Saturday, July 4, 2015

IPU tuntut rawatan wajar untuk Anwar

IPU tuntut rawatan wajar untuk Anwar




  Kesatuan Antara Parlimen (IPU) yang mewakili ahli parlimen dari seluruh dunia meminta bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan rawatan perubatan yang sewajarnya.

Gesaan itu dibuat berikutan laporan Anwar kini dipercayai mempunyai ketumbuhan sebesar 4 sm di buah pinggangnya.

"Dalam misi tiga hari IPU... kita maklum tentang masalah kesihatan Anwar dan turut  menggesa supaya pihak berkuasa membenarkan rawatan susulan yang diminta oleh pihak doktor pada awal Jun selepas Anwar menjalani rawatan di hospital," kata IPU itu dalam kenyatan medianya.

Lawatan rasmi IPU selama tiga hari berakhir pada Rabu lalu dan antara agenda mereka ialah mengadakan lawatan menemui Anwar di Penjara Sungai Buloh.

Perkara berkenaan dibangkitkan IPU kerana mereka bimbang terhadap ketumbuhan Anwar di buah pinggang bekas timbalan perdana menteri itu.

Malah, IPU juga melahirkan kebimbangan sekiranya  Anwar tidak dibenarkan untuk berhubung dengan banduan lain.

Sehari sebelum IPU melengkapkan misi itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga meminta supaya pihak berkuasa berkaitan memastikan Anwar menerima rawatan perubatan yang sewajarnya
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers