Tuesday, September 1, 2015

Baiah terbatal selepas Pakatan Rakyat musnah – Ahmad Awang

Baiah terbatal selepas Pakatan Rakyat musnah - Ahmad Awang

Baiah terbatal selepas Pakatan Rakyat musnah – Ahmad Awang

Baiah yang pernah dilafazkan wakil rakyat PAS meninggalkan parti itu untuk menubuhkan parti baharu tidak lagi sah selepas Pakatan Rakyat (PR) secara rasminya terkubur, kata Ahmad Awang.

Penasihat Parti Pekerja itu berkata wakil rakyat yang menyertai parti itu tidak perlu bimbang kerana kemenangan mereka dalam pilihan raya umum lalu hasil kerjasama Pakatan Rakyat (PR) dan bukan atas faktor PAS semata-mata.

“Oleh kerana kemenangan mereka dulu atas nama PR dan ketika berbaiah sebagai calon walaupun atas nama parti tetapi hakikatnya atas PR.

“Sekarang PR dah roboh maka tidak sah lagi apa yang terikat dalam baiah tersebut,” katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur.
Ahmad berkata kemenangan PAS dalam pilihan raya umum (PRU) lalu terbukti mendapat sokongan luar apabila ramai penyokong DAP turut sama pulang mengundi calon parti Islam itu.

“Calon PAS yang menggunakan lambang bulan bertanding bukan atas nama PAS sendirian tetapi nama PR.

“Sebab itu di mana DAP tidak bertanding seorang calon pun seperti di Terengganu tetapi DAP mendukung calon PAS sehingga penyokong DAP daripada kaum Cina balik ke negeri sejauhnya datang dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Hong Kong dan Singapura menyebabkan PAS boleh menang kerusi yang dulu kalah,” katanya.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini mengingatkan wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya umum pada 2013 atas tiket PAS perlu mengosongkan kerusi jika mereka menyertai parti baharu yang dirancang kumpulan serpihan Gerakan Harapan Baru (GHB).

Katanya, mereka yang menyertai Parti Amanah Rakyat, yang dijangka dilancarkan pada Hari Kebangsaan, perlu meletak jawatan sebagai wakil rakyat kerana melanggar sumpah baiah kepada parti Islam itu.

“Terpulang kepada maruah mereka. Mereka membuat sumpah baiah sebagai wakil rakyat PAS.

“Mereka mengangkat sumpah, berjanji. Jadi, mereka sepatutnya meletak jawatan dan kosongkan kerusi,” katanya.


Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers