APA KHABAR SAUDARA ANWAR

NUKILAN : YB DATO FAUZI ABDUL RAHMAN (PENGERUSI MPN PAHANG/MP INDERA MAHKOTA)

Apa khabar Pak Anwar
Sungguh lama tidak bersua
Air bergula ku rasa tawar
Garam segenggam tiada terrasa


Apa khabar Pak Anwar disana
Terlantar dilantai tiada beralas
Nyamuk berdaung mencari mangsa
Tidur mu nyenyak dihimpit tandas
Mengapa diPutra Jaya tidur tak lena
Dipasang pendingin dipasang kipas
Empuknya tilam pun serba tak kena
Tilam sekeras batu hawa seterik panas.


Apa khabar dikau Anwar
Dikau didalam begitu tenang
Orang diluar berhati gusar
Jiwa bergelora dihantui bayang
Kian hari berita berputar
Peristiwa celaka tersungguh malang
Jatuh berkali tangga menimpa
Tubuh bergoyang kepala bergoncang.


Apa khabar saudaraku Anwar
Kamu disana yang kami rasau
Apakah uzur apakah segar
Namun raayat yang kamu hirau
Teringat hamba di Kuala Kangsar
Sesama besekolah diwaktu lampau
Jiwa dikau senada tidak berubah tukar
Nasib si-marhaen yang sentiasa diimbau.


Salam REFORMASI dari kami semua
Dikau disana tidak pernah dilupa
Dikaulah symbol mercu tanda
Perjuangan RAKYAT memerdekakan jiwa
Kan kami cuba, cuba dan usaha
Agar perjuangan dikau tidak tersia-sia
Kepada Allah yang Maha Esa
Untuk keselamatanmu dipanjatkan doa.


Ya akhi saudara Anwar,
Allah Kurniakan ketinggian sabar,
Hamba yakin ‘kemenangan’ bekibar
Kerana sesungguhnya; Allah Allah Allahu Akbar

No comments: