Monday, August 3, 2015

GAMBAR-GAMBAR- PROGRAM PRESIDENT PKR RUMAH TERBUKA DAN KUNJUNGAN ....1 OGOS 2015



AHAD 2 OGOS



Majlis Perasmian Pejabat KEADILAN Cabang Jasin, Melaka petang tadi..alhamdulillah..moga usaha untuk memperkukuhkan sokongan rakyat dapat dipertingkat..

 Program Jelajah Amanat Presiden peringkat negeri Melaka hari ini..fokus kita untuk pemantapan organisasi, perkukuhkan kerjasama di kalangan pembangkang dan NGO untuk mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Umno-BN yang semakin goyah akibat pelbagai skandal..

Menyantuni rakyat Selangor di majlis rumah terbuka Ahli Dewan Negeri Sri Muda di Shah Alam tengahari ini..alhamdulillah..

SABTU 1 OGOS



Di program Jelajah Amanat Presiden peringkat Wilayah Persekutuan di pejabat MPN WPKL di Bandar Tun Razak pada sebelah malamnya

Bertandang ke Rumah Terbuka Ahli Parlimen Batu, Tian Chua di Kg Padang Balang..

Usai program di Kajang..berkunjung ke Rumah Terbuka Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Kee Kwong di Wanga Maju .

Di dalam keceriaan kita menyambut Aidilfitri..kita seharusnya kembali kepada fitrah..mensucikan diri dengan zakat, infaq, sumbangan kebajikan dan menyantuni golongan susah..berikan mereka keceriaan..insya Allah hidup kita akan tenang..

Pelbagai lapisan rakyat mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri Kak Wan..anak-anak yatim, golongan OKU dan sebagainya..alhamdulillah kita terus berbakti untuk mereka..tidak lupa kepada petugas-petugas yang bertungkus lumus menjayakan program..

Terima kasih di atas kehadiran Dato' Iskandar Samad, Dr Che Rosli, Tan Sri Muhammad, Dato' Samsudin, Prof Dr Agus dan ramai lagi tokoh2 yang tidak sempat disebutkan nama mereka di sini..


Terima kasih kehadiran Duta Amerika, Argentina, Norway, Jerman dan lain-lain..juga daripada PAS, DAP, GHB, ABIM dan NGO2..
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers