Jalan Bilal, Kampung Melayu Pandan (Pasir Gudang) dan Jalan Badik 17, Taman Puteri Wangsa (Tebrau).
Tumpuan mobilisasi oleh anak muda #KitaLawan seterusnya akan tertumpu ke Selangor dan Kuala Lumpur. Kami akan bergerak dari satu daerah ke satu daerah terutamanya di kawasan-kawasan tumpuan awam bagi memberikan penerangan ringkas dan mengedarkan risalah.
Bermula malam ini, kumpulan anak muda #KitaLawan dengan berbaju kuning akan mengunjungi bandar Selayang dan mengadakan aksi di Country Home FoodCourt, Pasar Malam Kampung Dato Lee Kim Sai dan Bandar Baru Selayang.
Anak muda #KitaLawan akan terus menyemarakkan lagi semangat rakyat untuk menyertai Himpunan BERSIH 4.0. Kami berazam untuk terus melawan kezaliman dan penindasan.
Walau berdepan ugutan dan penindasan, rakyat berhak bersuara memperjuangkan kebenaran dan keadilan.
Sekretariat #KitaLawanNajib

Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers