HARTA BENDA KERAJAAN DILARIKAN JKKK

PULAU PINANG-Belum pun sampai 48 jam kerajaan negeri di bentuk,harta benda kerajaan telah dilarikan oleh JKKK lantikan UMNO.Di Sg Acheh, pihak JKKK Sg Acheh di percayai terlibat dalam melarikan kerusi meja dewan rakyat yang kebiasaannya dijadikan dewan UMNO.

Untuk makluman semua , rakyat memahami betapa UMNO seringkali menggunakan dewan orang ramai sebagai markas atau tempat bilik gerakan pilihanraya , manakala aktiviti yang digunakan adalah untuk kegunaan UMNO semata-mata.

Menurut maklumat yang diterima dari orang ramai dan penduduk tempatan, mereka mendesak pihak kerajaan negeri agar bertindak dengan memberkas pihak yang bertanggungjawab mencuri harta milik kerajaan dan memulangkan semula jika tidak mahu tindakan diambil.

Esok 12 HB 2008 dijangkakan Timbalan Ketua Menteri dan senarai jawatan Exco penuh kerajaan negeri akan dilantik dan dijangkakan akan diumumkan serta merta. Oleh yang demikian, pihak berkuasa dijangka akan bertindak menjalankan kewajipan yang sepatutnya.